PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label SEKOLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKOLAH. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

[CONTEST] SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Assalammualaikum! huhu~ hari ni nak masuk contest selamat hari guru, cikgu! dai blog bawah ni, klik gambar tau kalau nak join sekaki~



walaupun, hari guru lambat lagi.. aku nak buat dedikasi sikit untuk para guru yang dah ajar aku.. huhu~

guru..
aku tak tahu apa semangatmu,
sehingga kini,
kau masih setia menjadi guru..
setia memberi ilmu yang kau tahu.

guru,
seringkali ku dengar keluh kesahmu,
mendidik aku dan juga teman temanku,
rupanya tak senang menjadi guru,
namun sehingga kini, 
kau tetap dengan posisimu~

masih kuingat bekas di tangan,
waktu kau libas dengan rotan,
tatkala itu bertapa aku membenci,
tapi kini,aku sudah mengerti..

guru,
kini cuma satu yang ku mahu darimu,
redhai segala ilmu,
ampuni segala kenakalan ku
agar aku dapat menjadi manusia berjaya
dalam dunia yang pelbagai perisa~


cikgu, dulu masa saya umur enam tahun, cikgu yang ajar saya.. cikgu ingat tak? cikgu ajar saya dengan penuh tekun dan lembut. cikgu tak pernah marah walaupun masa tu, saya nakal sangat. saya tak  dengar arahan cikgu. tapi cikgu tetap sabar.. cikgu tetap ajar saya ABC, 123 dan operasi tambah tolak.. bila waktu makan, cikgu sediakan saya roti dan air milo. saya selalu merungut, asyik roti je.. tak ada makan lain ke.. tapi saya berani menrungut belakang je. satu hari tu, cikgu dengar apa saya cakap. then cikgu tukar menu.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak tau ABC.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah satu, saya bebal sangat. saya susah betul nak ingat apa yang cikgu ajar.. cikgu cakap ayam dalam bahasa inggeris chiken, saya cakap fish. bila cikgu suruh eja 'book' saya eja 'buk', tapi cikgu tetap duduk sebelah saya dan tetap ajar saya. tanpa jemu walaupun kadang kadang tu, saya yang rasa jemu.. dari kedudukan periksa saya belas-belas sampailah saya boleh dapat nombor satu. walaupun lelah dengan perangai saya yang nakal, cikgu tetap tersenyum.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak tahu bahasa inggeris..


cikgu, cikgu ingat tak, cikgu sebat saya dengan rotan masa saya darjah dua.. tapi perlahan je.. waktu tu, saya tak hafal sifir.. walau berkali cikgu suruh saya hafal sifir, saya tetap tak tengok buku. mungkin masa tu, cikgu geram sangat dengan sikap saya sampai cikgu rotan saya.. tahu tak.. betapa saya bencikan cikgu waktu tu. jadi saya berusaha untuk hafal sifir bersungguh sungguh. cikgu suruh hafal sampai sifir 5 je, tapi saya hafal sampai sifir 12. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak hafal sifir.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah tiga, saya malas sangat nak buat kerja sekolah. setiap homework yang cikgu bagi, saya akan pulangkan seperti sedia kala.. kadang2 tu kertas tu akan jadi kapal terbang.. bila saya pulangkan semula, cikgu tengok muka saya sambil tunjuk arah pintu. waktu tu saya tau, cikgu suruh saya keluar. itu kali pertama cikgu ruh saya keluar setelah banyak kerja sekolah yang saya tak siapkan. bila habis waktu cikgu, cikgu bawa saya ke bilik guru. saya ingatkan cikgu nak sebat saya, tapi rupanya tak.. malah cikgu nasihatkan saya. lepas tu, semua homework cikgu saya siapkan. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, saya tak tahu apa erti tanggungjawab.


cikgu, cikgu ingat tak, betapa cikgu tension dengan saya bila saya banyak tanya dalam kelas. walaupun masa tu cikgu tengah ajar saya chapter 3 dalam kelas, saya tetap tanya pasal chapter 2.. masa tu, saya tak faham langsung apa cikgu ajar. jadi saya tanya la.. sampai satu hari tu, cikgu suruh saya tunggu bila habis kelas. cikgu ajar saya sains sampai lah saya faham. setiap chapter, cikgu bagi extra class kat saya.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu saya tak tahu apa erti omnivor, karnivor dan herbivor.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah lima, saya selalu ponteng kelas. saya akan pergi ke surau, kononyer nak bersihkan surau lah..  bukan apa.. tapi cikgu tu garang sangat. asal masuk kelas je, bawak rotan. sapa tak takut. tapi, cikgu bukan pernah rotan kami pun. tapi saya tetap takut. bila ada pelajaran cikgu je, saya ponteng. tapi satu hari tu, cikgu datang kelas saya, dan jumpa dengan saya. cikgu kauseling saya. cikgu cakap, 'kalau kam tak buat salah, saya tak pukul.'. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, saya tak akan jadi insan yang berdisiplin sekarang ni walaupun saya tak la disiplin sangat.


cikgu, cikgu tau tak.. saya paling suka darjah enam, sebab tahun ni, saya kenal erti hidup yang lebih mendalam. setiap kali waktu cikgu, mesti cikgu cerita tentang hidup. kadang kadang cikgu buat lawak. walaupun tahun ni kami akan menghadapi UPSR, cikgu tak pernah bagi kami tekanan. saya suka bila cikgu bercerita dan kami pula salin apa yang tertulis di papan hitam. cikgu banyak bagi kami nasihat tentang hidup. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, mesti saya tak dapat hidup dengan baik sekarang ni.


cikgu, cikgu ingat tak. masa kami tingkatan 1, ramai yang sisih kami walaupun kami ni kelas pertama.. sebab apa? sebab kenakalan budak kelas saya.. tapi cikgu tetap ajar kami. walaupun stress, cikgu tetap ajar kami. dah la kelas kami tingkat atas sekali. bila sampai je, cikgu tengok kelas kami dah kucar kacir. cikgu tetap sabar dan bagi kami masa untuk kemaskan diri walaupun waktu tu, masa cikgu terbuang. sebenarnya, kami saja je buat macam tu.. sebab.. kami malas nak belajar. tinggal 10 minit je masa cikgu, barulah kami siap sedia utk belajar. tapi hari tu, cikgu gunakan masa cikgu untuk bagi kami nasihat. cikgu cakap, 'hormatilah orang lain atau orang tak akan hormat kamu.' terima kasih cikgu, tanpa cikgu mesti sampai sekarang saya tak tahu hormat orang lain.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya tingkatan 2, tahun ni, paling cool sekali. walaupun cikgu adalah cikgu praktikal, cikgu sebenarnya beraksi lebih dari itu. cikgu menjadikan hari hari kami sangat best! bila kami rimas dengan perkara lain, cikgu hiburkan kami dengan pelbagai cara.. walaupun  waktu tu, cikgu sebenarnya mengajar kami bahasa inggeris, tapi dalam pada masa yang sama, cikgu dah curi perhatian kami dengan gelagat cikgu. cikgu tahu, saya sangat malas nak buat karangan sebab saya tak suka, tapi cikgu tetap berikan saya kerja sekolah berupa karangan. entah macam mana, semakin lama, semakin saya suka buat karang bahasa inggeris. terima kasih cikgu, tanpa cikgu sampai kini saya tak tahu format karangan bahasa inggeris.


cikgu, bila saya tingkatan tiga, cikgu sering gesa kami. cikgu push kami dengan pelbagai soalan sejarah. cikgu tahu saya tak suka sejarah. cikgu tahu saya tak suka ingat sesuatu. bila periksa je, cikgu bagi kamu satu arahan. 'pastikan kamu dapat 80% ke atas!' saya benci! saya terpaksa menghafal satu buku! sejarah saya tk pernah A. satu hari tu, cikgu nasihatkan saya. cikgu cakap, ' tanpa sejarah, kamu akan jadi seperti monyet!' masa tu saya marah betul! ada ke patut cikgu cakap saya macam monyet! haish!! malam tu, saya fikir semula apa cikgu cakap.. dan saya temui kebenarannya. betul cakap cikgu.. monyet tu.. tak bertamadun. tak pakai baju. telanjang bulat. kalau tak ada sejarah.. mesti saya pun ikut sama. terima kasih cikgu, tanpa cikgu.. mesti saya jadi monyet sekarang ni..


cikgu.. sekarang saya dah tingkatan empat.. banyak perkara baru saya belajar.. dan banyak yang saya tak boleh terima.. sebab.. saya perlukan masa. apa yang cikgu ajar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. saya tau cikgu geram dengan saya. tapi cikgu tetap doakan kami selepas kelas.. bila salam je dengan cikgu, cikgu cakap macam ni ' semoga kamu berjaya.' atau ' lina, belajar elok elok ye'. walaupun cikgu sibuk dengan aktiviti cikgu, cikgu tetap buat kelas tambahan untuk saya. macam pagi tadi.. cikgu ajar saya chapter 3. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, mesti saya ketinggalan zaman sekarang ni. semua dah tau nak buat chapter 3, saya pulak langkah chapter tu..  


utk semua guru yang pernah ajar aku, dedikasi ni khas buatmu: 

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB BERI SAYA PELBAGAI ILMU UNTUK TERUSKAN HIDUP!




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 27 April 2011

[KIMIA] CARA HAFAL JADUAL BERKALA.

assalammualaikum! yahoo!!!! haha akhirnya.. aku dah hafal dah jadual berkala! thanks to chairul sbb bagi aku formula nak afal.. tak payah perkataan merepek2 tu semua.. haha! seronoknya aku.. rupanya kalau dah afal jadual tu, kerja aku lebih senang!!! bagos kau chairul! nanti jadi tutor aku tau!!


macam mana nak afal?? bak kata si chairul, 'kau bahagikan 5-5. kau afal dulu yang number 5, 10, 15 and so on. lepas kau dah afal tu, kau afal yang lain2..'

kenapa kena afal 5-5 dulu?? sebab... unsur yang ke 5,10,15,20 n so on tu sebagai petanda... so senang la korang nak ingat.. 

cth [5-5] : boron, neon, phosphorus, calcium. (sebagai petanda)

lepas dah afal menda ni, korang afal pulak unsur sebelum petanda satu.. 

cth [petanda satu] : hydrogen, helium, lithium, beryllium, boron.


jadi, korang cuma perlu ingat 4 je lah dalam satu petanda tu. dah afal unsur utk petanda pertama, afal pulak yang kedua. sampailah akhir..... standard sekolah menengah sampai 20 je.. iaitu, sampai calcium.. cuba tgk jadual kat bawah ni..

ha.. nampak macam sikit je kan nak kena afal.. tapi, ada orang yang tak boleh terima macam ni.. aku jst kongsi apa yang aku tau je.. sebab kalau nak afal ikut jadual yang kat atas tu [gambar pertama] aku rasa susah kot.. bila dah afal benda ni, senang sikit nak buat keja.. korang pandai2 la. kata tak boleh nak afal 5-5, korang buat petanda dia 3, 6, 9, 12 and so on...

sekali lagi, thanks to chairul.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 21 April 2011

BILA AKU TENGOK SHOUT BOX???

Assalammualaikum~ perghhh~ presentation kat kelas els tadi.. aku kene wat la.. adoi.. baru nak 'padan muka' kat linda n abit sekali U turn kat aku lak.. aishhh~ so.. aku kena la present depan depa suma.. tebalkan muka dan akhirnya.. aku berjaya walaupun ada perkataan ' err' 'aaa' atau 'erm' dalam penerangan aku tadi.. ye r en.. dah la BI aku broken gila~ adoii~ tapi.. teacher rachel kata... 'Good job lina..' wuarghhh~ terharu... haha~ **gedix plus plus



erm.. back to the topic.. bila aku tengok shoutbox?? bila? bila? bila??

**bila2 masa yang aku suka la.. ngeee~ ye,, aku usha SB bila aku nak tgk.. tapi, aku balas kunjungan dorang ni bila aku ada masa la.. macam sekarang ni, masa aku sangat sangat singkat. jadi, aku terpaksa tangguh dulu.. tapi korang toksah risau noh.. sebab... aku dah tanda dah takat mana yang aku lawat. kalau tak caya, p check kat SB aku.. ada tanda macam ni..


'lina : -------------'

Tu maknannya.. aku dah lawat dah blog yang sebelum tu... senang sikit. nanti takda la aku terkejar2.. bukannye aku ni memilih.. tapi.. aku takda masa... huhu~ T.T.. macam yang aku cakap tadi, blog korang bakal dijenganh la..

k la.. aku na out dah ni. dah baca buku addmath.. esok ada exam tipu tipu.. haha~ adeke?? ade ade kan la...

p/s : aku cuma bagi respon yang cepat pada org yg komen je.. yang shout2 ni lambat sikit ye~ maaf...
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Rabu, 20 April 2011

KELAM KABUT

assalammualaikum~

sat lagi nak pegy klas els.. adoi.. cane lah aku leyh lupa homework klas ni.. nasib baik ada link website tu.. kalau tak.. mecicit aku.. fhuhh~ da settel dah.. dah anta kat teacher rachel.. pas ni kerja linda dan abit lak wat presentation.. padan muka! wuahahahah~
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

CHEMISTRY WAT AKU PENING LEMBU

Assalammualaikum! wuarghhh! wuarghhh!!! bulan 5 ni da exam.. tp masalahnyer.. kimia.. aku tak tau nak wat ape.. aku tak tau apa yg aku belajar.. tp aku tau apa yang cikgu ajar.. **gila kritikal... aku tau cane nak kira2 sume tu.. tp aku tak tau nak kira apa..  wuarghh~ risaunyer aku.. aku dah bace buku dah.. aku hafal je apa yg aku baca.. masalahnye... aku tak tau ape yang aku hafal..... T.T... sadisnyer la hai.. mmg kritikal btoi.. lebih kritikal dr org yang kritikal.. **apa la aku merepek kat sini entah.. aishhhh~

rasa macam nak amik tuition class je.. tapi.. aku tak minat lak.. **nak kira minat kau je maka gagal la kau dalam exam kak oiii.. [ibu yg cakap]

bukan3.. aku senannyer tak suke cikgu yang ajar aku tu dua tiga org.. sat g cikgu A ajar aku A, cikgu B ajar aku B.. mmg aku jadi jimmy neutron nanty.. besar kepala aku.. haha~ hurm... cikgu chemist aku pun risau gak ngan aku.. siap bagi aku pinjam buku lagi.. buku latihan.. aku selak2, aku baca.. aku dah penink2 lembu dah.. aku tak tau nak guna jalan kira apa utk soklan catuh.. pastu tak tau nak kait2 benda alah merepek merapak semua tu..

karang kalau aku guna taktik menghafal satu buku kunk jadi tak tau pape lak.. tapi masalahnye aku memang tak tau pape.. wuarghhhh~ penink lembu dah bertukar jadi penink kebau.. mesti cikgu stress owh ajar aku.. haha~ sian2..


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 16 April 2011

[TUTORIAL] BUAT PAGES

assalammualaikum! wuargh! lama gila r aku tak on9 kowt? buzy larh~ banyak homework n class~ dying...*menipu~ haha~

harini, aku nak ajar benda simple kot? saje saje je.. kan.. sementara tak adik aku tak mengamuk nak guna pc ni.. **dia datang sini rini.. nak buat homework dia.. baru je cakap, dah berbunyi dah budak tu.. aishh!!

aku nak ajar buat pages.. pages tu ape? korang scroll blog ni atas sekali.. pastu.. korang tengok bawah header blog aku ni.. yang ade tuli.. blog bio, bio G3 tu semualah pages.
ok start~ budak ulun dah bising! menyampah..

steps:-

1. pergi kat new post, pastu edit pages



2. klik button new page. **yang warna biru on top sebelah <--- **taktau nak sebut arah apa.. hehe~

3. buat lah entry apa yang korang nak letak kat situ kan.. biodata ke.. so-sial network ke.. apa2 je la yang korang nak....



4.publish page.

kalau nak ubah kedudukan pages tu, contoh dari top ke side bar.. korang pergi ke design -> page elements.
korang drop je lah benta alah tu kat mana yang korang nak.. janji korang suke ati~



p/s : mesti cikgu aku cakap.. 'budak ni, kalau step2 ni tau je dia! step kimia... hancur!' hehe~

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Isnin, 11 April 2011

SELAK-SELAK BUKU CONTENG

Assalammualaikum! ehem2! pe kabar??? baik... korang2.. korang pernah tak.. rindukan zaman silam? macam zaman persekolahan ke??? saje je aku tnye.. ngee

tadi, aku usha2 lah buku conteng aku yang lama2.. tahun lepas punya.. sekali terselak satu page ni.. aku baca then senyum sensorang.. apa yang aku tulis???


aku ingat lagi.. aku tulis ayat ni, time cikgu sejarah tengah marah2. sebab apa dia marah? sebab... gred kelas kita dan gred guru sejarah tingkatan3 dia menurun! dia bengang lah en.. pastu dia mara2. selalunya dia cool je.. geram gila time tu.. pastu tangan aku autonya gerak sendiri buat mende ni.. **auta! haha~

sekarang ni.. lega dah!! sebab.. aku dapat gak sejarah A.. subjek lain pun A jugak la.. kecuali geo n KHB.. memang aku nyampah gila subjek ni.. **tak baca buku pun time amek exam ni.. stakat tgk2 je.. selak2.. haha~

taun ni, ayat2 kat atas ni tak dipraktik sgt oleh aku.. tapi taun depan.. Allah hu akbar! tak tau nak cakap ape.. SPM weyh!! takut lak! aku rasa macam... sekejap gila! dan.. perangai kiterang **budak kelas aku** pun belum matang lagi.. mcm mana nak amik SPM?? entah la. dalam banyak2 kelas.. kelas kami lah cikgu paling risau! guru besar pun aku rasa dah pening pale dah! nama je kelas A.. tapi.. oh ye! aku terlupa nak cakap.. 

perhatian semuaaa!!! kelas 4 AMANAH telah tukar nama kepada 4 AGRESIF! haha~ saja2 je kami nak tuka.. sat g cikgu tanya kelas mana.. jawab lah 4 agresif. susa pe kan.. **nakal**

 entah la.. aku pun tak tau apa nak jadi dengan kiterang ni.. perangai macam budak2 lagi.. tapi FUN! kami ni dah rupa satu family yang noughty! ngeee~


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 10 April 2011

PUTING SUSU PUN DAH RM 2.OO..

assalammualaikum! korang pernah tak rasa.. putus asa?? sebab hidup yang rumit? hidup ni.. susah.. semuanya duit.. nak masuk tandas pun duit.. puting susu pun dah dua ringgit.. belum masuk susu.. pampers.. baju tu semua..  haishh.. itu baru utk budak kecik.. bila makin dewasa.. makin bnyaklah duit melayang..

kalau pada orang cina dorang akan cakap, 'tak apa... pelaburan masa depan..' miskin ke.. kaya ke.. tetap jawapannya sama.. macam tu jugak orang singh.. tengok.. berapa ramai kuantiti mereka kat malaysia ni.. sikit je.. tapi kualiti mereka tinggi! sebab.. doarang mengamalkan prinsip ni :

'biar kurang kuantiti asal lebih kualiti.'

apa yang kualitinya??? jom tengok Karam singh walia tu.. sapa yang tak kenal dia? orang2 kerajaan sangat takut kalau dia bersuara! sebab apa? sebab kalau dia bersuara semua susah! tapi, rakyat senang. sapa dia orang melayu yang mampu buat macam ni?


bila bercakap.. pantun dan peribahasa je yang keluar. padahal tu bahasa melayu.. budak2 melayu nak fikir pantun pun susah. peribahasA? rujuk kamus dulu.. tak percaya?? tanya lah diriku.. 

oppss! aku bukannya negative sangat. aku cakap apa yang benar. aku pun sayang gak en bangsa nenek moyang aku. tu sebab aku cakap benda ni. sebab aku rasa 'kualiti' tak lagi melambangkan bangsa yang berjaya. biar kita kuasai dunia dengan minda dan ilmu. aku yakin.. semua orang pun nampak apa yang aku nampak. 

ok.. kembali semula kepada cerita hidup.. kesimpulannya.. hidup ni. tanpa ilmu.. tak ada guna.. ilmu tu macam2. berlambak.. kau pilih je mana yang kau nak. bila tak ada ilmu, jangan harap kau nak dapat duit. bila tak ada duit.. macam mana nak hidup? korek tong sampah lah jawabnya. 

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 9 April 2011

AKU CUMA WATAK ATAS PENTAS

Assalammualaikum.. hurm.. korang pernah tak rasa.. hidup dah tak bermakna lagi? seolah tiada lagi penyeri atau mentari? tiada lagi rembulan atau senyuman?? korang pernah tak rasa.. seolah ingin mencipta dunia sendiri? dnia di mana hanya ada kau dan keseronokan?


korang nak tau tak kenapa aku suka cerita cartoon? sebab aku suka membayangkan yang dunia cartoon atau anime tu.. adalah dunia aku. tapi setiap kali cerita tu habis.. aku jadi kosong balik.. aku sedar.. dalam hidup ni, tak semua yang kita impikan tercapai.. berbeza dengan cerita2 dalam tv tu. kita boleh reka kita boleh cipta.. alangkah indahnya bila jadi 'watak' dalam dunia tu. sentiasa ketawa..


kadang2 aku bertanya pada diri sendiri.. apa yang aku lakukan untuk terus hidup? makan minum dah tersedia..  apa lagi yang aku perlukan untuk mempunyai keseronokkan dalam hidup.. betul.. aku selalu ketawa! tak caya tnya kengkawan aku. tapi kat sekolah je la.. bila balik rumah ni.. aku tak tau dah macam mana nak tarik otot2 kat pipi ni supaya aku boleh ketawa.. pelikkan? tapi tulah aku..



kadang2 aku tertanya tanya.. kenapa hidup aku berbeza dengan dorang semua.. aku ada family.. mereka juga ada family. tp kenapa aku tak dapat hidup dengan family aku di bawah satu bumbung?? walaupun kami selalu berjumpa.. tapi sangat lain rasanya bila tak sering bersama. setiap hari.. aku tatap wajah parents aku. dan dalam masa yang sama.. aku rindukan dorang.. bila aku dapat hidup satu bumbung dengan dorang?? hanya bila nenek pergi rumah anak dia.. bila kiterang pergi FH.. atau bila kami keluar jalan2..


ramai yang cemburu dengan aku sebab aku selalu dapat apa yang aku nak.. kawan2 aku.. sepupu2 aku.. malah adik2 aku pun.. cemburukan aku.. tapi dorang tak sedar.. yang aku tak dapat hidup bersama keluarga aku.. memang parents aku selalu berusaha untuk dapatkan apa je yang aku nak.. berbeza dengan nurul n aidil.. tapi tak cukup kalau semua tu adalah bayaran untuk kegembiraan bersama keluarga.. pernah nurul memberontak kat rumah parents aku dulu.. aku diam je.. dalam hati aku menangis.. kalaulah dia tahu hidup  bukan sebumbung dengan keluarga...


aku cuba cipta dunia sendiri.. di sini.. aku diamkan sahaja apa yang berlaku di dunia realiti dan aku luahkan di sini.. di rumah kecil aku ni.. tapi ternyata.. bukan ini yang aku nak.. bukan dunia yang macam ni yang aku.. kalaulah aku ni seorang watak dalam cerita cartoon.....


hidup ni.. orang kata macam satu pengambaran.. satu filem! apa yang berlaku. semuanya dalam skrip! jadi aku pilih untuk diam sebagai alasan memberontak.. tapi.. baru aku sedar.. yang diam tu juga.. sebahagian drpd skrip.. kalaulah aku mampu tamatkan pengembaran ni segera.. aku dah penat dah bermain atas pentas. hidup dalam kepura puraan. orang suruh, aku senyum. org suruh marah aku marah. orang suruh sedih, aku sedih! apa yang aku nak.. aku sendiri tak tau! 


aku cuma watak atas pentas...

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget