PAKCIK MAKCIK COMEL

Sabtu, 25 Disember 2010

AZAM TAHUN 2011

Tadi jalan jalan melawat alam maya ni, aku terjumpalah satu blog yang membuat contest Azam Tahun 2011.
Disebabkan tahun baru pun dah nak tiba tak lama lagi, maka aku si gadis gula-gula rasa macam berminat je nak sertai contest ni walaupun aku tau... aku takkan dapat menang punya.. Al-maklumlah... blogger mentah lagi.. hehe~ Tahun depan, azam aku dua je! aku tulis lagi sekali ye..  dua sahaja! tak banyak pun kan kan kan?? haha~

1. 

Aku nak masuk Sekolah Berasrama 
Penuh Intergrasi Gombak (SBPI Gombak).


Seperti yang sedia maklum, aku ni bakal menjadi pelajar tingkatan 4 pada tahun 2011, jadi aku bercita cita nak berhijrah ke tempat orang! Sebelum keputusan PMR keluar, aku dah mohon SBP. Aku harap, aku dapat masuk sekolah ni walaupun keputusan PMR aku tu 6A2B sahaja! Tapi aku tetap nak cuba. Belum cuba belum tahu kan??? Doakan aku ye! Amin..


2. Aku nak beranikan diri pengang lipas



MACAM MANALAH AKU SANGGUP
SEMAKKAN BLOG AKU DENGAN
GAMBAR MAKHLUK NI

Disebabkan aku ni anti lipas, jadi aku nak try pegang lipas! aku tak tau kenapa aku takut sangat dengan binatang ni padahal dia kecik je! tapi bila terserempak dengan dia, aku boleh kena histeria! menjerit jerit macam malam tadi. Aku lebih rela kira bulu kaki daripada terserempak dengan binatang bernama lipas ni!  Menjelang tahun 2011, aku akan cuba sedikit sedikit  untuk memberanikan diri pegang binatang ni! sebab orang kata, ubat untuk penyakit fobia adalah punca fobia itu sendiri! yelah, sampai bila aku nak terus terusan fobia dengan encik lipas ni kan. Kata nak jadi doktor, takkan dengan lipas pun takut kan?? haha~

Rasanya, ini kali pertama aku join contest kat blog ni! Bukan rasanya lagi, tapi memang betul! Jadi, bertuahlah orang yang menganjurkan contest ni sebab contest yang dianjurkan olehnya adalah contest pertama yang aku join! haha~ Gila poyo!Tamat sudah celoteh aku mengenai Azam Tahun 2011. Harap harap aku mampulah mencapai azam azam aku ni! amin. Kepada sesiapa yang berminat dengan contest ni, rasa rasa nak try masuk contest ni ke, jangan malu malu, jangan segan segan  KLIK DI SINI.

Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz(rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

9 ulasan:

hans berkata...

hahahahaha
ko pun geli lipas?
sama la
aku tgok pic lipas ko tempek nih pun aku dah seram sejuk
hahhahah

P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia Vs Indonesia....Siapa Menang?

P/S : Azam Tahun 2011

G3-lina berkata...

@hans
tau takpe.. aku nak mencari gambar menatang ni... fikir 2-3 kali.. kalau contest ni tak suro masukkan gambar, takdenye aku nak masukkan! adess.. eee.. aku lagi sanggup pegang katak ke.. tikus ke.. ular ke.. cacing ke.. daripada menatang ni! tapi next year.. nak cuba pgg~ huhu~

hans berkata...

katak aku rasa aku berani pegang
tikus?kotor meh
ular?kalau ular yg orang bela tu xapa lah
cacing no hal
tapi lipas
adess
mati pun aku xpegang dia
aku gua penyapu jer
hahahaha

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

G3-lina berkata...

haha~ hans.. nnti cari bini cari yang ta takot lipas ye! gamat rumah kaw nanti kalau dua dua takut lipas! haha~ aku nak guna penyapu pown aku ta lepas! kalau nampak, terus jerit lari je lah.. cari tempat tinggi~ sedar2 dah ada kat atas kerusi ke.. atas meja ke.. hehe~ kalau lipas terbang... boleh kena histeria woooo~

Matjoe berkata...

wahh, mude lagi ni. i dulu pon sbp. tq joint my contest. i hope u dpt masuk sbp.

jgn lupa like gambar u kt facebook page matjoe

G3-lina berkata...

@Matjoe
HAHA~ MUDA LAGILAH~ THX FOR THE WISH!! INSYAALLAH~

Hanim Mahali berkata...

lipas memang menggelikan... Akak pun tak suka... Semoga hasrat ke SBPI Gombak terlaksana... Gud Luck!

G3-lina berkata...

haha~ bukan geli je lagi.. fobia tahap nenek cipan punya saudara dah nie~ hehe~ thx ye kak hanim!!!!~

Unknown berkata...

oke ! sy ta suke lipas !!!


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget