PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label MY DAYS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY DAYS. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

[DOWNLOAD] SENJAKALA


Assalammualaikum.. tadi jalan2 kat web tadi, terjumpalah cerita senjakala.. tengok gambar atas sat.. mata laki tu.. seksi kan??? haha~ ni ada aku sediakan trailer dia... link download?? lain kali lah.. aku sgt bz sket sekarang ni. jadi link dia aku sediakan esok lusa la ye.. hehe~ gurau je lah! enjoy lah ye trailer dia~ link download kat bawah tu ye~ pastikan korang join dulu Ke 4-4 part guna 7zip sebelum play tau!





SENJAKALA PART 1


SENJAKALA PART 2


SENJAKALA PART 3


SENJAKALA PART 4





~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

GENG BLOGGER ADA TEMPAT CHAT MACAM FB?

Assalammualaikum.. lagi sekali aku ketinggalan zaman.. ape dia??wuarghh@ dah berbulan aku guna gengblogger.com, baru sekarang aku tau tempat tu ada aplikasi utk chatting.. alah.. yang macam kat facebook tu la.. tak percaya pergi lah tengok.. best pulak.. kat sini lah engko boleh dapat ramai lagi kawan blogger... syok2! haha~

p/s : tak tau lah kenapa sejak akhir2 ni, aku tak tau apa2 berita terkini.. atau lebih tepat lagi aku cakap.. aku tak tau apa yang dah jadi.. haishh~ nama je guna internet... memang lah kau ni lina.. ketinggalan zaman.. pasal gengblogger.com ni pun aku tau bila ada orang tegur aku kat situ guna aplikasi chatting ni.. haishh~ siapa??

basah kuyup

KLIK JE UTK LIHAT BLOG TU! huhu~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 28 April 2011

BLOG CIKGU SHIDA.

Assalammualaikum.. speechless gyler.. haha~ adess.. sebenarnya.. aku nak buat satu entry bout satu blog ni.. sebab dia ni.. setiap kali aku tgk traffic source, mesti site dia tersenarai~ bukan satu dua reader dari blog dia.. dalam seminggu boleh dapat lebih kurang 20 traffic dr blog dia ni... ok lah kan.. seminggu ada 7 hari je pun.. haha~ sape lah tu kan..  tapi.. aku rasa.. bila dah malam2 macam ni.. sapa yang nak baca kan?? **malam ke pagi lina oiii?? haha~ so aku decide, buat len kali lah utk blogger tu..

so.. sekarang aku nak cakap..... aku baru tau cikgu shida ada blog.. haha~ baru tadi aku jumpa~ so.. makin galak lah ckg ni.. chopp! aku taknak menilai org! sebab.. kenapa nak menilai seseorang atas pekerjaan dan kelakuan dia?? look.. kalau artis buat macam tu ada korang kesah?

--> sebab dia artiss< --

so kalau artis tak menjengkelkan kE?? artis tu bukan manusia kE?? alah.. bukan artis je yang buat macam tu.. abes yang bukan artis tu? korang tak bising pulak..

-- > sebab dia bukan cikgu <--

look.. mcm aku cakap tadi, aku takmo menilai orang.. dan aku juga taknak orang nilai aku.. **selagi aku tak suruh.. haha~mungkin ckg ni ada sebab dia jadi catuh.. so.. biarkan lah dia bahagia..~

apa blog cikgu shidA??? promote ke ni? bukanlah.. saje je.. haha~ klik je gambar bawah ni ye~




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

TERIMA KASIH MAKCIK PAKCIK FOLLOWER! - 5

Assalammualaikum! uikk? sedar tak.. yang.. dah lama aku tak buat entry 'Terima kasih makcik pakcik follower' kan?? hurm.. kali ni... adalah entry ke lima utk penghargaan ni.. hurm.. aku rasa macam nak tambah je list yg terpilih.. sebab.. mcm bnyk sgt nak buat.. **poyo je.. haha~ tapi.. kalau aku tambah list yg terpilih... karang adalah korang yang malas2 nak usha.. korang usha 1, 2 pastu blah.. haishh.. takpe la.. aku buat lima je.. jom tgk sapa yang kena!!

1.YAYA AZURA - 2 kali dah kan kak yaya?? haha~ 1 sebab jadi shouter terawal.. 1 lagi as follower~

2.INTAN NURFUZI

3.ZONE SENGAL

4.MAMADIANA PUNYA BLOG

5.JIWA 916


macam aku pernah cakap kat entry yang lepas2, aku ni follower takde lah bnyk macam dorang2 tu.. cuma 1 je la yang aku harap.. korang leyh saling kunjung mengunjung.. aku nak publish korang kat public, aku sendiri org tak kenal.. **ayat sedih tipu2.. haha~ so... korang lawat la antara satu sama lain.. saja je nak kenal kan korang berlima..

**aku pilih nama2 ni semuanya random.. so.. jgn lak ade yg kecik ati ngan aku ke ape mcm org tu.. haha~ sampai satu saat.. korang akan terpilih gak..  cewahh.. macam bagos je kau lina! haha~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

GAMBARAN KIAMAT

assalammualaikum! weyh.. pernah tak terfikir.. macam mana kiamat tu terjadi? atau.. apa yang berlaku bila kiamat? atau..bagaimana kita melalui hari2 selepas mati?? pernah tak korang tertanya2 denagn siapa korang akan berhadapan.. dengan siapa korang bersama semasa d padang mahsyar? atau.. denagn siapa korang menerima balasan baik atau buruk?? sebenarnya, aku ada terbaca tentang gambaran kiamat menurut satu kitab ni.. korang baca je la~






- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

- Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

- Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

- Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

- Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

- Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: *Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. *Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak²nya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




THANKS~






~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 27 April 2011

ISLAM? WAJIB BACA! JOM BLOCK FB POMPUAN NI SEBAB DIA HINA ISLAM KAT FB

assalammualaikum.. hangpa penah dengar cerita pasal makcik hajjah sitt al-wuzara dak kat Facebook? alah.. pasal pompuan yang kutuk2 Islam tu.. jom la wey kita buat repot sama sama.. lagi ramai, lagi cepat pihak FB tutup FB dia tu..

kat bawah ni, ada gambar yang aku ceduk dari blog http://www.azizbos.com. korang follow je steps utk buat report kat FB manusia ni.. tak tau la apa masalah dia ni sebenarnya.. haishhh! minta tolong korang ye..



~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

[KIMIA] CARA HAFAL JADUAL BERKALA.

assalammualaikum! yahoo!!!! haha akhirnya.. aku dah hafal dah jadual berkala! thanks to chairul sbb bagi aku formula nak afal.. tak payah perkataan merepek2 tu semua.. haha! seronoknya aku.. rupanya kalau dah afal jadual tu, kerja aku lebih senang!!! bagos kau chairul! nanti jadi tutor aku tau!!


macam mana nak afal?? bak kata si chairul, 'kau bahagikan 5-5. kau afal dulu yang number 5, 10, 15 and so on. lepas kau dah afal tu, kau afal yang lain2..'

kenapa kena afal 5-5 dulu?? sebab... unsur yang ke 5,10,15,20 n so on tu sebagai petanda... so senang la korang nak ingat.. 

cth [5-5] : boron, neon, phosphorus, calcium. (sebagai petanda)

lepas dah afal menda ni, korang afal pulak unsur sebelum petanda satu.. 

cth [petanda satu] : hydrogen, helium, lithium, beryllium, boron.


jadi, korang cuma perlu ingat 4 je lah dalam satu petanda tu. dah afal unsur utk petanda pertama, afal pulak yang kedua. sampailah akhir..... standard sekolah menengah sampai 20 je.. iaitu, sampai calcium.. cuba tgk jadual kat bawah ni..

ha.. nampak macam sikit je kan nak kena afal.. tapi, ada orang yang tak boleh terima macam ni.. aku jst kongsi apa yang aku tau je.. sebab kalau nak afal ikut jadual yang kat atas tu [gambar pertama] aku rasa susah kot.. bila dah afal benda ni, senang sikit nak buat keja.. korang pandai2 la. kata tak boleh nak afal 5-5, korang buat petanda dia 3, 6, 9, 12 and so on...

sekali lagi, thanks to chairul.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 25 April 2011

BAHAYANYA FB..

assalammualaikum.. fuhh.. penat gila.. semalam baru balik dari BL.. not bad la pantai dia.. okey la.. tapi! aku suka chalet dia sangat3 cantik gila arh! perghhh!!! kalau bole ase nak duk sana buat rumah sendiri je.. haha~


back to the topic.. aku ingatkan... FB ni just nak kawan2 je.. rupa rupanya.. FB adalah satu tempat di mana suami isteri boleh curang!! hoho~ tak tau nak kata apa dah.. banyak betul rupanya medium setan ni ye.. aku cakap ni pun.. sebab jiran aku dah jadi mangsa meyh~ suami dia curang.. kesian.. anak kecik lagi..

**gossip je kau ni!**

suka hati aku lah.. paling tak boleh tahan.. si laki ni boleh lak bawak pompuan tu p BL semalam sekali ngan kami! haishhh! dengar cerita.. rumah mak pompuan tu dekat area BL.. anak isteri hang tak bawak pulak!

**miang..**

dekat2 petang tu.. tup tup tgk hilang dah depa.. agaknya.. p rumah bakal mak mertua lah kot.. hurm.. tak tau lah si isteri tu tau ke tak.. tapi yang pasti .,. aku nak cakap..

woi.. isteri hang lagi comei la! ayu gitu..

so.. wahai para isteri.. sila perhatikan suami anda bila dia terlalu lama berhadapan dengan LP atau PC.. itu pun kalau hangpa takmau bermadu la.. kalau hang pa rela.. tak pa eih.. ok jep... tapi jangan lupa ajak aku p kenduri k..

wahai para suami .. usha2 sikit isteri hang pa tu bila depa duk sengih sensorang depan LP or PC... sengih depa bukan sengih gila.. tapi sengih gatai..

**macam hang lah lina oii**

hello! aku ngan FB tak ngam k.. mark zuckerberg tu ex aku.. tu pasal aku tak layan FB.. haha~

**sambung tang para suami tu.. itu pun kalau hangpa takmau bini hangpa kawin 2 ++ la.. eh? bantai jela.. **tak tau nak guna ayat apa..

p/s : adik aku dah itam legam dah sebab mandi pantai.. erk.. auta auta.. ekceli.. gelap je.. takde la itam legam.. haha~ balik kena boo habis!


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 23 April 2011

[DOWNLOAD] FILEM CUN!

Assalammualaikum.. takde mood la.. so.. ni ade sinopsis, trailer ngan link download utk filem CUN!.. macam best je aku tgk trailer dye.. hurm.. enjoy!



TRAILER (klik)

Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

JOIN GUNA 7ZIP ATAU HJ SPLIT SEBELUM PLAY~
(download 3-3 tau)

PART 1(klik button)

PART 2(klik button)

PART 3(klik button)




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Jumaat, 22 April 2011

LETAK GAMES DALAM BLOG

Assalammualaikum! pernah tak korang manfaatkan bar warna pink kat bawah blog aku ni?? apa? tak tau.. haha~ takpe la.. tak kesah pun.. cuma aku nak bagitau.. yang aku.. baru perasan.. dalam blog aku ada game.. maksud aku.. kat bar warna pink kat bawah ni, ada game.. cube lah try main.. ** icon dia sebelah icon share **bentuk macam game control..

kalau bosan2 boleh la aku main~ takyah pegi web games segala...


KLIK GAMBAR UTK BESARKAN

p/s : kalau korang nak gak.. click je icon kat sebelah --> hujung sekali~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

[DOWNLOAD] HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


sumber : syok
TRAILER (klik)


FILESERVE 
(klik button utk download)

DUCKLOAD
(klik untuk download)




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 21 April 2011

BILA AKU TENGOK SHOUT BOX???

Assalammualaikum~ perghhh~ presentation kat kelas els tadi.. aku kene wat la.. adoi.. baru nak 'padan muka' kat linda n abit sekali U turn kat aku lak.. aishhh~ so.. aku kena la present depan depa suma.. tebalkan muka dan akhirnya.. aku berjaya walaupun ada perkataan ' err' 'aaa' atau 'erm' dalam penerangan aku tadi.. ye r en.. dah la BI aku broken gila~ adoii~ tapi.. teacher rachel kata... 'Good job lina..' wuarghhh~ terharu... haha~ **gedix plus plus



erm.. back to the topic.. bila aku tengok shoutbox?? bila? bila? bila??

**bila2 masa yang aku suka la.. ngeee~ ye,, aku usha SB bila aku nak tgk.. tapi, aku balas kunjungan dorang ni bila aku ada masa la.. macam sekarang ni, masa aku sangat sangat singkat. jadi, aku terpaksa tangguh dulu.. tapi korang toksah risau noh.. sebab... aku dah tanda dah takat mana yang aku lawat. kalau tak caya, p check kat SB aku.. ada tanda macam ni..


'lina : -------------'

Tu maknannya.. aku dah lawat dah blog yang sebelum tu... senang sikit. nanti takda la aku terkejar2.. bukannye aku ni memilih.. tapi.. aku takda masa... huhu~ T.T.. macam yang aku cakap tadi, blog korang bakal dijenganh la..

k la.. aku na out dah ni. dah baca buku addmath.. esok ada exam tipu tipu.. haha~ adeke?? ade ade kan la...

p/s : aku cuma bagi respon yang cepat pada org yg komen je.. yang shout2 ni lambat sikit ye~ maaf...
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 20 April 2011

KELAM KABUT

assalammualaikum~

sat lagi nak pegy klas els.. adoi.. cane lah aku leyh lupa homework klas ni.. nasib baik ada link website tu.. kalau tak.. mecicit aku.. fhuhh~ da settel dah.. dah anta kat teacher rachel.. pas ni kerja linda dan abit lak wat presentation.. padan muka! wuahahahah~
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

CHEMISTRY WAT AKU PENING LEMBU

Assalammualaikum! wuarghhh! wuarghhh!!! bulan 5 ni da exam.. tp masalahnyer.. kimia.. aku tak tau nak wat ape.. aku tak tau apa yg aku belajar.. tp aku tau apa yang cikgu ajar.. **gila kritikal... aku tau cane nak kira2 sume tu.. tp aku tak tau nak kira apa..  wuarghh~ risaunyer aku.. aku dah bace buku dah.. aku hafal je apa yg aku baca.. masalahnye... aku tak tau ape yang aku hafal..... T.T... sadisnyer la hai.. mmg kritikal btoi.. lebih kritikal dr org yang kritikal.. **apa la aku merepek kat sini entah.. aishhhh~

rasa macam nak amik tuition class je.. tapi.. aku tak minat lak.. **nak kira minat kau je maka gagal la kau dalam exam kak oiii.. [ibu yg cakap]

bukan3.. aku senannyer tak suke cikgu yang ajar aku tu dua tiga org.. sat g cikgu A ajar aku A, cikgu B ajar aku B.. mmg aku jadi jimmy neutron nanty.. besar kepala aku.. haha~ hurm... cikgu chemist aku pun risau gak ngan aku.. siap bagi aku pinjam buku lagi.. buku latihan.. aku selak2, aku baca.. aku dah penink2 lembu dah.. aku tak tau nak guna jalan kira apa utk soklan catuh.. pastu tak tau nak kait2 benda alah merepek merapak semua tu..

karang kalau aku guna taktik menghafal satu buku kunk jadi tak tau pape lak.. tapi masalahnye aku memang tak tau pape.. wuarghhhh~ penink lembu dah bertukar jadi penink kebau.. mesti cikgu stress owh ajar aku.. haha~ sian2..


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Selasa, 19 April 2011

SYAITAN KENA STROK BILA....

Assalammualaikum! pe khabaQ?? dah makan noh?? hehe~ ehem2.. tadi aku jumpa ayat ni dalam blog http://gula-gulapelangi.blogspot.com. disebakan kat akhir ayat kat bawah ni, aku dengan rela hatinya.. post kat blog ni tanpa minta izin.. jahat aku ni en... alah.. miss ran pun dah bagi kebenaran awal2 dah.. tgk lah ayat last dia kalau tak caye.. hehe~ so.. silakan membaca~

1)Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja. Tengok je.
2)Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
4)Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
5)Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia strok.
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus strok.

Yang ini anda fikirilah sendiri
> Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"
~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

IKLAN ROKOK SATU PROPA

Assalammualaikum.. hurm.. aku geram gila nieyh! asal?? meh sini tengok sat..


tadi aku lawat lah satu blog ni.. tak ingat blog sapa.. cerita pasal iklan henti merokok. baca punya baca.. sekali aku ter-komen benda alah ni macam ni...






alah.. iklan henti merokok je berlambak. tapi apa yang kerajaan buat?? galakkan lagi org hisap rokok. sebab apa?? sebab rokok memainkan peranan penting dalam ekonomi malaysia. sekotak pown dah 10 inggit. PROPA je lebih! kalau serius, try lah haramkan rokok di malaysia! tak berani punyer~ .




aku agak marah la dengan iklan rokok ni. kenapa? PROPA je lebih!! kenapa tak haramkan kemasukkan rokok ke dalam negara kita? macam tu gak dengan arak.. kenapa?? sebab.. ekonomi! sebab duit.. iklan tu 
macam satu kepura puraan bagi aku.. propa je lebih~ habuk pown tadak~ 



Stop blogging for a while.. hantar PC g service. pc dah penink~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 18 April 2011

LAGI2 KES VIDEO LUCAH DATUK SRI ANWAR IBRAHIM.


assalammualaikum..

sumber : syoknyadownload.blogspot.com



Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.


Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

-Keadilan Daily 18/4/2011




macam2.. aku pun dah tak tau nak cakap apa.. aku rasa.. manusia zaman sekarang ni.. kemaruk sangat gaknyer.. aku pun tak tau lah pasal benda alah ni dan aku takmo amik tau.. cuma.. aku nak ingatkan...


DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH!


macam yang aku cakap.. aku taktau siapa betul siapa salah dan aku tak teringin nak tau pun.. sebab aku taknak tau dan aku tak sokong mana2 pihak pown~ **yeke?? haha.. cuma aku je yg tau..... hehe~ senanye.. saje je nak update blog.. gud nite~


p/s : kalau budak kelas aku, disuruh jadi ketua, masing2 tolak org lain~ haishh~ 





~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

DRAMA GEMILANG


assalammualaikum! wuarghh! dah abis dah cerita gemilang tu.. aku suka la cerita tu.. tp.. ending dia aku tak suka.. sebab.. asal cikgu saif jadi tua? wuarghh! takmo tak mo!! wuarghhh~

**macam budak kecik lah kau lina. menyampah! haha~

weyh.. dah abis dah cerita tu.. best dowh! yang tak best.. last dia je.. sebab depa sume dah tua2.. huhu.. tapikan.. ending dia ni.. agak membuatkan aku terfikir.. sekejap je masa berlalu kan.. sedar2 dah tua.. walaupun tu semua hanya lakonan.. tapi tetap sama dengan reality.. ruginya mereka yang tak hargai zaman remaja.. yang rosakkan zaman remaja dorang.. hurmmm.. rugi rugi rugi...

pada sesiapa yang tak tau pasal apa yang aku tgh cakapkan ni... hangpa pi lah tengok kat www.tv3.com/gemilang k.. haha~ selamat malam!


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

TERIMA KASIH MAKCIK PAKCIK FOLLOWER! -4

assalammualaikum~ gila busy! rini, tak tau nak buat apa sebab busy melampau.. lepas ni nak buat powerpoint sivik lak.. rabu ni ada presentation.. masalahnye.. pc aku tak de power point!! wuarghh~ addmath.. folio tak siap lagi.... tp aku dah buat dah.. nak kemas kini je.. same lah ngan bio.. aishhh~ hidup hidup.. ni baru takat sekolah menengah.. macam mana la nanti kat kolej ke.. kat U ke.. mesti aku guling2 kat jalan sebab kepeningan melampau.. tak masuk lagi kerja nanti.. haishhh~

kali ni, 5 orang yang terpilih, bebudak kat bawah ni~ hehe~ kali ni.. aku rasa entry utk follower yang ke-4... hurm.. hope korang 5 org ni singgah lah blog antara satu sama lain.. aku nak harapkan orang ramai singgah blog hangpa.. aku ni bukannya blogger tegar yang ada follower berjuta juta tu.. akhir kata.. HAVE A NICE DAY! **gila ubi**




1. HAZRINA ERIN


2. MIRULL IBNU AZMAN


3. WANNIE BARNEY


4. VANILLA_COKELAT]


5. KUMBANG JINGGA




p/s aku sekarang ni tengah dalam misi mencari follower pertama aku.. hehe~ nak buat entry khas utk dia.. tp.. aku tak berapa pasti siapa dia.. aishh~ sebab.. ada 3 org dalam ingatan aku la.. nanti la.. aku siasat2 dulu... 




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 17 April 2011

SHOUT BOX OH SHOUT BOX

Assalammualaikum.. shout box oh shout box~ dah seminggu kot aku guna mende alah tu.. well.. boleh tahan lah bagy aku.. kuat gak pengaruh dia ye.. ramai gak yang shout kat situ.. so, maknenye aku tau lah blog ni ade tetamu.. tp.. masalahnye.. aku tak tau.. sama ada tetamu tu.. makan tak juadah yang aku sediakan.. yelah.. sekali dia shout macam ni,

'saja jalan2...'
'nice blog'
'singgah sini'
dll.........

ada gak ayat yang mengembirakan.. some readers comment bout entry aku kat shout box~
 agak puas hatilah kan.. haha.. walau cane pun.. aku tetap gak r pegi tempat dorang. tengok2 tempat org lak.. sapa yang tinggalkan link kat shoutbox aku tu, mmg aku singgah.. ada yang aku shout kat blog dorg. ada yang aku cmmnt tros kat entry dorang. tp yang pasti, aku baca la.. so.. korang tak payah risau lah nak tinggalkan link kat sini~ walaupun agak lambat.. aku jejak punyer!

p/s : sejak akhir2 ni.. ada arnab berlegar2 kat area rumah aku.. weyh.. arnab weyh! bukan kucing.. tp.. macam liar je.. tp.. aku selalu nampak dia time malam2 je.. sing tak nampak lak..  dan lagi satu.. sejak akhir2 ni.. ada kucing.. besar macam garfield kat umah aku tu. tp warna putih.. perghhh~ besar gila!2 kali ganda kucing biasa!! nak nak nak!

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget