PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

KERANA OTAK OTAK

Assalammualaikum.. huhu.. terharunya aku.. wuarghhhh!! terharu sangat sangat sangat!!!!!!!!!
kenapa aku terharu???

hurm.. tadi.. aku ada class ELS.. sebelum pergi class tu, aku dan cha pergi kedai jap.. cha nak pergi top up. then singgah lah kat kedai yang jual air.. kat depan kedai tu.. aku nampak satu banner.. 'OTAK OTAK ADA JUAL DI SINI' tetibe.. lidah aku ni rasa gatai sangat nak makan otak2 tu.. satu harga 60 sen.. aku mintak lah.. tapi makcik tu kata...

terliurnya aku tengok...

'sekarang tak ada lagi.. petang2 baru ada. makcik tak bakar sekali.. kalau ada orang beli, baru makcik bakar. biar panas. 10 minit baru siap...'

sabar je lah.. takpe2.. aku diam je.. lepas air tu siap, aku dan cha kembali lah kat bus stop sekolah. tunggu bus amik untuk pergi class ELS tu. dalam bas tu.. aku duk fikir pasal otak otak je.. nyam nyam nyam.. balik tu.. aku singgah lah rumah parents aku.. dalam pukul 6 lebih la.. aku cakap ngan ibu aku..

"ibu.. teringinnye nak makan otak otak.. dah lama tak makan otak otak.."

"hurm.. aah ye.. dah lama tak makan otak otak.. mintalah bigboss.."

malam tu.. masa waktu maghrib... lepas my dad solat.. aku minta kat dia.. aku cakap..

"abah.. akak nak makan otak otak.. teringin pulak nak makan benda tu..."

"ada satu tempat tu.. otak2 dia sedap! tapi abah taktau lah sekarang ni bukak ke tak..tapi rasanya dah takde dah kedai tu.."

sedih aku dengar abah cakap.. tetibe je jadi sensitip! aku tak tau kenapa.. aku nak sangat makan otak otak tu.. aku diam je sekejap.. pastu aku cakap.. "takpe la.."

masa aku nak balik rumah nenek, aku nampak dad aku pegang phone.. for sure, phone abah aku tu.. jarang digunakan.. ayah aku dan phone.. memang tak ngam! bila tengok dia lama2 pegang phone tu, aku pergi lah kat dia.. pelik nieyh!! ibu pulak senyum2 je pandang aku...

"mesej sapa??" aku tanya abah..

"yazid ni ha.."

"asal?"

"dia tau kat mana kedai yang jual otak2 yang sedap.."

masa tu.. aku rasa macam nak nangis je.. terharu gila.. tapi aku tahan je..tiba2 bunyi mesej masuk.. aku baca sekali ngan dad aku...

' kedai tu dah tutup.. dorang dah tak meniaga kat situ dah...' aku mengeluh je dalam hati.. sekali abah cakap..

"nanti hari ahad nanti ada pasar. nanti abah beli k.."

lagi la aku rasa terharu.. aku dah nak menangis dah.. aku rasa paip kat mata aku ni mcm dah nak pecah dah.. cepat2 aku salam my parents.. aku nak balik umah nenek aku.. dalam perjalanan tu.. sebak gila rasa hati ni..


**bagi korang.. benda ni kecil dan tak seberapa.. sebab.. korang tinggal dengan keluarga korang.. tapi bagi aku.. aku tak tinggal dengan family aku.. aku tinggal dengan nenek.. kena jaga nenek lah.. sebab dia dah tua.. huhu~ jadi.. perkara yang sekecil ni bagi korang... boleh jadi perkara yang sgt besar buat aku..





~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 26 Februari 2011

[RESIPI] KOKTEL TRoPICANA

Assalammualaikum.. pernah tak korang tengah rehat rehat dengan family then tetibe rasa nak buat air.. nak buat air oren.. dah selalu buat.. nak buat air sirap, tiap2 minggu kat kenduri minum air sirap.. bosan bosan!! haha~ teh, kopi?? nescafe?? tengah2 rembang nak minum air panaS?? cisss!! ada pulak anak kecil.. tak sesuai minum air kopi2 ni.. ish2.. jadi.. apa kata korang try koktel tropicana? banyak khasiat! ada buah2an lagi tu.. nyam nyam nyam... nanti.. dah siap, ajak la aku minum sekali ngan family korang k.. hehe~

BAHAN2 :

1 tin susu cair

1 tin buah2an campuran

300 gm gula pasir

25 gm agar2 ( masak dan dipotong dadu apabila keras) / yang sedia ada pun boleh~

70 gm kastard ( masak dan dipotong bulat apabila keras)


CARA2 :

1. Campurkan susu cair, buah2an campuran dan gula. Kacau sehingga mendidih.


2. Kemudian masukkan agar2 dan kastard.

3. Sesuai dihidangkan panas atau sejuk.
TARAAAA!!!
DAH SIAP!!!




NYAM!! NYAM!! NYAM!!!


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 24 Februari 2011

[RESIPI] KUNG PAO CHIKEN

Assalammualaikum.. jom masak kung pao chiken??? menu chinese ni! sekali skala kita try lah makan masakan dari bangsa lain pulak kan.. bosan lah asyik masakan sama je... jom! kau masak, nanti kita makan sama2 k.. haha~


bahan-bahan :

2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.


*Perapkan bersama 15minit:


Bahan Sos disatukan:

1/4 cawan air pati ayam
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili bawang putih
1 sudu besar gula/madu pun boleh
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa
8 biji cili kering atau 3sudu besar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara: 



Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. 

TARAAAAA!!!
dah siappp!!


NYAM NYAM NYAM!!! 
JOM MAKAN SAMA2??

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Khamis, 17 Februari 2011

[RESIPI] LASAGNA - ITALY

Assalammualaikum! korang bosan tak setiap pagi sebelum kerja makan roti bakar jE? tak pun makan roti kosong gardenia? bosan kan? hurm.. apakata sekali sekala kita tukar makanan lak? cuba try makan.. lasagna nak?? 


lasagna tu menatang pE???


lasagna tu adalah makanan italy makcik.. 


kat sini aku ada bagi resipinya.. try lah tengok.. jadi ke tak!


selamat mencuba!!


BAHAN-BAHAN:


mula2.. pergi market dan beli..... 
  • 1 kg daging kisar

  • 50 gm lobak (dadu)

  • 50 gm seleri (dadu)

  • 50 gm bawang besar (dadu)

  • 20 gm bawang putih (titik)

  • 2 biji kuning telur

  • 100 gm mentega

  • 20 gm keju parmesan

  • 100 gm keju mozzarella

  • 1 liter susu segar

  • 500 gm kulit lasagna

  • 100 gm pes tomato

  • 20 gm tepung gandum

  • 10 gm thyme

  • 10 gm daun rosemary

  • 20 gm parseli

  • Garam dan lada putih secukup rasa

  • Sedikit minyak

CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat sos daging, panaskan minyak, masukkan bahan yang didadu bersama bawang putih, daging kisar, pes tomato, thyme dan rosemary. Tumis hingga daging masak.

2. Untuk membuat sos mornay, cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan susu segar, kacau pekat dan sebati.

3. Tutupkan api, masukkan kuning telur dan keju parmesan. Kacau rata.

4. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Letakkan kulit lasagne (telah direbus) berselang-seli dengan sos daging, sos mornay dan keju mozarella.

5. Habiskan lapisan teratas dengan kulit lasagne dan keju mozarella.

6. Bakar di dalam ketuhar 180 darjah celcius selama 20 minit..



HASIL :



sedap kan??
nyam nyam nyam!!
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget