PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label BUNTU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUNTU. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2011

[KIMIA] CARA HAFAL JADUAL BERKALA.

assalammualaikum! yahoo!!!! haha akhirnya.. aku dah hafal dah jadual berkala! thanks to chairul sbb bagi aku formula nak afal.. tak payah perkataan merepek2 tu semua.. haha! seronoknya aku.. rupanya kalau dah afal jadual tu, kerja aku lebih senang!!! bagos kau chairul! nanti jadi tutor aku tau!!


macam mana nak afal?? bak kata si chairul, 'kau bahagikan 5-5. kau afal dulu yang number 5, 10, 15 and so on. lepas kau dah afal tu, kau afal yang lain2..'

kenapa kena afal 5-5 dulu?? sebab... unsur yang ke 5,10,15,20 n so on tu sebagai petanda... so senang la korang nak ingat.. 

cth [5-5] : boron, neon, phosphorus, calcium. (sebagai petanda)

lepas dah afal menda ni, korang afal pulak unsur sebelum petanda satu.. 

cth [petanda satu] : hydrogen, helium, lithium, beryllium, boron.


jadi, korang cuma perlu ingat 4 je lah dalam satu petanda tu. dah afal unsur utk petanda pertama, afal pulak yang kedua. sampailah akhir..... standard sekolah menengah sampai 20 je.. iaitu, sampai calcium.. cuba tgk jadual kat bawah ni..

ha.. nampak macam sikit je kan nak kena afal.. tapi, ada orang yang tak boleh terima macam ni.. aku jst kongsi apa yang aku tau je.. sebab kalau nak afal ikut jadual yang kat atas tu [gambar pertama] aku rasa susah kot.. bila dah afal benda ni, senang sikit nak buat keja.. korang pandai2 la. kata tak boleh nak afal 5-5, korang buat petanda dia 3, 6, 9, 12 and so on...

sekali lagi, thanks to chairul.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 18 April 2011

LAGI2 KES VIDEO LUCAH DATUK SRI ANWAR IBRAHIM.


assalammualaikum..

sumber : syoknyadownload.blogspot.com



Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.


Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

-Keadilan Daily 18/4/2011




macam2.. aku pun dah tak tau nak cakap apa.. aku rasa.. manusia zaman sekarang ni.. kemaruk sangat gaknyer.. aku pun tak tau lah pasal benda alah ni dan aku takmo amik tau.. cuma.. aku nak ingatkan...


DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH!


macam yang aku cakap.. aku taktau siapa betul siapa salah dan aku tak teringin nak tau pun.. sebab aku taknak tau dan aku tak sokong mana2 pihak pown~ **yeke?? haha.. cuma aku je yg tau..... hehe~ senanye.. saje je nak update blog.. gud nite~


p/s : kalau budak kelas aku, disuruh jadi ketua, masing2 tolak org lain~ haishh~ 





~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 16 April 2011

[TUTORIAL] BUAT PAGES

assalammualaikum! wuargh! lama gila r aku tak on9 kowt? buzy larh~ banyak homework n class~ dying...*menipu~ haha~

harini, aku nak ajar benda simple kot? saje saje je.. kan.. sementara tak adik aku tak mengamuk nak guna pc ni.. **dia datang sini rini.. nak buat homework dia.. baru je cakap, dah berbunyi dah budak tu.. aishh!!

aku nak ajar buat pages.. pages tu ape? korang scroll blog ni atas sekali.. pastu.. korang tengok bawah header blog aku ni.. yang ade tuli.. blog bio, bio G3 tu semualah pages.
ok start~ budak ulun dah bising! menyampah..

steps:-

1. pergi kat new post, pastu edit pages



2. klik button new page. **yang warna biru on top sebelah <--- **taktau nak sebut arah apa.. hehe~

3. buat lah entry apa yang korang nak letak kat situ kan.. biodata ke.. so-sial network ke.. apa2 je la yang korang nak....



4.publish page.

kalau nak ubah kedudukan pages tu, contoh dari top ke side bar.. korang pergi ke design -> page elements.
korang drop je lah benta alah tu kat mana yang korang nak.. janji korang suke ati~



p/s : mesti cikgu aku cakap.. 'budak ni, kalau step2 ni tau je dia! step kimia... hancur!' hehe~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 11 April 2011

SELAK-SELAK BUKU CONTENG

Assalammualaikum! ehem2! pe kabar??? baik... korang2.. korang pernah tak.. rindukan zaman silam? macam zaman persekolahan ke??? saje je aku tnye.. ngee

tadi, aku usha2 lah buku conteng aku yang lama2.. tahun lepas punya.. sekali terselak satu page ni.. aku baca then senyum sensorang.. apa yang aku tulis???


aku ingat lagi.. aku tulis ayat ni, time cikgu sejarah tengah marah2. sebab apa dia marah? sebab... gred kelas kita dan gred guru sejarah tingkatan3 dia menurun! dia bengang lah en.. pastu dia mara2. selalunya dia cool je.. geram gila time tu.. pastu tangan aku autonya gerak sendiri buat mende ni.. **auta! haha~

sekarang ni.. lega dah!! sebab.. aku dapat gak sejarah A.. subjek lain pun A jugak la.. kecuali geo n KHB.. memang aku nyampah gila subjek ni.. **tak baca buku pun time amek exam ni.. stakat tgk2 je.. selak2.. haha~

taun ni, ayat2 kat atas ni tak dipraktik sgt oleh aku.. tapi taun depan.. Allah hu akbar! tak tau nak cakap ape.. SPM weyh!! takut lak! aku rasa macam... sekejap gila! dan.. perangai kiterang **budak kelas aku** pun belum matang lagi.. mcm mana nak amik SPM?? entah la. dalam banyak2 kelas.. kelas kami lah cikgu paling risau! guru besar pun aku rasa dah pening pale dah! nama je kelas A.. tapi.. oh ye! aku terlupa nak cakap.. 

perhatian semuaaa!!! kelas 4 AMANAH telah tukar nama kepada 4 AGRESIF! haha~ saja2 je kami nak tuka.. sat g cikgu tanya kelas mana.. jawab lah 4 agresif. susa pe kan.. **nakal**

 entah la.. aku pun tak tau apa nak jadi dengan kiterang ni.. perangai macam budak2 lagi.. tapi FUN! kami ni dah rupa satu family yang noughty! ngeee~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 10 April 2011

[DOWNLOAD] Tingkatkan Tahap Responsif PC dgn O&O CleverCache Professional Edition

assalammualaikum. dah lama kan aku tak share apa2 software.. so.. hari ni.. aku share lah program ni~ enjoy!


What O&O Clever Cache does
If a computer is used without interruption for longer periods, slower answering times of applications will occur. By restarting the computer, you will find out that the system runs with significantly higher performance. The reason for this is the empty file cache resulting from the reboot of the system. O&O CleverCache achieves the same result without any reboot, ensuring maximum performance while the system is online.

System requirements

Windows® 7, Vista, XP (32 Bit, 64 Bit)

Important Features at a Glance
NEW: Revised user interface with clear Toolbar
NEW:Statistical evaluation of the storage usage
NEW:Enhanced profile management
NEW:Supports Windows® 7 and Windows® Server 2008 R2
Predefined profiles (AutoSense)
Create, export and import individual profiles
Detailed memory use and cache statistics
System Tuning and System Monitor
Mem-O-Free for more available main memory
Mem-O-Safe for increased security in the event of a crash


kesimpulannya, benda ni mempercepatkan respon komputer lah..





~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

PUTING SUSU PUN DAH RM 2.OO..

assalammualaikum! korang pernah tak rasa.. putus asa?? sebab hidup yang rumit? hidup ni.. susah.. semuanya duit.. nak masuk tandas pun duit.. puting susu pun dah dua ringgit.. belum masuk susu.. pampers.. baju tu semua..  haishh.. itu baru utk budak kecik.. bila makin dewasa.. makin bnyaklah duit melayang..

kalau pada orang cina dorang akan cakap, 'tak apa... pelaburan masa depan..' miskin ke.. kaya ke.. tetap jawapannya sama.. macam tu jugak orang singh.. tengok.. berapa ramai kuantiti mereka kat malaysia ni.. sikit je.. tapi kualiti mereka tinggi! sebab.. doarang mengamalkan prinsip ni :

'biar kurang kuantiti asal lebih kualiti.'

apa yang kualitinya??? jom tengok Karam singh walia tu.. sapa yang tak kenal dia? orang2 kerajaan sangat takut kalau dia bersuara! sebab apa? sebab kalau dia bersuara semua susah! tapi, rakyat senang. sapa dia orang melayu yang mampu buat macam ni?


bila bercakap.. pantun dan peribahasa je yang keluar. padahal tu bahasa melayu.. budak2 melayu nak fikir pantun pun susah. peribahasA? rujuk kamus dulu.. tak percaya?? tanya lah diriku.. 

oppss! aku bukannya negative sangat. aku cakap apa yang benar. aku pun sayang gak en bangsa nenek moyang aku. tu sebab aku cakap benda ni. sebab aku rasa 'kualiti' tak lagi melambangkan bangsa yang berjaya. biar kita kuasai dunia dengan minda dan ilmu. aku yakin.. semua orang pun nampak apa yang aku nampak. 

ok.. kembali semula kepada cerita hidup.. kesimpulannya.. hidup ni. tanpa ilmu.. tak ada guna.. ilmu tu macam2. berlambak.. kau pilih je mana yang kau nak. bila tak ada ilmu, jangan harap kau nak dapat duit. bila tak ada duit.. macam mana nak hidup? korek tong sampah lah jawabnya. 

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 9 April 2011

AKU CUMA WATAK ATAS PENTAS

Assalammualaikum.. hurm.. korang pernah tak rasa.. hidup dah tak bermakna lagi? seolah tiada lagi penyeri atau mentari? tiada lagi rembulan atau senyuman?? korang pernah tak rasa.. seolah ingin mencipta dunia sendiri? dnia di mana hanya ada kau dan keseronokan?


korang nak tau tak kenapa aku suka cerita cartoon? sebab aku suka membayangkan yang dunia cartoon atau anime tu.. adalah dunia aku. tapi setiap kali cerita tu habis.. aku jadi kosong balik.. aku sedar.. dalam hidup ni, tak semua yang kita impikan tercapai.. berbeza dengan cerita2 dalam tv tu. kita boleh reka kita boleh cipta.. alangkah indahnya bila jadi 'watak' dalam dunia tu. sentiasa ketawa..


kadang2 aku bertanya pada diri sendiri.. apa yang aku lakukan untuk terus hidup? makan minum dah tersedia..  apa lagi yang aku perlukan untuk mempunyai keseronokkan dalam hidup.. betul.. aku selalu ketawa! tak caya tnya kengkawan aku. tapi kat sekolah je la.. bila balik rumah ni.. aku tak tau dah macam mana nak tarik otot2 kat pipi ni supaya aku boleh ketawa.. pelikkan? tapi tulah aku..



kadang2 aku tertanya tanya.. kenapa hidup aku berbeza dengan dorang semua.. aku ada family.. mereka juga ada family. tp kenapa aku tak dapat hidup dengan family aku di bawah satu bumbung?? walaupun kami selalu berjumpa.. tapi sangat lain rasanya bila tak sering bersama. setiap hari.. aku tatap wajah parents aku. dan dalam masa yang sama.. aku rindukan dorang.. bila aku dapat hidup satu bumbung dengan dorang?? hanya bila nenek pergi rumah anak dia.. bila kiterang pergi FH.. atau bila kami keluar jalan2..


ramai yang cemburu dengan aku sebab aku selalu dapat apa yang aku nak.. kawan2 aku.. sepupu2 aku.. malah adik2 aku pun.. cemburukan aku.. tapi dorang tak sedar.. yang aku tak dapat hidup bersama keluarga aku.. memang parents aku selalu berusaha untuk dapatkan apa je yang aku nak.. berbeza dengan nurul n aidil.. tapi tak cukup kalau semua tu adalah bayaran untuk kegembiraan bersama keluarga.. pernah nurul memberontak kat rumah parents aku dulu.. aku diam je.. dalam hati aku menangis.. kalaulah dia tahu hidup  bukan sebumbung dengan keluarga...


aku cuba cipta dunia sendiri.. di sini.. aku diamkan sahaja apa yang berlaku di dunia realiti dan aku luahkan di sini.. di rumah kecil aku ni.. tapi ternyata.. bukan ini yang aku nak.. bukan dunia yang macam ni yang aku.. kalaulah aku ni seorang watak dalam cerita cartoon.....


hidup ni.. orang kata macam satu pengambaran.. satu filem! apa yang berlaku. semuanya dalam skrip! jadi aku pilih untuk diam sebagai alasan memberontak.. tapi.. baru aku sedar.. yang diam tu juga.. sebahagian drpd skrip.. kalaulah aku mampu tamatkan pengembaran ni segera.. aku dah penat dah bermain atas pentas. hidup dalam kepura puraan. orang suruh, aku senyum. org suruh marah aku marah. orang suruh sedih, aku sedih! apa yang aku nak.. aku sendiri tak tau! 


aku cuma watak atas pentas...

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget