PAKCIK MAKCIK COMEL

Memaparkan catatan dengan label CONTEST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CONTEST. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2011

[contest] SAYA NAK JOIN BLOGLIST NELLY THE STRANGE


Assalammuaalikum.. ada contest ni! nak join?? join maa!! tapi kali ni aku tak serius pown.. sebab hidup harus chill!! sentiasa serius buat aku jadi bioll.. haha~ lalalala.. nak join sila klik gambar k!

contest kali ni dianjurkan oleh Nelly the strange.. bertajuk  "Saya nak join bloglist Nelly The Strange"  
jomlah join ramai2.. rapatkan hubungan sesama blogger lah katakan.. dari tajuk tu kita dah taukan contest kali ni tentang apa kan.. so.. agak2.. korang menang, dapatlah masuk bloglist cik kak ni.. aku?? serah pada takdir sajepp~~ jom2.. jangan segan, jangan silu..

dalam bloglist ni, ada 3 kategori.. otai, sempoi dan cool.. aku kalau boleh nak yang sempoi tu.. tapi cool pun jadila kan.. tapi otai aku takmo.. tak cukup umur kata orang tua tua.. hehe~ so Nelly, mana2 pun boleh lah...

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Ahad, 20 Februari 2011

Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest

Assalammualaikum. dah lama tak sertai sebarang contest.. asyik segmen je.. kali ni nak join contest dari ADY BUDIKA lak!
Ady Budika
KLIK UNTUK JOIN CONTEST


whoaaaa!!!!! program tv aku sendiri? kalau aku diberi peluang lah kan.. aku nak buat program tv berkenaan pelajaran kat sekolah.. maksud aku.. zaman sekarang ni kan TV ada kelebihan yang superb! cakap ngan aku siapa yang tak pernah tengok TV? even orang asli pun ada TV tau! siap ada Astro lagi! so elok lah manfaatkan TV ni sebagai satu medium untuk murid2. 

sedia maklum, tak ramai yang suka program TV yang berunsurkan ilmu. betul tak? adalah yang minat, tapi hanya segelintir. jadi kalau aku diberi peluang lah nak buat program sendiri, aku akan aturkan program mengikut umur. lagipun, melalui TV, kita akan menggunakan hampir semua deria kita macam mata, telinga, mulut, dan minda. secara tak langsung kita akan mudah mengingati.

contoh : pelajaran sejarah
aku akan buat program yang ada kaitan dengan sejarah. mungkin dalam bentuk animasi. cuba tanya budak2 umur 6-7 tahun.. 'semalam ada cerita ultraman kan? ultraman tu lawan dengan siapa? siapa menang? bla bla bla..' atau cuba tanya orang dewasa. 'eh malam tadi bola sapa lawan sapa? sapa menang? ada tak yang kena kad kuning??' (ni kira sejarah lah ni ye.. sebab dah berlaku.. ngeeee) .senang je mereka jawab. kan seronok kalau dalam exam dorang jawab soalan dengan mudah seperti mereka jawab soalan mengenai ultraman dan bola. jadi dah lihat kan betapa hebatnya pengaruh  TV?!

nama program aku? urm.. mungkin 'GENERASI BIJAK PANDAI'. sesuai kE?? hehe~ biarlah..program aku kan.. ngeee~

konsep program? macam yang aku terangkan dari mula.. konsep program ni adalah sesi pembelajaran yang boleh menarik perhatian. melalui animasi atau fantasi. tapi fungsi tetap sama iaitu ILMU~

station mana aku nak siarkan prgram ni? urm.. aku tak kesah.. siapa nak, ambil! hehe~ urm.. mungkin TV3 dan TV9 sebab sasaran aku adalah kanak2 dan remaja.

macam mana nak tarik penonton? urm.. aku rasa dah terangkan dari awal.. melalui animasi dan fantasi. kenapa? sebab selalunya realiti itu membosankan! hehe~ asal usul cerita masih sama cuma diolah sedikit.


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Sabtu, 19 Februari 2011

TIPS BERJAYA BLOGGER DARI NEWBIE?

Assalammualaikum...

wahai para blogger baru sekalian alam.. dari kutub utara mengelilingi bumi ke kutub selatan.. dari planet utarid hingga ke naptune kemudian kembali ke bumi.. dengarlah wahai blogger baru sekalian!! (maksud aku.. baca..)
meh sini dekat2 aku nak story~

aku search google bout.. 'tips berjaya blog'... aku rasa macam.. ada yang tak kena..
contoh tips : jangan copy paste entry orang lain.
akibat        : orang tak akan masuk dah blog kau!

tapi masalahnya... aku usha blog yang banyak copy2 ni lah yang ramai follower.. tak caya?? korang pergi la usha mana2 blog yang agak ramai follower (tak semua ye), kebanyakkan entry pun copy juga..

jadi sebenarnya apa tips yang paling sesuai untuk ada ramai reader??

aku ni pun blogger baru... terus terang meh sini aku nak cerrr sikit... aku dah blogging ni sejak dari tahun lepas. pada 21 feb 2010. follower yang aku cecah cuma 20+ sahaja.. tu dalam masa setahun.. tapi masa tu entry aku pun tak menarik sangat. dan aku tak kenal lagi dengan dunia blog ni.

jadi.. dalam bulan januari 2011, aku agak terperanjat bila follower aku dari jumlah 20+ terus menginjak naik ke 50++ hanya dalam masa tak sampai sebulan.. pelik? tapi benar.. apa rahsianya??

bagi aku.. sebenarnya tips blogger berjaya ni kan.. tak lah serumit yang korang selalu baca kat google tu..
korang hanya perlu....

1. jadi blogger peramah. orang komen, ko balas la.. orang visit, ko visit balik! jangan la sombong melampau~


2. perbanyakkan sertai sebarang segmen atau contest.. kenapa?? selalunya.. orang yang buat segmen dan contest ni mesti akan ada ramai follower n reader. then kalau korang sertai aktiviti mereka, automatiknya, nama dan link blog korang akan tersenarai kat blog popular tu. then, bila orang baca segmen korang, orang akan follow korang. insyaallah. selain tu, kalau korang selalu sertai benda2 macam ni, korang tak payah nak runsing kalau blog jarang update. aku?? aku selalu join segmen dari blog ben ashaari.. thanks to him!


3. katakan 'taknak' pada blog berat! or no one cares bout your blog! faham2 lah ye!

4. ping la blog korang kat mana2 tempat macam.. gengblogger.com dan googleping.com. sebab kat tempat2 macam ni la para blogger selalu cari entry untuk dibaca. ada yang nak cari idea untuk buat entry.. tajuk mesti gempak dan tak tersimpang dari entry korang!

senang kan?? yeSSS!! sangat senang! tak payah nak sibuk2 buat ini buat itu. bukan maksud aku benda alah tu semua tak guna.. sebenarnya, berguna. tapi bagi aku, semua tu sebagai sampingan je.. yang aku bagi ni, mungkin asas je~

semua ni sebagai pandangan dan pengalaman dari aku je.. kalau korang rasa, aku totally wronged, then, korang tak perlu lah nak try2 benda ni. dan lagi satu.. aku minta maaf la kalau entry kali ni bukan apa yang korang nak. sekian~




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Jumaat, 11 Februari 2011

Hans Hanis Contest - Gunakan Imaginasi Anda




Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-

2) Adzlan (RM20) 
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

 nak join? klik SINI!
________________________________


dalam contest ni, ada 3 situasi.. aku pilih situasi 3.. sebagai mimpi ngeri UNTUK hans.. muuuaaahhahahahahahahahaaaaaa!! (gelak jahat)






Situasi 3 : Hans adalah seorang jejaka yang sangat anti dengan serangga - serangga seperti semut, nyamuk, lalat, labah - labah, lipas dan sebagainya. Pantang sahaja berjumpa pasti mati mereka dikerjakan oleh Hans. Pada suatu hari serangga - serangga ini telah membuat satu mesyuarat untuk menghalang tindakan Hans yang sangat keterlaluan terhadap mereka. Mesyuarat itu melibatkan........................




Mesyuarat itu melibat semua serangga dalam kawasan kejiranan Hans termasuklah serangga tertua dalam kawasan tersebut. serangga itu dikenali sebagai tok lipas cokelat. sesetengah puak serangga mengatakan tok lipas cokelat ini sudah berumur 2 tahun. tapi tak mati2 kerana tok lipas cokelat minum air power root milik tuan rumah tempat beliau tinggal. ramai serangga datang bertemu dengannya untuk mengadu masalah.
pada hari mesyuarat tersebut, tok lipas cokelat telah menjadi pengerusi. satu per satu sahabat serangga mengadu dalam keadaan yang agak riuh di dalam sebuah lubang kecil di rumah Hans. keadaan riuh tersebut disebabkan hans sedang menyanyi lagu 'oh lisa suri hatiku' di adaptasi dari lagu 'oh saleha' yang telah diubah suai oleh hans sendiri.


tok lipas cokelat : mat muk (nyamuk) sapa punya suara macam kumbang ni?? bising betul! kita nak brsidang pun tak selesa! ishhh!!
mat muk : err.. tu suara tuan rumah tok.. dia tu sebenarnya cintan mati sama itu lisa surihani tok..

abg kum (kumbang) yang agak terasa dengan kata2 tok lipas cokelat hanya menunduk sambil menahan kencing.. dia nak pergi tandas tapi takut tok lipas cokelat marah.. so tahan je lah..

tok lipas cokelat : apa mat muk?? lipas surihani?? suka suki dia je nak suka kat awek aku! cisss!!

mat muk : errr.. tok.. ni bukan cik lipas surihani (seekor lipas) kekasih tok tu..(tua dah tok ni.. sampai dah pekak dah... ish3) ni lisa surihani pelakon yang comel2 tu la.. yang berlakon dalam cerita adaMaya yang tok selalu tengok pukul 5.30 petang tv3 tu lah..

tok lipas cokelat : arhh!! aku tak kira! asal nama  surihani je, itu adalah awek aku!!



abg kum : err.. tok lipas cokelat.. bila mesyuarat nak bermula??

mata tok lipas cokelat beralih ke arah abg kum. abg kum bertambah nak terkencing bila melihat tok lipas cokelat menjegilkan matanya.

tok lipas cokelat : sudah! kita mulakan mesyuarat sekarang! kau ni mat muk! bersembang je keje kau! ish!! ok semua. sebenarnya apa masalah korang ni?
kak bah (labah2) : sebenarnya tok, kami tak tahan dengan perangai hans ni tok. dia ni kejam tok. dia bunuh sedara kami.. anak saya dah jadi yatim piatu tok disebabkan dia..

kak bah kesat air mata.. kesiannn

tok lipas cokelat : aikk?? anak kau yatim piatu?? abes asal kau tak mati lagi??

kak bah : sebab saya minum power root tok.. jadi time hans pukul saya tu, saya pengsan je tok.. tapi suami saya telah pergi tok. masa saya pengsan tu lah anak saya jadi yatim piatu tok..

tok lipas cokelat : suami kau pergi? innalillah... ish3.. kejam sungguh hans ni! aku rasa macam nak sekeh je lutut dia!

kak bah : aik tok? asal tok cakap 'innalillah'?

tok lipas cokelat : kan suami kau dah mati? aku cakap la macam tu..

kak bah : sapa cakap suami saya mati? saya cakap suami saya dah pergi.. dia meninggalkan saya dan pergi pada janda bah (labah2) jiran saya tu tok... tu depa dua tak datang tu tengah syok berasmara dana lah tu tok!! semuanya disebabkan hanS! kalau dia tak bersifat kejam, mesti kami masih bersama! dan mesti anak2 kami bertambah tok sekarang ni.. isk isk isk..

tok lipas cokelat hanya geleng2 kepala tak tahu nak cakap apa...



abg cak (cicak) : saya juga ada masalah dengan hans ni tok..

tok lipas cokelat : apa masalah kau cicak?

abg cak : hans ni suka simpan getah dalam rumah dia ni tok. menyusahkan saya tok. sebab saya ni fobia dengan getah tok.. habis anak isteri saya tak boleh keluar rumah nak cari nyamuk untuk di makan..

abg muk yang sedang bercumbuan menghisap darah adik sedara hans yang sedang tidur tersedak apabila terdengar kata2 yang dilontarkan oleh abg cak. dia mulai berasa takut. badannya berpeluh2.. tiba2 dia rasa sesak nafas dan akhirnya mati. sidang tersebut kecoh apabila melihat tubuh nyamuk jatuh melayang tiba2. setelah dibawa ke hospital serangga, nyamuk disahkan terkena serangan jantung. akibatnya, abg cak ditangkap kerana menyebabkan kematian abg mok. sidang diteruskan dengan aduan dari pak mut (semut).
pak mut : tok... generasi saya semakin berkurang tok..

tok lipas cokelat mengalih pandangan ke arah semut, lalu berkata dengan marah..

tok lipas cokelat : pak mut! aku tak mahu ambil tahu urusan ranjang engko! kalau kau ade masalah kesuburan, minum power root! itulah! asyik makan gula je! kan dah kurang subur! ni mesti kes kencing manis lah ni! kerajaan suruh kurangkan gula! kau degil!! ish!

pak mut yang terperanjat dengan jerkahan tok lipas cokelat menelan semua gula yang ada dalam mulutnya serentak.. setelah mendapat ketenangan dan sidikit oxigen, pak mut teruskan bicaranya.

pak mut : tok.. saya bukan tak subur tok.. tapi. generasi saya mati di pijak hans tok. kadang2 dia sembur gas beracun ke arah kami tok.. kesian Queen saya tok.. asyik mati je.. saya lagi kesian tok.. asyik tukar bini je.. (sambil senyum)

tok lipas cokelat : la... asal kau tak cakap awal2... asal kau tak bawa lari je bini kau dari rumah ni?

pak mut : sebab kalau saya bawa lari bini saya dari rumah ni.... saya tak boleh nak tukar bini dah tok...
tiba2 Queen (semut betina) muncul dalam sidang tersebut. Queen yang berasa marah apabila mendengar kata2 pak mut terus menerkam pakmut.

Queen : patutlah aku ajak kau pindah rumah, kau taknak!! rupanya ini sebabnya!!

tubuh Queen yang agak besar akhirnya menyebabkan pak mut mati dibelasah Queen. Queen telah ditangkap atas tuduhan membunuh suaminya sendiri. semasa dia hendak di bawa ke jail, Queen yang ramping tubuhnya mengerdipkan mata ke arah abg kum yang hanya memandang Queen dari tadi.

abg kum terperanjat lalu basah seluar akibat tak tahan nak terkencing. dari mula persidangan lagi dia tahan kencing. dan akhirnya.. selamat sudah semua siksaannya. abg kum juga di tahan atas tuduhan tidak menghormati majlis kerana kencing dalam dewan persidangan.

kini tinggallah tok lipas keseorangan. ahli majlis telah tiada. tok lipas yang kepenatan keluar dari dewan persidangannya untuk pulang ke rumah. sedang tok lipas cokelat berjalan sambil menyanyi lagu 'oh lipas surihani', dia dipijak oleh hans. belum sempat dia menghabiskan nyanyiannya, badannya telah hancur dan menyeluarkan cecair berwarna putih yang agak menggelikan.

hans menjerit sekuat hati..
hans : arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! makk!! tolong!!!!! lipasss penyek mati kena pijak!!!!!!!!!!!!
hans melompat2 kegelian menuju ke tandas lalu menyental kakinya dengan berus kasut dan sabun breeze sebab sabun mandi dah habis. dia tak sedar masa dia mandi tadi, dia telah menghabiskan sabun di bilik mandi kerana leka menyanyi lagu 'oh lisa suri hatiku.' kakinya digosok sehingga merah2 akibat berus kasut yang kasar.. hans terus menggosok walaupun sakit sambil menyanyi lagu 'aladin' dendangan kumpulan spider tetapi telah diubah suai oleh hans sendiri.




( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) kaki yang satu
( Gosok ) sampai kau yakin
( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat

( Gosok ) sampai tertanggal semua karat



-----> TAMAT <-----



~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READERs~

Selasa, 28 Disember 2010

Yang Termanis dan Terpahit


assalammualaikum!!!
apa khabar? dah makan? dah minum? dah buang air?? uihh! tak baik membazir! buang buang air pulak! kaya sangat dah?? haha! adess.. asal la hari ni aku terlebih prihatin sangat ni?? haha!!

ok2.. kembali kepada topik asal! cerita asal macam ni, aku rasa.. aku dah.... gila contest! haha~ takdalah! ni nak cakap ni.. macam biasa.. aku jalan2 melawat alam siber yang penuh dengan jaring labah labah ni! sekali terjumpa lagi satu contest kat blog yang diberi nama...



entah kenapa.. rasa macam nak masuk je! so.. aku masuk lah... tajuk contest tu, Yang Termanis dan Terpahit... <--- (untuk maklumat lanjut, sila klik link yang diberi.)


pada tahun 2010, banyak gila perkara yang aku lalui! dan seperti biasa, aku belajar dari pengalaman! dan masa silam, aku jadikan sebuah kenangan indah untuk aku kenang! jika suatu masa nanti,aku sudah tua dan merindui masa silam, aku akan selak buku yang diberi tajuk.. 'kenangan!' (apelah aku merepek malam malam buta ni!)

Kenangan termanis aku adalah jeng jeng jeng... haha~ sat.. biar aku fikir jap.. apa kenangan termanis pernah aku lalui pada tahun 2010.. banyak sangat kenangan manis sampai tak tau yang mana satu termanis! aikk?? haha! oh! aku rasa.. kenangan termanis bagi aku adalah bila aku dan family pergi ke Pulau Pangkor pada awal tahun! oit!! bukan selalu ayah aku bawa pergi holiday tau! bila dia betul betul senang dan girang je dia bawa kami jalan jalan.. walaupun tahun ni, banyak tempat kami menjelajah, tapi kat Pangkor lah paling best! sekali sekala dapat luangkan masa dengan family kan.. yelah.. aku ni bukan duduk dengan parents pun kan.. duduk dengan nenek (tetiba rasa terasing la pula!) haha~ adess~ tada kesa punya! 


Kenangan terpahit aku.. hehe~ malunya nak cerita! tapi demi contest... kena jugak aku cerita! walaupun pahit, bila jadi kenangan, mampu membuat aku ketawa sendiri. kenangan terpahit aku adalah.. aku jatuh longkang dalam perjalanan ke belakang sekolah! padan muka! orang rehat kat kantin, aku n the gang rehat kat belakang sekolah! kan dah jatuh!  nasib bukan macam nangka busuk.. tapi macam strawberry masam je! haha!


apa yang aku belajar dari kedua dua kenangan ni?? penganjaran pertama untuk kenangan termanis adalah, hargailah keluarga selagi mereka masih ada! apapun atau di manapun kenangan antara kita dan mereka tercipta, itu adalah kenangan terindah yang akan kita miliki dan kenang bila usia menginjak dewasa~




pengajaran kedua, tepati waktu, tempat dan tema! aku boldkan tepati tempat.. tapi ketiga tiganya adalah satu pakej! dah orang tetapkan di mana harus kita lakukan sesuatu, jangan la pandai pandai pergi tempat lain! orang suruh makan dekat kantin, kau makan belakang sekolah pasal pE???! kan dah jatuh longkang! padan muka! hehe


sekian, terima kasih!

Sabtu, 25 Disember 2010

AZAM TAHUN 2011

Tadi jalan jalan melawat alam maya ni, aku terjumpalah satu blog yang membuat contest Azam Tahun 2011.
Disebabkan tahun baru pun dah nak tiba tak lama lagi, maka aku si gadis gula-gula rasa macam berminat je nak sertai contest ni walaupun aku tau... aku takkan dapat menang punya.. Al-maklumlah... blogger mentah lagi.. hehe~ Tahun depan, azam aku dua je! aku tulis lagi sekali ye..  dua sahaja! tak banyak pun kan kan kan?? haha~

1. 

Aku nak masuk Sekolah Berasrama 
Penuh Intergrasi Gombak (SBPI Gombak).


Seperti yang sedia maklum, aku ni bakal menjadi pelajar tingkatan 4 pada tahun 2011, jadi aku bercita cita nak berhijrah ke tempat orang! Sebelum keputusan PMR keluar, aku dah mohon SBP. Aku harap, aku dapat masuk sekolah ni walaupun keputusan PMR aku tu 6A2B sahaja! Tapi aku tetap nak cuba. Belum cuba belum tahu kan??? Doakan aku ye! Amin..


2. Aku nak beranikan diri pengang lipas



MACAM MANALAH AKU SANGGUP
SEMAKKAN BLOG AKU DENGAN
GAMBAR MAKHLUK NI

Disebabkan aku ni anti lipas, jadi aku nak try pegang lipas! aku tak tau kenapa aku takut sangat dengan binatang ni padahal dia kecik je! tapi bila terserempak dengan dia, aku boleh kena histeria! menjerit jerit macam malam tadi. Aku lebih rela kira bulu kaki daripada terserempak dengan binatang bernama lipas ni!  Menjelang tahun 2011, aku akan cuba sedikit sedikit  untuk memberanikan diri pegang binatang ni! sebab orang kata, ubat untuk penyakit fobia adalah punca fobia itu sendiri! yelah, sampai bila aku nak terus terusan fobia dengan encik lipas ni kan. Kata nak jadi doktor, takkan dengan lipas pun takut kan?? haha~

Rasanya, ini kali pertama aku join contest kat blog ni! Bukan rasanya lagi, tapi memang betul! Jadi, bertuahlah orang yang menganjurkan contest ni sebab contest yang dianjurkan olehnya adalah contest pertama yang aku join! haha~ Gila poyo!Tamat sudah celoteh aku mengenai Azam Tahun 2011. Harap harap aku mampulah mencapai azam azam aku ni! amin. Kepada sesiapa yang berminat dengan contest ni, rasa rasa nak try masuk contest ni ke, jangan malu malu, jangan segan segan  KLIK DI SINI.

Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz(rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget