PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label FRIENDS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FRIENDS. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

[CONTEST] SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Assalammualaikum! huhu~ hari ni nak masuk contest selamat hari guru, cikgu! dai blog bawah ni, klik gambar tau kalau nak join sekaki~



walaupun, hari guru lambat lagi.. aku nak buat dedikasi sikit untuk para guru yang dah ajar aku.. huhu~

guru..
aku tak tahu apa semangatmu,
sehingga kini,
kau masih setia menjadi guru..
setia memberi ilmu yang kau tahu.

guru,
seringkali ku dengar keluh kesahmu,
mendidik aku dan juga teman temanku,
rupanya tak senang menjadi guru,
namun sehingga kini, 
kau tetap dengan posisimu~

masih kuingat bekas di tangan,
waktu kau libas dengan rotan,
tatkala itu bertapa aku membenci,
tapi kini,aku sudah mengerti..

guru,
kini cuma satu yang ku mahu darimu,
redhai segala ilmu,
ampuni segala kenakalan ku
agar aku dapat menjadi manusia berjaya
dalam dunia yang pelbagai perisa~


cikgu, dulu masa saya umur enam tahun, cikgu yang ajar saya.. cikgu ingat tak? cikgu ajar saya dengan penuh tekun dan lembut. cikgu tak pernah marah walaupun masa tu, saya nakal sangat. saya tak  dengar arahan cikgu. tapi cikgu tetap sabar.. cikgu tetap ajar saya ABC, 123 dan operasi tambah tolak.. bila waktu makan, cikgu sediakan saya roti dan air milo. saya selalu merungut, asyik roti je.. tak ada makan lain ke.. tapi saya berani menrungut belakang je. satu hari tu, cikgu dengar apa saya cakap. then cikgu tukar menu.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak tau ABC.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah satu, saya bebal sangat. saya susah betul nak ingat apa yang cikgu ajar.. cikgu cakap ayam dalam bahasa inggeris chiken, saya cakap fish. bila cikgu suruh eja 'book' saya eja 'buk', tapi cikgu tetap duduk sebelah saya dan tetap ajar saya. tanpa jemu walaupun kadang kadang tu, saya yang rasa jemu.. dari kedudukan periksa saya belas-belas sampailah saya boleh dapat nombor satu. walaupun lelah dengan perangai saya yang nakal, cikgu tetap tersenyum.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak tahu bahasa inggeris..


cikgu, cikgu ingat tak, cikgu sebat saya dengan rotan masa saya darjah dua.. tapi perlahan je.. waktu tu, saya tak hafal sifir.. walau berkali cikgu suruh saya hafal sifir, saya tetap tak tengok buku. mungkin masa tu, cikgu geram sangat dengan sikap saya sampai cikgu rotan saya.. tahu tak.. betapa saya bencikan cikgu waktu tu. jadi saya berusaha untuk hafal sifir bersungguh sungguh. cikgu suruh hafal sampai sifir 5 je, tapi saya hafal sampai sifir 12. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak hafal sifir.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah tiga, saya malas sangat nak buat kerja sekolah. setiap homework yang cikgu bagi, saya akan pulangkan seperti sedia kala.. kadang2 tu kertas tu akan jadi kapal terbang.. bila saya pulangkan semula, cikgu tengok muka saya sambil tunjuk arah pintu. waktu tu saya tau, cikgu suruh saya keluar. itu kali pertama cikgu ruh saya keluar setelah banyak kerja sekolah yang saya tak siapkan. bila habis waktu cikgu, cikgu bawa saya ke bilik guru. saya ingatkan cikgu nak sebat saya, tapi rupanya tak.. malah cikgu nasihatkan saya. lepas tu, semua homework cikgu saya siapkan. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, saya tak tahu apa erti tanggungjawab.


cikgu, cikgu ingat tak, betapa cikgu tension dengan saya bila saya banyak tanya dalam kelas. walaupun masa tu cikgu tengah ajar saya chapter 3 dalam kelas, saya tetap tanya pasal chapter 2.. masa tu, saya tak faham langsung apa cikgu ajar. jadi saya tanya la.. sampai satu hari tu, cikgu suruh saya tunggu bila habis kelas. cikgu ajar saya sains sampai lah saya faham. setiap chapter, cikgu bagi extra class kat saya.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu saya tak tahu apa erti omnivor, karnivor dan herbivor.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah lima, saya selalu ponteng kelas. saya akan pergi ke surau, kononyer nak bersihkan surau lah..  bukan apa.. tapi cikgu tu garang sangat. asal masuk kelas je, bawak rotan. sapa tak takut. tapi, cikgu bukan pernah rotan kami pun. tapi saya tetap takut. bila ada pelajaran cikgu je, saya ponteng. tapi satu hari tu, cikgu datang kelas saya, dan jumpa dengan saya. cikgu kauseling saya. cikgu cakap, 'kalau kam tak buat salah, saya tak pukul.'. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, saya tak akan jadi insan yang berdisiplin sekarang ni walaupun saya tak la disiplin sangat.


cikgu, cikgu tau tak.. saya paling suka darjah enam, sebab tahun ni, saya kenal erti hidup yang lebih mendalam. setiap kali waktu cikgu, mesti cikgu cerita tentang hidup. kadang kadang cikgu buat lawak. walaupun tahun ni kami akan menghadapi UPSR, cikgu tak pernah bagi kami tekanan. saya suka bila cikgu bercerita dan kami pula salin apa yang tertulis di papan hitam. cikgu banyak bagi kami nasihat tentang hidup. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, mesti saya tak dapat hidup dengan baik sekarang ni.


cikgu, cikgu ingat tak. masa kami tingkatan 1, ramai yang sisih kami walaupun kami ni kelas pertama.. sebab apa? sebab kenakalan budak kelas saya.. tapi cikgu tetap ajar kami. walaupun stress, cikgu tetap ajar kami. dah la kelas kami tingkat atas sekali. bila sampai je, cikgu tengok kelas kami dah kucar kacir. cikgu tetap sabar dan bagi kami masa untuk kemaskan diri walaupun waktu tu, masa cikgu terbuang. sebenarnya, kami saja je buat macam tu.. sebab.. kami malas nak belajar. tinggal 10 minit je masa cikgu, barulah kami siap sedia utk belajar. tapi hari tu, cikgu gunakan masa cikgu untuk bagi kami nasihat. cikgu cakap, 'hormatilah orang lain atau orang tak akan hormat kamu.' terima kasih cikgu, tanpa cikgu mesti sampai sekarang saya tak tahu hormat orang lain.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya tingkatan 2, tahun ni, paling cool sekali. walaupun cikgu adalah cikgu praktikal, cikgu sebenarnya beraksi lebih dari itu. cikgu menjadikan hari hari kami sangat best! bila kami rimas dengan perkara lain, cikgu hiburkan kami dengan pelbagai cara.. walaupun  waktu tu, cikgu sebenarnya mengajar kami bahasa inggeris, tapi dalam pada masa yang sama, cikgu dah curi perhatian kami dengan gelagat cikgu. cikgu tahu, saya sangat malas nak buat karangan sebab saya tak suka, tapi cikgu tetap berikan saya kerja sekolah berupa karangan. entah macam mana, semakin lama, semakin saya suka buat karang bahasa inggeris. terima kasih cikgu, tanpa cikgu sampai kini saya tak tahu format karangan bahasa inggeris.


cikgu, bila saya tingkatan tiga, cikgu sering gesa kami. cikgu push kami dengan pelbagai soalan sejarah. cikgu tahu saya tak suka sejarah. cikgu tahu saya tak suka ingat sesuatu. bila periksa je, cikgu bagi kamu satu arahan. 'pastikan kamu dapat 80% ke atas!' saya benci! saya terpaksa menghafal satu buku! sejarah saya tk pernah A. satu hari tu, cikgu nasihatkan saya. cikgu cakap, ' tanpa sejarah, kamu akan jadi seperti monyet!' masa tu saya marah betul! ada ke patut cikgu cakap saya macam monyet! haish!! malam tu, saya fikir semula apa cikgu cakap.. dan saya temui kebenarannya. betul cakap cikgu.. monyet tu.. tak bertamadun. tak pakai baju. telanjang bulat. kalau tak ada sejarah.. mesti saya pun ikut sama. terima kasih cikgu, tanpa cikgu.. mesti saya jadi monyet sekarang ni..


cikgu.. sekarang saya dah tingkatan empat.. banyak perkara baru saya belajar.. dan banyak yang saya tak boleh terima.. sebab.. saya perlukan masa. apa yang cikgu ajar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. saya tau cikgu geram dengan saya. tapi cikgu tetap doakan kami selepas kelas.. bila salam je dengan cikgu, cikgu cakap macam ni ' semoga kamu berjaya.' atau ' lina, belajar elok elok ye'. walaupun cikgu sibuk dengan aktiviti cikgu, cikgu tetap buat kelas tambahan untuk saya. macam pagi tadi.. cikgu ajar saya chapter 3. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, mesti saya ketinggalan zaman sekarang ni. semua dah tau nak buat chapter 3, saya pulak langkah chapter tu..  


utk semua guru yang pernah ajar aku, dedikasi ni khas buatmu: 

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB BERI SAYA PELBAGAI ILMU UNTUK TERUSKAN HIDUP!




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 28 April 2011

TERIMA KASIH MAKCIK PAKCIK FOLLOWER! - 5

Assalammualaikum! uikk? sedar tak.. yang.. dah lama aku tak buat entry 'Terima kasih makcik pakcik follower' kan?? hurm.. kali ni... adalah entry ke lima utk penghargaan ni.. hurm.. aku rasa macam nak tambah je list yg terpilih.. sebab.. mcm bnyk sgt nak buat.. **poyo je.. haha~ tapi.. kalau aku tambah list yg terpilih... karang adalah korang yang malas2 nak usha.. korang usha 1, 2 pastu blah.. haishh.. takpe la.. aku buat lima je.. jom tgk sapa yang kena!!

1.YAYA AZURA - 2 kali dah kan kak yaya?? haha~ 1 sebab jadi shouter terawal.. 1 lagi as follower~

2.INTAN NURFUZI

3.ZONE SENGAL

4.MAMADIANA PUNYA BLOG

5.JIWA 916


macam aku pernah cakap kat entry yang lepas2, aku ni follower takde lah bnyk macam dorang2 tu.. cuma 1 je la yang aku harap.. korang leyh saling kunjung mengunjung.. aku nak publish korang kat public, aku sendiri org tak kenal.. **ayat sedih tipu2.. haha~ so... korang lawat la antara satu sama lain.. saja je nak kenal kan korang berlima..

**aku pilih nama2 ni semuanya random.. so.. jgn lak ade yg kecik ati ngan aku ke ape mcm org tu.. haha~ sampai satu saat.. korang akan terpilih gak..  cewahh.. macam bagos je kau lina! haha~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 27 April 2011

[KIMIA] CARA HAFAL JADUAL BERKALA.

assalammualaikum! yahoo!!!! haha akhirnya.. aku dah hafal dah jadual berkala! thanks to chairul sbb bagi aku formula nak afal.. tak payah perkataan merepek2 tu semua.. haha! seronoknya aku.. rupanya kalau dah afal jadual tu, kerja aku lebih senang!!! bagos kau chairul! nanti jadi tutor aku tau!!


macam mana nak afal?? bak kata si chairul, 'kau bahagikan 5-5. kau afal dulu yang number 5, 10, 15 and so on. lepas kau dah afal tu, kau afal yang lain2..'

kenapa kena afal 5-5 dulu?? sebab... unsur yang ke 5,10,15,20 n so on tu sebagai petanda... so senang la korang nak ingat.. 

cth [5-5] : boron, neon, phosphorus, calcium. (sebagai petanda)

lepas dah afal menda ni, korang afal pulak unsur sebelum petanda satu.. 

cth [petanda satu] : hydrogen, helium, lithium, beryllium, boron.


jadi, korang cuma perlu ingat 4 je lah dalam satu petanda tu. dah afal unsur utk petanda pertama, afal pulak yang kedua. sampailah akhir..... standard sekolah menengah sampai 20 je.. iaitu, sampai calcium.. cuba tgk jadual kat bawah ni..

ha.. nampak macam sikit je kan nak kena afal.. tapi, ada orang yang tak boleh terima macam ni.. aku jst kongsi apa yang aku tau je.. sebab kalau nak afal ikut jadual yang kat atas tu [gambar pertama] aku rasa susah kot.. bila dah afal benda ni, senang sikit nak buat keja.. korang pandai2 la. kata tak boleh nak afal 5-5, korang buat petanda dia 3, 6, 9, 12 and so on...

sekali lagi, thanks to chairul.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 21 April 2011

BILA AKU TENGOK SHOUT BOX???

Assalammualaikum~ perghhh~ presentation kat kelas els tadi.. aku kene wat la.. adoi.. baru nak 'padan muka' kat linda n abit sekali U turn kat aku lak.. aishhh~ so.. aku kena la present depan depa suma.. tebalkan muka dan akhirnya.. aku berjaya walaupun ada perkataan ' err' 'aaa' atau 'erm' dalam penerangan aku tadi.. ye r en.. dah la BI aku broken gila~ adoii~ tapi.. teacher rachel kata... 'Good job lina..' wuarghhh~ terharu... haha~ **gedix plus plus



erm.. back to the topic.. bila aku tengok shoutbox?? bila? bila? bila??

**bila2 masa yang aku suka la.. ngeee~ ye,, aku usha SB bila aku nak tgk.. tapi, aku balas kunjungan dorang ni bila aku ada masa la.. macam sekarang ni, masa aku sangat sangat singkat. jadi, aku terpaksa tangguh dulu.. tapi korang toksah risau noh.. sebab... aku dah tanda dah takat mana yang aku lawat. kalau tak caya, p check kat SB aku.. ada tanda macam ni..


'lina : -------------'

Tu maknannya.. aku dah lawat dah blog yang sebelum tu... senang sikit. nanti takda la aku terkejar2.. bukannye aku ni memilih.. tapi.. aku takda masa... huhu~ T.T.. macam yang aku cakap tadi, blog korang bakal dijenganh la..

k la.. aku na out dah ni. dah baca buku addmath.. esok ada exam tipu tipu.. haha~ adeke?? ade ade kan la...

p/s : aku cuma bagi respon yang cepat pada org yg komen je.. yang shout2 ni lambat sikit ye~ maaf...
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 20 April 2011

KELAM KABUT

assalammualaikum~

sat lagi nak pegy klas els.. adoi.. cane lah aku leyh lupa homework klas ni.. nasib baik ada link website tu.. kalau tak.. mecicit aku.. fhuhh~ da settel dah.. dah anta kat teacher rachel.. pas ni kerja linda dan abit lak wat presentation.. padan muka! wuahahahah~
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Selasa, 19 April 2011

SYAITAN KENA STROK BILA....

Assalammualaikum! pe khabaQ?? dah makan noh?? hehe~ ehem2.. tadi aku jumpa ayat ni dalam blog http://gula-gulapelangi.blogspot.com. disebakan kat akhir ayat kat bawah ni, aku dengan rela hatinya.. post kat blog ni tanpa minta izin.. jahat aku ni en... alah.. miss ran pun dah bagi kebenaran awal2 dah.. tgk lah ayat last dia kalau tak caye.. hehe~ so.. silakan membaca~

1)Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja. Tengok je.
2)Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
4)Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
5)Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia strok.
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus strok.

Yang ini anda fikirilah sendiri
> Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"
~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

IKLAN ROKOK SATU PROPA

Assalammualaikum.. hurm.. aku geram gila nieyh! asal?? meh sini tengok sat..


tadi aku lawat lah satu blog ni.. tak ingat blog sapa.. cerita pasal iklan henti merokok. baca punya baca.. sekali aku ter-komen benda alah ni macam ni...






alah.. iklan henti merokok je berlambak. tapi apa yang kerajaan buat?? galakkan lagi org hisap rokok. sebab apa?? sebab rokok memainkan peranan penting dalam ekonomi malaysia. sekotak pown dah 10 inggit. PROPA je lebih! kalau serius, try lah haramkan rokok di malaysia! tak berani punyer~ .




aku agak marah la dengan iklan rokok ni. kenapa? PROPA je lebih!! kenapa tak haramkan kemasukkan rokok ke dalam negara kita? macam tu gak dengan arak.. kenapa?? sebab.. ekonomi! sebab duit.. iklan tu 
macam satu kepura puraan bagi aku.. propa je lebih~ habuk pown tadak~ 



Stop blogging for a while.. hantar PC g service. pc dah penink~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 18 April 2011

TERIMA KASIH MAKCIK PAKCIK FOLLOWER! -4

assalammualaikum~ gila busy! rini, tak tau nak buat apa sebab busy melampau.. lepas ni nak buat powerpoint sivik lak.. rabu ni ada presentation.. masalahnye.. pc aku tak de power point!! wuarghh~ addmath.. folio tak siap lagi.... tp aku dah buat dah.. nak kemas kini je.. same lah ngan bio.. aishhh~ hidup hidup.. ni baru takat sekolah menengah.. macam mana la nanti kat kolej ke.. kat U ke.. mesti aku guling2 kat jalan sebab kepeningan melampau.. tak masuk lagi kerja nanti.. haishhh~

kali ni, 5 orang yang terpilih, bebudak kat bawah ni~ hehe~ kali ni.. aku rasa entry utk follower yang ke-4... hurm.. hope korang 5 org ni singgah lah blog antara satu sama lain.. aku nak harapkan orang ramai singgah blog hangpa.. aku ni bukannya blogger tegar yang ada follower berjuta juta tu.. akhir kata.. HAVE A NICE DAY! **gila ubi**




1. HAZRINA ERIN


2. MIRULL IBNU AZMAN


3. WANNIE BARNEY


4. VANILLA_COKELAT]


5. KUMBANG JINGGA




p/s aku sekarang ni tengah dalam misi mencari follower pertama aku.. hehe~ nak buat entry khas utk dia.. tp.. aku tak berapa pasti siapa dia.. aishh~ sebab.. ada 3 org dalam ingatan aku la.. nanti la.. aku siasat2 dulu... 




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 17 April 2011

SHOUT BOX OH SHOUT BOX

Assalammualaikum.. shout box oh shout box~ dah seminggu kot aku guna mende alah tu.. well.. boleh tahan lah bagy aku.. kuat gak pengaruh dia ye.. ramai gak yang shout kat situ.. so, maknenye aku tau lah blog ni ade tetamu.. tp.. masalahnye.. aku tak tau.. sama ada tetamu tu.. makan tak juadah yang aku sediakan.. yelah.. sekali dia shout macam ni,

'saja jalan2...'
'nice blog'
'singgah sini'
dll.........

ada gak ayat yang mengembirakan.. some readers comment bout entry aku kat shout box~
 agak puas hatilah kan.. haha.. walau cane pun.. aku tetap gak r pegi tempat dorang. tengok2 tempat org lak.. sapa yang tinggalkan link kat shoutbox aku tu, mmg aku singgah.. ada yang aku shout kat blog dorg. ada yang aku cmmnt tros kat entry dorang. tp yang pasti, aku baca la.. so.. korang tak payah risau lah nak tinggalkan link kat sini~ walaupun agak lambat.. aku jejak punyer!

p/s : sejak akhir2 ni.. ada arnab berlegar2 kat area rumah aku.. weyh.. arnab weyh! bukan kucing.. tp.. macam liar je.. tp.. aku selalu nampak dia time malam2 je.. sing tak nampak lak..  dan lagi satu.. sejak akhir2 ni.. ada kucing.. besar macam garfield kat umah aku tu. tp warna putih.. perghhh~ besar gila!2 kali ganda kucing biasa!! nak nak nak!

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 16 April 2011

AKHIRNYA... KAU SELAMAT DARI MULUT BUAYA DAN SINGA~

Assalammualaikum~

my fwenz!!

sedehnyer tengok gamba ni.. kenapa?? sebab.. depan sekali tu.. syamirah.. belakang sekali tu.. ekin..  2-2 dah tak ada dah ngan kiterang. dah pindah.. semalam.. syamirah dihantar ke kampung... kelantan.. hurm.. maknanya.. semalam.. hari last kami sama2.. menangis2 budak pompuan kelas aku yang satu kelas selama 3 taun.. (budak krk taun lepas)


budak syamirah ni.. dialah yang selalu buat bising kat kelas.. selalu nyanyi2 hiburkan kiterang.. suara dia sedap.. wey mira.. aku rindu r kat kau walaupun baru sehari je kau kat sane... kau tau tak.. kenapa aku selalu marahkan kau?? sebab aku takut benda ni lah yang jadi.. setiap kali kau buat hal.. mesti ur mum pikir utk anta kau kat sana..


syamira.. kau ingat ark mula2 aku tegor kat kat naungan nur.. kau diam je.. aku pulak bnyk cakap.. haha~ waktu tu kau duk sorang je kan.. kita satu kelas.. kau duk dengan aku.. sometimes aku geram gila ngan kau.. sebab kau selalu tiru jawapan aku.. haha~ pastu kau luahkan perasaan kau kat aku.. kau cakap..

'aku tau lah.. aku ni tak pandai.. bagilah aku tengok.. aku confius ni.." aku kesian.. bagilah kau tengok..

bila linda n nisa masuk kelas ni, kau rapat dengan linda pulak.. maybe kau satu kepala ngan dia.. pastu, aku rapat ngan nisa pulak.. tapi kita tetap bestfriend.. rehat lima orang.. campur ngan bita sekali.. tp waktu tu bita tak rapat sgt ngan kita kan.. kesian dia.. haha


dalam geng kita.. kau sorang je lah berani nak goda2 aku.. haha~ kau buat2 nak cium la.. pastu kau usap2 baHu aku la~ eei.. geli dowh! rasa macam nak bagi penyepak je.. tapi bila lama2, aku cuba lawan.. n aku balas balik.. sampai kau lak yang rasa apa aku rasa kan.. geli tak? haha~ 


mira.. walaupun aku rasa terkilan gila masa kau nak pergi tu, from the other side, aku nampak.. masa depan kau lebih cerah kat sana.. bila kat sini.. kau nakal.. dan agak liar.. tapi bila kat sana, mungkin kau akan jadi lebih melayu sejati kot? aku harap macam tu la.. 

lagipun, mesti kau akan jauh dari kau punya bapak tiri tu.. mungkin tu hikmahnya.. kau tau tak.. semalam, masa aku tengok jantan tu, aku rasa macam nak hempuk je kepala dia ngan tong sampah.. sama busuk dengan dgn sampah.. kau tau apa nisa cakap pagi tadi selepas kelas kimia??

'' semalam bapak dia pakai baju hitam, seluar hitam, spek hitam.. kasut hitam.. hati pun hitam jugak!"

marah betul dia.. mira.. linda msj aku tau semalam.. dia cakap.. dia tak sedia lagi nak berpisah ngan kau.. macam couple lak korang ni ye..  dia suro aku call mak kau ckp jgn anta kau pergi sana.. tapi.. kedit aku da mampos.. kalau ikutkan ati.. aku pun nak call gak.. in the same time.. separuh hati aku lepaskan kau pergi.. kat sana.. kau akan jadi lebih baik.. 

mira.. aku selalu marah2 kan kau kan? aku marah kau bersebab.. yela.. kau tu... kawan ngan budak2 tak betul.. aku tau lah.. kau tension kat rumah bapak tiri kau tu.. tapi,, jangan lah macam tu kan.. mira.. nanti kat ELS.. siapa yang nak buat lawak lagi?? sapa nak gelak macam oarng gila lagi? kau dah tak ada ngan kiterang..

aku tau.. kalau aku publish benda alah ni.. bukannya kau tau pun kan.. tapi.. aku kesah apa.. aku nak abadikan kau kat sini.. kan aku cakap.. blog ni sebahagian dari diari aku..

mira.. nisa cakap kan.. kisah kita ni, dah rupa macam cerita TENTANG BULAN~ walaupun dalam geng kita ni tak ada lelaki tapi lagu tentang bulan tu.. betul2 macam kes kita en.. 5 sekawan.. nanty, akan ada yang terpisah.. kau tau tak.. according to the story.. bila kita besar nanty, kita akan jadi geng lagi.. syok kawan dengan kau..

kau tau tak.. sekarang ni.. terbayang2 yang kau tengah gelak2.. haha~ kau tgh termenung.. bila kau termenung, nampak macam kau daring kat org lak.. haha~ mata kau dah r besar~

pape pown.. aku syukur la kau pergi sana.. kau jauh dr mulut buaya tu~ kau jauh dari mulut singa tu.. walaupun.. kau dekat dengan mulut tikus yang tgh gigit tali..  kau fahamkan maksud aku.. so lepas ni... kau tak payah lah risau dah ada orang masuk bilik kau time tg tidur ke ape ke en.. kau tak payah risau bout rayuan jantan tu kat kau.. tu maknanya.. Allah masih sygkan kau.. tengok.. dia selamatkan kau dari jantan tu.. mmg aku rasa macam nak sepak je dia time nampak muka dia semalam tu.

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

[TUTORIAL] BUAT PAGES

assalammualaikum! wuargh! lama gila r aku tak on9 kowt? buzy larh~ banyak homework n class~ dying...*menipu~ haha~

harini, aku nak ajar benda simple kot? saje saje je.. kan.. sementara tak adik aku tak mengamuk nak guna pc ni.. **dia datang sini rini.. nak buat homework dia.. baru je cakap, dah berbunyi dah budak tu.. aishh!!

aku nak ajar buat pages.. pages tu ape? korang scroll blog ni atas sekali.. pastu.. korang tengok bawah header blog aku ni.. yang ade tuli.. blog bio, bio G3 tu semualah pages.
ok start~ budak ulun dah bising! menyampah..

steps:-

1. pergi kat new post, pastu edit pages



2. klik button new page. **yang warna biru on top sebelah <--- **taktau nak sebut arah apa.. hehe~

3. buat lah entry apa yang korang nak letak kat situ kan.. biodata ke.. so-sial network ke.. apa2 je la yang korang nak....



4.publish page.

kalau nak ubah kedudukan pages tu, contoh dari top ke side bar.. korang pergi ke design -> page elements.
korang drop je lah benta alah tu kat mana yang korang nak.. janji korang suke ati~



p/s : mesti cikgu aku cakap.. 'budak ni, kalau step2 ni tau je dia! step kimia... hancur!' hehe~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 11 April 2011

SELAK-SELAK BUKU CONTENG

Assalammualaikum! ehem2! pe kabar??? baik... korang2.. korang pernah tak.. rindukan zaman silam? macam zaman persekolahan ke??? saje je aku tnye.. ngee

tadi, aku usha2 lah buku conteng aku yang lama2.. tahun lepas punya.. sekali terselak satu page ni.. aku baca then senyum sensorang.. apa yang aku tulis???


aku ingat lagi.. aku tulis ayat ni, time cikgu sejarah tengah marah2. sebab apa dia marah? sebab... gred kelas kita dan gred guru sejarah tingkatan3 dia menurun! dia bengang lah en.. pastu dia mara2. selalunya dia cool je.. geram gila time tu.. pastu tangan aku autonya gerak sendiri buat mende ni.. **auta! haha~

sekarang ni.. lega dah!! sebab.. aku dapat gak sejarah A.. subjek lain pun A jugak la.. kecuali geo n KHB.. memang aku nyampah gila subjek ni.. **tak baca buku pun time amek exam ni.. stakat tgk2 je.. selak2.. haha~

taun ni, ayat2 kat atas ni tak dipraktik sgt oleh aku.. tapi taun depan.. Allah hu akbar! tak tau nak cakap ape.. SPM weyh!! takut lak! aku rasa macam... sekejap gila! dan.. perangai kiterang **budak kelas aku** pun belum matang lagi.. mcm mana nak amik SPM?? entah la. dalam banyak2 kelas.. kelas kami lah cikgu paling risau! guru besar pun aku rasa dah pening pale dah! nama je kelas A.. tapi.. oh ye! aku terlupa nak cakap.. 

perhatian semuaaa!!! kelas 4 AMANAH telah tukar nama kepada 4 AGRESIF! haha~ saja2 je kami nak tuka.. sat g cikgu tanya kelas mana.. jawab lah 4 agresif. susa pe kan.. **nakal**

 entah la.. aku pun tak tau apa nak jadi dengan kiterang ni.. perangai macam budak2 lagi.. tapi FUN! kami ni dah rupa satu family yang noughty! ngeee~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

PENGHARGAAN BUAT SHOUTER TERAWAL

Assalammualaikum.. ehem2.. kan aku cakap. aku ada shout box.. orang pertama yang kentut kat situ adalah... ni.. makcik ni ha..aniss kasturi


awek cun
header dia

aNiss si Kasturi :):)

cute gyler header dia.. cemburut suda~ eh3... sshhhh~ aku curi gambar ni senyap senyap.. haha~ **gedix plus plus~ sebenarnya.. aku tak reti pown nak wat review2 ni.. so.. ni je lah kot yang aku boleh bagitau kat hangpa..~

aku ni takda lah kejam mane pown.. haha~ orang kedua yang kentut kat shout box tu..... miss typewriter..
orangnyer pown agak cute! haha~ cemburu lagi..

awek cun
[001.JPG]


header dia


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 10 April 2011

PUTING SUSU PUN DAH RM 2.OO..

assalammualaikum! korang pernah tak rasa.. putus asa?? sebab hidup yang rumit? hidup ni.. susah.. semuanya duit.. nak masuk tandas pun duit.. puting susu pun dah dua ringgit.. belum masuk susu.. pampers.. baju tu semua..  haishh.. itu baru utk budak kecik.. bila makin dewasa.. makin bnyaklah duit melayang..

kalau pada orang cina dorang akan cakap, 'tak apa... pelaburan masa depan..' miskin ke.. kaya ke.. tetap jawapannya sama.. macam tu jugak orang singh.. tengok.. berapa ramai kuantiti mereka kat malaysia ni.. sikit je.. tapi kualiti mereka tinggi! sebab.. doarang mengamalkan prinsip ni :

'biar kurang kuantiti asal lebih kualiti.'

apa yang kualitinya??? jom tengok Karam singh walia tu.. sapa yang tak kenal dia? orang2 kerajaan sangat takut kalau dia bersuara! sebab apa? sebab kalau dia bersuara semua susah! tapi, rakyat senang. sapa dia orang melayu yang mampu buat macam ni?


bila bercakap.. pantun dan peribahasa je yang keluar. padahal tu bahasa melayu.. budak2 melayu nak fikir pantun pun susah. peribahasA? rujuk kamus dulu.. tak percaya?? tanya lah diriku.. 

oppss! aku bukannya negative sangat. aku cakap apa yang benar. aku pun sayang gak en bangsa nenek moyang aku. tu sebab aku cakap benda ni. sebab aku rasa 'kualiti' tak lagi melambangkan bangsa yang berjaya. biar kita kuasai dunia dengan minda dan ilmu. aku yakin.. semua orang pun nampak apa yang aku nampak. 

ok.. kembali semula kepada cerita hidup.. kesimpulannya.. hidup ni. tanpa ilmu.. tak ada guna.. ilmu tu macam2. berlambak.. kau pilih je mana yang kau nak. bila tak ada ilmu, jangan harap kau nak dapat duit. bila tak ada duit.. macam mana nak hidup? korek tong sampah lah jawabnya. 

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget