PAKCIK MAKCIK COMEL

Ahad, 15 April 2012

FIRST TIME DAPAT KEPERCAYAAN ABAH UTK BERADA DI DAPUR

Assalammualaikum. hoohooiiii!! ape khabar? dah makan?? nyum2.. best gila hari ni weyh!! first time aku mendapat kepercayaan abah utk MASAK UTK LUNCH! hoho!! korang tau.. since aku kecik, aku nak masuk dapur 'kacau' ibu masak, mesti ibu cakap..

"don't!!"

atau abah cakap,

"heppp!! babab nanti!!"

bila aku dah besar sikit, aku dibenarkan tolong sikit je kat dapur.. itu pun bende ringan2 je.. then aku dibesarkan kat rumah nenek.. time ni.. memang aku dah tak masuk dapur utk masak bende2 yang agak berat dah.. sebab???

MALAS!

ye r.. dah duduk rumah nenek.. everything, ibu and abah dah prepare. even lauk pun ibu hantar hari2.. so.. aku dah tak diperlukan di dapur.. cuma makanan yang ringan2 tu je la aku masak pun.. lagipun, abah memang ta percaya aku utk berada di dapur.. tapi hari ni... hohoho.. dengan sedikit paksaan dan ugutan.. cewah.. akhirnya aku berjaya masuk ke dapur walaupun abah tak berapa nak percaya..

sebenarnya, aku sepatutnya tolong abah jaga kedai dia tu. tapi tak tau rasa macam malas je.. **penat kot! lately ni ramai je orang.. alhamdulillah.. tapi bila aku dengar abah cakap nak naik rumah utk masak, terus aku offer diri jadi chef.. but, abah buat dunno je.. sakit hati beb!! pastu aku lancarkan serangan ugut mengugut.. akhirnya dapat.. aku pun melangkah lah ke rumah.. sambil2 melangkah tu, aku dengar abah berdoa cenggini,

"Ya Allah, kau selamatkan lah aku dari sakit perut atau pengsan lepas ni.."

cehh! sampai hati...

bila kat rumah pulak, adik aku 2 orang tu tengok aku pelik je sebab kat tangan ada udang, bawang, cili and so on.. 

nurul : kau nak buat apa kak??
aku : masak.. abah suruh aku masak..

sekali aidil menyampuk,

"Ya Allah, kau selamatkanlah hamba-Mu ini...."

weyh!! berbara kot hati.. tapi takpe.. kau rasa aku punya masakan nanti!! 

bila dah bertungkus lumus masak udang masak sambal petai (betul ke aku sebut??) sambil usha screen lappy (tgk resipi.. hehe), aku pun hidang.. amik sudu, amik piring, aku cuit sikit.. rasa sikit je.. before rasa, aku pun berdoa juga moga2 aku tak pengsan.. :P

dah rasa mcm oke2 tu, aku pun melompat2 keluar sambil bawa piring tadi tu jumpa adik aku.. haha~
bagi dorang rasa.. hoho!! weyh budak!! akak kau ni chef to be tau tak!!! (bila dah kawin nanti lah..)

dah settle kat rumah, aku pun pergi lah kedai balik.. suruh abah makan and solat.. sekali kawan dia ada da... adess.. dah la kawan dia tu selalu makan kat rumah aku.. rupanya... abah dah ajak dia awal2 da makan kat rumah.. adess.. nasib baik aku masak oke2 je.. kala tak.. aku pecut balik rumah, and latah sensorang sampai habis lauk tu.. bole bagi alasan, lauk dah habis.. sila pergi ke restaurant utk penuhi perut anda.. ngeee~

~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget