PAKCIK MAKCIK COMEL

Selasa, 1 Februari 2011

SEGMEN 1MALAYSIA - SELAMAT TAHUN BARU CINA

BEN ASHAARI

Assalammualaikum. lagi 1 segmen dari pakcik hensem atas ni.. sapa lagi kalau bukan Ben Ashaari. hehe~ segmen kali ni tajuknya adalah SEGMEN 1MALAYSA - SELAMAT TAHUN BARU CINA.

segmen kali ni, abg ben suruh buat satu kisah aku dan sahabat berlainan bangsa. sememangnya banyak gila cerita antara aku dengan mereka ni.  tapi cerita aku ni bukan dengan sahabat lah.. but dengan uncle Lee..

disebabkan sekarang ni musim CNY, aku nak ceritakan pasal CNY 2 tahun lepas.. pada CNY  tahun tu adalah kalai terakhir aku berjumpa dengan seseorang ni. ayah aku salah seorang lelaki yang selalu menempel kat taman jaya tuk jogg. so ramailah kawan2 kat sana. paling ramai sekali cina. biasalah.. orang cina kan jenis yang terlalu menjaga kesihatan. mungkin sebab tu umur mereka panjang koT??? hehe~

CNY 2 tahun lepas, aku ikut ayah aku pergi taman jaya tu. biasalah.. korang ni macam tak faham je perangai kanak2 ribena macam aku ni. hehe~ ampau lah! apa lagi! masa sampai je kat sana terserempak dengan satu orang ni... nama dia Lee.. dah tua dah.. tapi still kuat! dia panggil aku dan terjadilah satu sesi perbualan...

"Amoi.. mari sini..?"
"apa uncle..? " sambil sengih sengih kerang wangi. sebab aku dah mandi pagi tu.. so wangilah! hehe
" lama lu tak datang sini?!"
"busy lah uncle. banyak aktiviti kat sekolah.."
"ha.. bagos2 ini amoi... belajar betul.. nah amik ni." dia bagi aku sampul warna merah..
senaman Qi-Qong. lelaki depan tu namanya pakcik syarif.
aku pun sengih je memanjang! dapat duit woii! sapa tak sengih?? haha~ uncle ni memang baik gila.. tak silap aku dulu, dia ni sifu Qi-Qong (sejenis senaman orang cina) dia ni peramah gila.. walaupun dia ni orang berpangkat kat negara ni. aku sukalah bual bual dengan dia. maklumlah.. nama pun rakyat MALAYSIA! 

satu hari tu, dia sakit. bukan sakit yang datang sendiri tu.. dia jatuh.. cerita dia macam ni, uncle lee tu bawa anjing dia jalan jalan. anjing dia besar gila! tinggi! then ada kucing lalu depan anjing tu. anjing tu pun kejarlah kucing tu. dalam pada masa yang sama, tali yang ikat dekat anjing tu tersangkut dekat kaki uncle lee. then uncle tu jatuh lah. terseret. kesian dia. cerita ni pun aku dengar dari ayah aku. sebab masa tu orang lain yang jadi sifu Qi-Qong. lepas2 tu aku dah tak nampak dia dah dekat taman jaya. aku dengar cerita, dia nak berehat je sebab kaki dia cedera teruk..

kat taman jaya tu, banyak je tersimpan kenangan pelbagai bangsa antara aku dan mereka.  tapi cerita yang aku ceritakan ni sebagai salah satu cerita untuk memperingati uncle lee yang dah menghilang.. huhu.. uncle lee!! semoga uncle lee terus sihat dan gong xi fa cai to all Chinese in Malaysia! 

10 ulasan:

Dinaz berkata...

salam singgah kenal dari Dinaz..

G3-lina berkata...

salam kenal naz!

Areyoudys berkata...

as salam..
cerita yang menarik untuk dihayati..
eh?kan ada fb~ jejak beliau dengan menggunakan fb.ok apa ;)
kesian juga..tertarik kat kaki..huhu..anjing besar ni, memang kena berhati-hati sikit.

G3-lina berkata...

waalaikummussalam en. dot dot dot.. hee~ tak terfikir pown yerk.. eh2.. agak2 dye main fb tak yerk?? hehe~ thx sudi bace~

Awangku Johan berkata...

Salam ziarah n salam perkenalan.. saya follow blog awak ek.. mai singgah n follow blog saya ek

G3-lina berkata...

salam ukhwah~

aida4eva berkata...

kita kan 1 malaysia..kena la beramah tamah dengan semua kan.:) selamat bercuti :)

G3-lina berkata...

ye tu aida! selamat bercuti jugak!!

logorithm berkata...

Waaaa... sedih gak citer nih. Memang bahaya bawak anjing besar2 gi jenjalan. Kena extra berhati-hati. Tali/rantai tuh jangan diikat mati kat tangan. Sekali dia tarik kita patut lepas jer. Kalau tidak, kita meluncur atas jalan lah jawabnya...

Semoga uncle tuh dah sembuh daripada luka2nya.

Happy CNY! :-)

G3-lina berkata...

ye.. semoga dye semmbuh cepat.. dahlama ta jupe dye.. sejak dye sakit tu lah~


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget