PAKCIK MAKCIK COMEL

Rabu, 27 Julai 2011

AKU KEMALUAN LAGI..

Assalammualaikum. haishhh!! tak abis pasal malu semalam.. aku malu lagi hari ni.. memang hobi aku betul la.. aishhhh~ tapi kali ni tak ada kena mengena ngan buku terbalik tu.. haha~ tadi.. aku dalam perjalanan nak balik rumah.. sekali ada satu kereta ni berhenti kat tepi aku.. agak mewah gak la kereta tu.. lepas dia berhenti, dia bukak cermin.. (handsome kowtt.. haha.. gatai..)  aku stop la kejap.... sebab aku rasa dia nak tanya jalan kot.. pastu dia cakap..

'dik, jln 4/14 kat mane??'

alah.. soalan kacang gila dia tanya sebab 4/14 tu kawasan rumah aku.. so aku jawab la...

'abang jalan terus nanti abang masuk lorong KIRI tu' sambil aku tunjuk lorong belah KANAN..



pastu abang tu tanya..

'kiri ke kanan dik??'

"kiri bang. tu ha.." aku tunjuk lagi lorong belah kanan tu.. abang tu garu kepala dah..

"dik.. tu lorong kanan la.."

"eh?? a'aah la.. kanan kanan.. saya silap.. " aku sengih je la.. apa lagi yang mampu aku buat kan....T.T
malu gila la.. balik tu aku sengih je sepanjang jalan.. sambil berdoa tak terserempak dengan mamat tu lagi.. haha

P/S asal aku baca tittle tu mcm pelik jE????
~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget