PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 12 Oktober 2012

APA DALAM HATI IBU KORANG?




first of all.. this nenek is not mine~
hati seorang wanita tua..
apa pun yang keluar dari mulutnya..
jujur terlintas dalam hati..
sekilas riak wajahnya..
mampu menggambar seluruh jiwa..
dan setiap perlakuan mereka..
jelas terlihat keinginannya..

hati seorang wanita tua..
kadang2 sakit di hatinya..
diluah keras terus dari lidah..
kadang2 terkilan riak di wajahnya
menggambar betapa rindunya dia..
dan dalam perlakuan mereka..
ada harapan dalam jiwanya..

 Assalammualaikum. hari ini.. apa yang bakal korang baca ni.. merupakan satu luahan rasa.. tentang aku yang tinggal bersama seorang wanita tua~

selalu.. aku lihat dia duduk termenung.. tetapi aku diamkan diri.. kerana aku tahu apa yang ada dalam hatinya..

betapa dia rindukan si anak.. betapa dia rindukan si cucu..
selalu.. aku melihat dia duduk di luar rumah.. di atas buaian besi bersendirian.. pandangannya dilemparkan ke luar.. menanti nanti kalau2 ada kereta yang menuju.. apa yang dinanti?

dia nantikan deruman enjin si anak.. lenguhnya leher tidak dihirau.. kerana hatinya lebih lenguh menanti saban hari..
terkadang... aku mendengar kata-katanya tajam menikam.. jelas kelihatan singa dalam dirinya sedang memerintah.. aku tidak bertanya kenapa.. kerana aku tahu mengapa..

kerana bila kerinduan itu sudah terlalu menggunung.. bila penantian itu sudah terlalu melelahkan.. hanya yang mampu dia lakukan adalah kata2 yang sgt menakutkan..

menjadi aku yang sebumbung dengan wanita tua ini.. mengikat diriku utk tetap berhubung dengan si ibu.. aku mencuba.. walau sekejap sahaja utk muncul di hadapan ibu  setiap hari.. kalaupun aku tak mampu.. aku call je~ asalkan satu hari nanti... aku tak menyesal..dan.. ibu tak lalui apa yang wanita tua ini lalui... supaya apa yang terluah dari mulut wanita tua ini.. tidak terluah daripada mulut ibu.. aku tak sanggup dilaknat!

so please.. dont let ur mum miss u.. people said.. missing make the relationship closer.. but when it is bout your mum.. it still make u closer.. but.. to the hell~


** gambar tak ada kena mengena dengan wanita tua dalam cerita. :D

~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

1 ulasan:

MalizaMah berkata...

rindu pada arwah mama.
juga rindu pada arwah nenek.
al-fatihah utk mrk.


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget