PAKCIK MAKCIK COMEL

Sabtu, 9 April 2011

AKU CUMA WATAK ATAS PENTAS

Assalammualaikum.. hurm.. korang pernah tak rasa.. hidup dah tak bermakna lagi? seolah tiada lagi penyeri atau mentari? tiada lagi rembulan atau senyuman?? korang pernah tak rasa.. seolah ingin mencipta dunia sendiri? dnia di mana hanya ada kau dan keseronokan?


korang nak tau tak kenapa aku suka cerita cartoon? sebab aku suka membayangkan yang dunia cartoon atau anime tu.. adalah dunia aku. tapi setiap kali cerita tu habis.. aku jadi kosong balik.. aku sedar.. dalam hidup ni, tak semua yang kita impikan tercapai.. berbeza dengan cerita2 dalam tv tu. kita boleh reka kita boleh cipta.. alangkah indahnya bila jadi 'watak' dalam dunia tu. sentiasa ketawa..


kadang2 aku bertanya pada diri sendiri.. apa yang aku lakukan untuk terus hidup? makan minum dah tersedia..  apa lagi yang aku perlukan untuk mempunyai keseronokkan dalam hidup.. betul.. aku selalu ketawa! tak caya tnya kengkawan aku. tapi kat sekolah je la.. bila balik rumah ni.. aku tak tau dah macam mana nak tarik otot2 kat pipi ni supaya aku boleh ketawa.. pelikkan? tapi tulah aku..



kadang2 aku tertanya tanya.. kenapa hidup aku berbeza dengan dorang semua.. aku ada family.. mereka juga ada family. tp kenapa aku tak dapat hidup dengan family aku di bawah satu bumbung?? walaupun kami selalu berjumpa.. tapi sangat lain rasanya bila tak sering bersama. setiap hari.. aku tatap wajah parents aku. dan dalam masa yang sama.. aku rindukan dorang.. bila aku dapat hidup satu bumbung dengan dorang?? hanya bila nenek pergi rumah anak dia.. bila kiterang pergi FH.. atau bila kami keluar jalan2..


ramai yang cemburu dengan aku sebab aku selalu dapat apa yang aku nak.. kawan2 aku.. sepupu2 aku.. malah adik2 aku pun.. cemburukan aku.. tapi dorang tak sedar.. yang aku tak dapat hidup bersama keluarga aku.. memang parents aku selalu berusaha untuk dapatkan apa je yang aku nak.. berbeza dengan nurul n aidil.. tapi tak cukup kalau semua tu adalah bayaran untuk kegembiraan bersama keluarga.. pernah nurul memberontak kat rumah parents aku dulu.. aku diam je.. dalam hati aku menangis.. kalaulah dia tahu hidup  bukan sebumbung dengan keluarga...


aku cuba cipta dunia sendiri.. di sini.. aku diamkan sahaja apa yang berlaku di dunia realiti dan aku luahkan di sini.. di rumah kecil aku ni.. tapi ternyata.. bukan ini yang aku nak.. bukan dunia yang macam ni yang aku.. kalaulah aku ni seorang watak dalam cerita cartoon.....


hidup ni.. orang kata macam satu pengambaran.. satu filem! apa yang berlaku. semuanya dalam skrip! jadi aku pilih untuk diam sebagai alasan memberontak.. tapi.. baru aku sedar.. yang diam tu juga.. sebahagian drpd skrip.. kalaulah aku mampu tamatkan pengembaran ni segera.. aku dah penat dah bermain atas pentas. hidup dalam kepura puraan. orang suruh, aku senyum. org suruh marah aku marah. orang suruh sedih, aku sedih! apa yang aku nak.. aku sendiri tak tau! 


aku cuma watak atas pentas...

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

2 ulasan:

akubiomed berkata...

Berat sahaja luahan hati kali ini. Harap everything okay sahaja dan buat sesuatu yang memudaratkan diri

G3-lina berkata...

tade r berat sgt.. hehe~ ok sir!


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget