PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label PETUA2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA2. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2011

TOLONG dan TERIMA KASIH!

Assalammualaikum..

korang tau tak.. kehebatan ucapan....



dan perkataan....


tak ramai yang sedar... ucapan terima kasih dan perkataan tolong ni dapat membahagiakan orang.. sebab.. benda ni dah biasa kan?? tapi pernah tak.. korang rasa sakit hati bila diarah??

**wei.. amikkan buku tu..

**lin.. buatkan aku air..

**jat, kau pergi beli jagung jap..

kalau arahan tu aku tujukan kat korang.. korang rasa marah tak? sakit hati tak?? sebab apa?? sebab kita diarahkan? lain lah kalau orang tu minta tolong.. tapi sedar tak.. yang sebenarnya.. korang ni.. buat benda yang sama???

susah sangat ke nak sebut 'tolong'?? susah? atau sebenarnya korang ego?? korang fikirlah sendiri.. korang ada hati.. ada perasaan.. korang boleh rasa sakitnya bila dijadikan 'macai' oleh orang lain..

tapi bila ada perkataan 'tolong' dalam satu arahan,sedikit sebanyak dapat meredakan rasa sakit hati tu kan?? eh, tolonglah jangan jadi ego! jawatan awak tu tak setinggi mana pun!

lagi satu.. susah sangat ke nak ucapkan terima kasih wahai orang2 yang memberi arahan?? orang dah tolong tu ucap lah terima kasih! dah la kau arah2 kan orang buat itu ini.. dah tu selamburrr badak kau je blah kan! tolong lah! hargai sikit orang lain. jangan fikir diri sendiri je.. ni tak.. bila orang buat macam tu kat kau, tau marah.. tp tak sedar yang kau dah lukakan hati orang??

aku tau... aku faham.. manusia ni.. tak semuanya sempurna.. kadang2 kita lupa.. kadang2 kita tak sedar.. bahawa kita telah menyakitkan hati orang lain.. macam tu juga aku.. kadang2 aku lupa nak ucapkan terima kasih.. sbb mungkin masa tu.. aku dalam keadaan yang agak tak stabil.. so.. apa kata.. lepas ni.. kita sama2 baiki diri sendiri??? kita jadi manusia yang lebih baik dr sebelum korang baca entry ni??  biasakan lidah tu untuk mengucap terima kasih..

kiranya kau masih ego untuk mengucap perkataan tolong dan terima kasih ni sesama manusia... sekurang kurangnya... ucaplah terima kasih kepada DIA yang dah memberi kau nyawa sehingga kau boleh jadi seego ni.. ucaplah terima kasih kepada DIA yang dah memberi kau kejayaan sehingga kau boleh menjadi tidak sedar diri begini! dan mintalah pertolongan pada NYA pada waktu malam di mana semua orang telah tidur kerana keegoanmu tidak mahu orang lain melihat kau merayu rayu.. kerana DIA.. yang beri kau segalanya di dunia ni... sekurang kurangnya pada ALLAH yang maha kaya... yang maha kuasa...



~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 16 Mac 2011

ALLAH.... SAYA KELIRU~

assalammualaikum..



pernah tak.. korang rasa..korang berada dalam sebuah bilik yang besar.. dan kosong? hanya ada diri korang dan sisi dinding?? korang pandang sekeliling.. hanya permandangan yang kusam dan seram.. korang cuba mencari seseorang tapi korang cuma temui diri sendiri? korang berjalan sepanjang bilik tu.. tetapi.. korang tak temui pengakhirannya? sampailah korang lelah.. dan tersungkur dan tak berganjak seolah olah mengharapkan.. pertolongan akan tiba??

hurm.. aku tak tau.. kenapa.. hari ni.. aku rasa kosong sangat..  hati aku.. tak ada pape.. just zero.. aku tak suka perasaan ni.. aku tak suka rasa ni.. aku rasa macam sakit bila perasaan ni wujud.. aku pun tak tau.. macam mana dia boleh wujud dalam diri aku ni.. jiwa aku pun.. aku rasa macam jauh sangat.. sejak akhir2 ni. aku rasa macam.. aku nak kembali kepada sesuatu.. tapi aku tak tau sesuatu itu sebenarnya apa?! sesuatu yang dah jauh dari aku....

 aku harap sangat.. apa yang sedang aku lalui ni.. tak kekal lama.. aku harap sangat.. jiwa aku. kembali tenang dan terisi.. dengan something yang aku sendiri tak tau.. aku rasa.. macam kehilangan.. aku taktau macam mana nak terangkan.. aku tak tau sama ada korang faham ke tak. sedangkan.. aku sendiri tak faham..

pelik?? yezZ!! aku cuba cari penyebabnya.. dan satu yang aku jumpa benar2 menakutkan aku..


betul kE?? betul ke ni maknanya... aku dah kehilangan identiti diri sendiri? aku keliru dengan diri aku sendiri?? dari apa yang aku baca.. dia kata.. setiap remaja akan laluinya. betul kE?? oi korang2 yang pernah jadi remaja.. pls.. tell me.. is it rite? betul ke perasaan kosong ni....




P/S : Kronik gila keadaan aku ni~ BAHAYA!!


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Selasa, 15 Mac 2011

BUKAN SEMUA CANTIK SUBJEKTIF

Assalammualaikum.. aku malas nak cerita panjang2 pasal title ni. jadi.. apa kata biar  matluthfi90 yang ceritakan?? layan meyh!!! terbaik!! paling hebat dan lazat! haha

LAYANZZZZ



ha.. amacam? dah abes usha meyH??? best kan.. dalam vid ni.. ada unsur2 lawak dan ilmu serta nasihat.. bagus betul laki ni. dia tau macam mana nak tarik penonton.. gud2! TAHNIAH MATLUTHFI90 KERANA TELAH MENARIK PERHATIAN SAYA!

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

MACAM MANA NAK DAPAT READER?? BUKAN FOLLOWER?

aSsalammualaikum! how r u? great??? oh good~ haha~ speaking english pulak aku~ haha~ nak gelak pun ade..bukan sebab aku speaking meyh! sebab... ade budak tanya aku kat ym macam ni..

'kak.. macam mana nak dapat pembaca yang banyak??'

aku dah garu kepala dah ni.. adoi... aku gelak bukan mempersendakan soalan dia.. tapi aku gelak.. mempersendakan diri aku sendiri meyh.. tertanya tanya.. banyak mana lah reader aku sampai dia boleh tanya kat aku macam tu.. dan kenapa soalan maut tu.. kau tujukan kat aku dik oi.. aku ni.. baru je lagi meyh~ tak layak dow terima soalan tuh..

disebabkan rasa tak puas hati.. aku pergilah blog kau dik.. aku usha satu satu.. best dowh! aku taktau nak cakap macam mana lagi! asal kau kata tak ada reader?? aku siap follow blog kau tau tak... tak faham tak faham... aku check lagi.. apa yang tak kena ni?? usha follower dia.. banyak.. lebih banyak dari aku.. tertanya tanya lagi..

'ke budak ni salah orang? nak tanya kat orang lain.. p klik kat nama aku??'

so aku tnye lah dia.. 'kau salah orang ke atau salah tanye dik?? aku tengok. blog kau ni elok je.. follower pun ramai gila.. cemburu pulak aku usha..."

"tak kak.. betul lah.. aku tnye org yang betul.. soalan yang betul.. macam mana nak dapat reader yang banyak macam kau.."

bertambah kusut kepala otak aku.. sekali ngan kepala lutut aku kusut.. "mana kau tau reader aku bnyk ah budak?? mana ade counter kat dalam blog aku ni meyh! kau ni.. salah orang ni.. reader aku sikit je weyh.. follower pun sikit je.. "

"tapi kau banyak reader. aku follower ni banyak.. reader cikittt cipuuttt je.."

'aku pun tak tau dik.. aku rasa.. kau tanya orang yang salah kot.. aku punya reader.. sikit je.. tak banyak pun.. lebih baik kau pergi tanya kat ben ashaari."

lepas2 tu.. terus budak tu tak jawab.. aishh~ off terus dia.. marah kat aku kot dia... hurm.. sorry lah budak.. aku bukan taknak tolong atau kedekut ilmu.. tapi aku memang tak boleh nak tolong.. aku pun baru je merangkak lagi dalam dunia ni.. pasak yang aku tanam pun.. tak dalam mana lagi.. sorry meyh~ nanti.. bila aku dah tau.. kenapa ada pengunjung kat blog aku ni.. aku commnt dekat blog kau k.. really2 sorry..

satu je pesanan aku.. jadi diri sendiri kat blog kau tu. anggap blog tu rumah kecil kau.. milik kau.. u rule everything dear~ kenapa aku cakap macam ni?? sebab.. aku tengok.. gaya tulisan kau kat rumah kecil kau tu.. bukan gaya sebenar kau. macam mana aku tau?? sebab kau berbeza masa chat kat ym dan bile kau menulis di blog~ tu je la.. sorry kalau ade wat pancrease dan kidneys kau kecik ke en.. hee~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Jumaat, 11 Mac 2011

MARI MENJADI SEORANG BLOGGER YANG KREATIF

Assalammualaikum.. sebenarnya kan... aku on9 dah lama dah.. tapi baru sekarang muncul topik kat kepala otak aku ni ha.. adesss.. aku sangat tidak faham macam mana BEN ASHAARI ni boleh dapat idea berjuta juta dalam sehari.. every second dia update blog dia **menipu! haha** itulah yang dikatakan sebagai kelebihan. pemikiran dia positif kemudian dia menjadi aktif dan akhirnya.. kreatif! wowww!! superb ritE??? selama aku follow ben ashaari ni, aku tak pernah lagi tengok dekat dashboard, nama ben ashaari tak ada dalam senarai 'blog updated'. **ulangan, TIDAK PERNAH!  malah kadang tu, berderet dia punya blog je yang tersenarai. positif, aktif dan kreatif kan? **baik korang anggok! kalau tak aku sepak bontot korang laju2. buasir nanti! haha

seorang doktor, memulakan paginya dengan melihat orang sakit jadi jiwanya juga turut sakit. seorang guru memulakan paginya menghadap murid2, jadi jiwanya hanya pada ilmu, buku dan pelajar. tapi seorang yang kreatif memulakan paginya dengan sesuatu yang baru. itu bermakna, jiwanya sentiasa update! patutlah ben ashaari sentiasa meng-update blog dia kan.. haha~ **korang faham kE???

seorang doktor, mahupun guru atau sesiapa sahaja tak mampu menjadi seorang yang kreatif. tapi, seorang yang kreatif mampu menjadi doktor, guru dan sesiapa sahaja. menakjubkan bukan?? yesss!! kalau dilihat dari sudut manapun, seorang yang kreatif, lebih tinggi nilainya dr orang2 yang 'kosong'. tak percaya?? jom kita buat penilaian.

seorang novalis.
rasa2 korang, dia boleh jadi doktor tak?? boleh! kalau dia tak boleh menjadi doktor dalam dunia realiti, dia mampu mencipta wataknya sebagai doktor dalam fantasi.  dalam novel dia ke. tapi, seorang doktor yang jiwanya kosong pula.. boleh ke dia menjadi novalis? pun boleh. namun, kalau jiwa dia kosong, novel dia pun kosong juga la. tak ada makna. sekalipun dia cuma berfantasi, sejauh mana fantasi tersebut dia boleh pandu?setakat, dia bermimpi menjadi seorang novalis, mempunya ramai peminat, kemudian berjaya. then dapat duit yang banyak.. lepas tu jutawan.. dan whatever lah. sangat  membosankan ritE???

jadi, jom ramai2 kita jadi kreatif. macam mana?? mula2 berfikiran positif.. biar ada isi di dalam.  itu tiang utama.. dindingnya pula adalah aktif.. so sentiasa lah korang aktif dalam apa sahaja. jauh perjalanan luas pengetahuan kan? jadi, jangan tumpukan diri cuma pada satu perkara. bila pelbagai perkara ada dalam minda secara automatik, minda akan proses perkara2 yang pelbagai tu menjadi satu. bila semuanya bergabung, ia akan membentuk sesuatu yang lain. bukan ke itu satu yang kreatiF?? **korang faham tak?? aku rasa... ayat aku ni macam belit2 je.. ok la, aku bagi satu contoh dalam istilah sains ye.. **mentang2 budak sains, mengada2 lak aku ni nak peningkan kepala orang..



Dari cell yang cuma kepingan kecil mampu membentuk tubuh badan yang sangat unik. cell adalah contoh untuk pemikiran yang positif. ada isi.. dan  wujud..  kemudian, tissue dan organ adalah sesuatu yang aktif. tissue dan organ ni terbentuk daripada pelbagai cell. kemudian menjadi system di mana, semuanya bergabung membentuk tubuh badan yang sangat unik.

sini jelah.. panjang sangat pulak aku rasa.. haha~ k.. selamat menjadi kreatif!!! maaf kalau satu hapak pown korang tak faham.. 


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 9 Mac 2011

JOM HILANGKAN STRESS!

Assalammualaikum..
pernah tak korang alami sakit kepala yang amat sangat akibat stress? *aku ulang ye.. STRESS?? aku yakin semua pernah. siapa yang tak pernah tu dia adalah ROBOT! hehe~ kalau korang sakit kepala, apa korang buat? ambil panadol pastu telan? atau tidur? takpun jadi doktor peribadi?? hehe~

hensemnye dia ni. haha~

sebenarnya ada banyak cara tau. cara2 kat atas tu semuanya tak sihat. yelah.. sampai bila korang nak bergantung pada panadol semata mata kan? kalau tidur pulak. takkan la korang nak tidur 25 hours a day? doktor peribadi tu lagi superb tak sihat.. da rupa mayat hidup da.. konon2nya nak hilangkan stress.. rupanya bertambah bengong dan bongok lagi..

so, apa sebenarnya cara untuk hilangkan stress?? kalau aku dulu, aku akan jerit.. kat kawasan rumah aku ada satu tempat ni memang kalau jerit, jarang ada org dgr. hehe~ sebabnya tempat ni ada rupa bukit sikit. so kalau jerit tu tak rasa kuat sangat la.. bagi korang yang tak ada tempat nak jerit kan, korang masuk je dalam kereta.. jerit kuat2.. tapi jerit bukan sebarang jerit. ini jerit menghalau stress. sebelum jerit, fikirkan perkara yang membebankan tu. kumpulkan bersama sama lepas tu keluarkan semasa menjerit. then, hati tu akan rasa kosong je.. tenang.. tapi aku berhenti amalkan benda ni selepas aku dapat mimpi yang agak menyeramkan!! huhu!!


lepas tu aku amalkan cara 'daun pokok jambu air'. apakah?? haha~ agak pelik la nama dia kan? haha.. bagi aku dan deria bau yang aku miliki ni, bau daun pokok jambu air ni sangat menenangkan. dia ada satu aroma yang meringankan dan ........ aku pun taktau nak desribe macam mana. tapi setakat ni, aku amalkan daun ni je la.. kalau stress pergi keluar carilah mana2 pokok jambu yang ada, petik daun dia pastu ronyok2 kan. then bau.. sedap.. sampai kadang2 tu aku ketagih nak bau daun tu.. itu bukan dadah kan?? ngee


oh ye, kalau tak ada daun pokok jambu air ni aku akan senyum or gelak sensorang. macam orang gilA??? yeZZ!! haha~ selalunya perkara ni jadi kat sekolah.. sampai kadang2 tu bestie aku takut nak dekat. maklum lah sekolah aku tu agak keras.. bila tengok aku gelak sensorang sah sah dorang tak dekat.. haha~ perkara2 macam ni selalu terjadi time exam. tak caya? jom intai aku dalam klaz time exam. gerenti tengok aku senyum sensorang. haha~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 27 Februari 2011

WAHAI PARA BLOGGER!

assalammualaikum..

dah baca tajuk? agak2 apa yang aku nak cakap?? fikir fikir dulu...5 seconds.. 10 seconds.. 10 minutes.. arghhh! lambat lah korang fikir!!! hehe~

meh sini dekat2 jap.. aku nak tanya.. macam mana korang boleh dapat idea yang begitu WOW!! setiap hari?? macam mana macam mana macam manaaaA???????!!!!!!!! hehe~ owh tolonglah aku.. aku sedang blank sebenarnya.. aku taktau dah nak update blog ni macam mana.. dan.. agak rasa sedikit bosan dengan blogging.. maaf~ wuarghhh!! aku tak ingin curang dengan blogspot.com!! wuarghhh!!!

---> GAYA MACAM ORANG PUTUS CINTA JE<--]

haha~ adesss... aku sebenarnya cemburu.. kenapa?? sebab aku tengok orang yang aku follow sume boleh update blog mereka.. begitu juga orang yang follow aku.. kesian kat aku sebab aku dah blank.. aku usha blog aku tadi.. sikit2 resipi.. sikit2 segmen.. sikit2 software.. mesti korang bosan kan? kan? kan?? k lah.. sampai sini je lah.. nak menangis kejap..
HUK HUK HUK HUK HUK HUK HUK
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 19 Februari 2011

TIPS BERJAYA BLOGGER DARI NEWBIE?

Assalammualaikum...

wahai para blogger baru sekalian alam.. dari kutub utara mengelilingi bumi ke kutub selatan.. dari planet utarid hingga ke naptune kemudian kembali ke bumi.. dengarlah wahai blogger baru sekalian!! (maksud aku.. baca..)
meh sini dekat2 aku nak story~

aku search google bout.. 'tips berjaya blog'... aku rasa macam.. ada yang tak kena..
contoh tips : jangan copy paste entry orang lain.
akibat        : orang tak akan masuk dah blog kau!

tapi masalahnya... aku usha blog yang banyak copy2 ni lah yang ramai follower.. tak caya?? korang pergi la usha mana2 blog yang agak ramai follower (tak semua ye), kebanyakkan entry pun copy juga..

jadi sebenarnya apa tips yang paling sesuai untuk ada ramai reader??

aku ni pun blogger baru... terus terang meh sini aku nak cerrr sikit... aku dah blogging ni sejak dari tahun lepas. pada 21 feb 2010. follower yang aku cecah cuma 20+ sahaja.. tu dalam masa setahun.. tapi masa tu entry aku pun tak menarik sangat. dan aku tak kenal lagi dengan dunia blog ni.

jadi.. dalam bulan januari 2011, aku agak terperanjat bila follower aku dari jumlah 20+ terus menginjak naik ke 50++ hanya dalam masa tak sampai sebulan.. pelik? tapi benar.. apa rahsianya??

bagi aku.. sebenarnya tips blogger berjaya ni kan.. tak lah serumit yang korang selalu baca kat google tu..
korang hanya perlu....

1. jadi blogger peramah. orang komen, ko balas la.. orang visit, ko visit balik! jangan la sombong melampau~


2. perbanyakkan sertai sebarang segmen atau contest.. kenapa?? selalunya.. orang yang buat segmen dan contest ni mesti akan ada ramai follower n reader. then kalau korang sertai aktiviti mereka, automatiknya, nama dan link blog korang akan tersenarai kat blog popular tu. then, bila orang baca segmen korang, orang akan follow korang. insyaallah. selain tu, kalau korang selalu sertai benda2 macam ni, korang tak payah nak runsing kalau blog jarang update. aku?? aku selalu join segmen dari blog ben ashaari.. thanks to him!


3. katakan 'taknak' pada blog berat! or no one cares bout your blog! faham2 lah ye!

4. ping la blog korang kat mana2 tempat macam.. gengblogger.com dan googleping.com. sebab kat tempat2 macam ni la para blogger selalu cari entry untuk dibaca. ada yang nak cari idea untuk buat entry.. tajuk mesti gempak dan tak tersimpang dari entry korang!

senang kan?? yeSSS!! sangat senang! tak payah nak sibuk2 buat ini buat itu. bukan maksud aku benda alah tu semua tak guna.. sebenarnya, berguna. tapi bagi aku, semua tu sebagai sampingan je.. yang aku bagi ni, mungkin asas je~

semua ni sebagai pandangan dan pengalaman dari aku je.. kalau korang rasa, aku totally wronged, then, korang tak perlu lah nak try2 benda ni. dan lagi satu.. aku minta maaf la kalau entry kali ni bukan apa yang korang nak. sekian~




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 27 November 2010

WARNA BAJU MENYEMBUHKAN PENYAKIT? BETUL KE?


ada kajian mengatakan bahawa warna baju ada peranan menyembuhkan penyakit.. betul ke? jom kita tengok!!






KUNING
-mempengaruhi intelektual dan kemampuan membuat keputusan. warna ini mampu merangsang kosentrasi dan dapat menyembuh penyakit artritis dan mengurangkan stress, kejang otot, hipoglikemia dan juga masalah hempedu.


MERAH
-mempunyai hubungan dengan tenaga, kekuatan, dan seksualiti seseorang. mampu merawat anemiz kurang tenaga, tekanan darah rendah dan penyakit kulit serta infleksi saluran kencing.


UNGU
-berhubung dengan energi dan fungsi tertinggi fikiran. sering digunakan untuk meningkatkan kepercayaaan diri dan mengurangkan rasa lesu. membantu pesakit mental dan saraf, migrain dan merangsang nafsu makan.


OREN
-mengaturkan pengaliran darah dan metabolisma. dapat mencetuskan kegembiraan dan keceriaan. membantu merawat depresi, masalah ginjal dan pernafasan seperti asma dan bronkitis.


BIRU
-berhubung dengan saluran pernafasan. baik untuk mengatasi insomnia, gastritis, artritis, asma, migrain dan sakit pada kerongkong.


HIJAU
- berhubung dengan jantung. sebagai penyembuh yang luar biasa. digunakan untuk menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga dalam tubuh badan.


HITAM
-warna yang dominan untuk mengurangkan selera makan.

Selasa, 16 November 2010

KISAH AYAM YANG MACHO~

ceritanya berkisar di sebuah ladang ternakan ayam di Gunung Semanggul.Disana ada 25 ekor
ayam betina dan sekor ayam jalak(kira ayam jantan macho la)yang umurnya sudah lanjut dimamah usia.Kerana sudah merasakan bahawa ayam jalak yang sudah tua tu dah pon melepasi masa suburnya maka sipemilik ladang ternakan memutuskan untuk membeli sekor lagi ayam jalak yg masih muda,tampan,segak dan macho dan sewaktu dengannya.Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua merasa tercabar kejantannya dan juga merasa tersaing.Lalau bibit-bibit la rase cemburu dan hasad dengki menguasai dirinya.mulalah si ayam jalak tua nie mengatur strategi.


lalu terjadi la percakapan diantara ayam jalak tua & muda tu:



Si ayam jalak tua:Oit...ko jangan la serakah sangat kat sini.Ayam betina kan ade 25..ko amek la 15 yang bakinye bagi aku...


Si ayam jalak muda:Banyak hensem ko punye muka..tua x sedar diri.ko tu da tua dah x larat dah,so semua ayam betina kat sini aku yg punya..


Si ayam jalak tua:EH-EH..belagak tol mamat sekor nie(kate jalak tua dlm ati)Saper kate aku tua dan x larat lagi,ko jgn pandang rendah kat aku...kang aku sekeh pale otak ko baru tau..ok la mcm nie..aku pon malas nak gaduh2 ngan budak hingusan cam ko nie..aku ade idea..aper kate kita pertonton kan kemachoan kitangan mengadakan 1 pertandingan.Siape yg menang leh amek semua ayam betina kst sini,yang kalah kirim salam...


Si ayam jalak muda:ok..aku on jer..pantang tol keturunan aku dicabar..kita nak buat pertandingan aper?


Si ayam jalak tua:senang jer pertandingan nie..pertandingan lumba lari 400 meter sambil senyum kambing...amacam??ader brani ka...


Si ayam jalak muda:ok no problem...


Si ayam jalak tua:oleh kerana aku nie dah tua,aku mintak lari dulu depan ko 50 meter..ok..


Si ayam jalak muda:boleh(dengan penuh keyakinan diri)




Maka pertandingan pon dimulakan dengan ayam jalak tua lari dulu 50meter baru la di ayam jalak mudalari menyusul dari belakang dgn kecepatan eksterm tahap the flash.Tiba-tiba baru kurang 20meter menyusul si ayam jalak muda ditembak oleh tuanya yakni pemilik ladang ternakkan..
KENAPE????



(jawapan yg kuar dari mulut tuannya)
kata si pemilik:"KURANG AJAR INI AYAM JALAK..HOMOSEKS RUPENYE..asal setiap kali aku beli mesti dapat yang spesis mcm nie..suka sangat kejar ayam jalak tua aku...



MORALNYA:jgn belagak ngan org tua..dorang byk tricks...hahahaa....

Ahad, 7 November 2010

KAWAN


1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar... Dah dapat sepak...:-(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
Dah pakai pastu buang…:-(

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul...:-(

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
 Rosak sikit jual …Beli baru…:-(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde…:-(

9. Kawan tu bukan macam BANK.
 Bila dah takde duit baru nak cari…:-(

10. Lagi...Kawan tu macam ape ye???Hmmmm...

Haa…Kawan tu macam AWAK LA…
Bila saya tulis blog, awak akan baca dengan teliti sampai habis...Kemudian share info kat blog ni dengan kawan-kawan:-D

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih,berduka dan sebagainya…Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menjaga hati kawan-kawannya dan akan sentiasa tolong menolong sesama sendiri...

Jumaat, 5 November 2010

ANDA SEDANG MARAH??




"woi! aku tengah marah ni! tau tak ? aku tengah marah kau jangan buat aku panas! kang ada yang kena penyepak sulung aku!!"

haha~ kenapa harus marah? tak baik tau marah-marah ni. banyak risiko yang bakal anda tanggung kalau anda marah. nak tau tak, ustaz cakap, kalau kita marah, syaitan akan tepuk tangan. ustaz cakap lagi, kalau kita marah, ALLAH tak suka. nanti, tertutup 1 pintu syurga buat kita. pintu tersebut adalah pintu yang terbuka akibat kesabaran kita dan tertutup akibat kemarahan kita.. kan dah rugi satu pintu syurga... lagi satu, kalau tengah marahkan.. muka mesti macam tempoyak basi.. dah tak cantik / handsome.. makwe pakwe semua lari...

"mana boleh sabar! dah aku nak marah! nak buat macam mana! lu bikin gua panas saja!"

ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelak kemarahan ni. antaranya :

- baca a'uzubillahhiminassyaitonirrajim. maksudnya, jauhkan aku dari syaitan yang direjam. kenapa kita kena baca ayat ni? sebab, kemarahan itu berpunca dari syaitan. bila kita marah, kita akan rasa berapi je, terutamaya di hati. kan syaitan itu asalnya dari api..? jadi, jauhkanlah syaitan dari dirimu.

- banyak2 berzikir. bila kita berzikir, kita akan ingat ALLAH. sambil menyelam minum air. kita berzikir dapat pahala, sekali gus mengelakkan diri daripada penyakit darah tinggi!

- berwuduk! syaitan asalnya daripada api. memandangkan marah ini berpunca daripada syaitan yang asalnya daripada api, maka kita boleh lawan rasa ini dengan wuduk. apikan kena lawan dengan air? barulah sepadan...

- baca surah taha, surah al-baqarah ayat 205 atau 250. (tak berapa pasti.) dan surah alam nashrah. jangan pandang rendah pada ayat2 ALLAH! sedangkan syaitan lari terkucil-kucil bila mendengar nama ALLAH, apatah lagi ayat ALLAH.

- azan! syaitan kan takut dengan azan.. jadi, bila kita azan, syaitan akan lari jauh2. dan hampalah hatinya untuk menghasut manusia.

- makanlah makanan dari sumber yang halal dan elakkan makan daging merah! kajian mengatakan, orang yang banyak makan daging merah ni, mudah marah. banyakkan makan buah-buahan yang mempunyai vitamin C. selain mencantikkan kulit, vitamin ini juga dapat menenangkan fikiran.

-senyum selama 10 saat. kalau tengah2 marah tu, senyumlah selama 10 saat atau lebih. kerana senyum ini dapat menghakis perasaan marah dalam diri. biarlah orang kata kita ngoks daripada tertutup pintu syurga daripada sifat sabar kita kan? lagipun, senyum ni jugak adalah salah satu senaman muka yang dapat menaikkan aura positif tau!

- kalau anda sedang marah semasa berdiri, maka duduklah. kalau anda sedang marah semasa duduk, maka baringlah. kalau anda sedang marah sewaktu baring, maka tidurlah.. spa yang marah time tidur tu, aku taktau la nak cakap apa. mengamuklah korang dalam mimpi tu!

Ahad, 16 Mei 2010

PETUA HILANG JERAWAT


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget