PAKCIK MAKCIK COMEL

Rabu, 2 Februari 2011

SSS- Jom bikin konsert oleh BEN ASHAARI.

Assalammualaikum!
perghhh!! memang syok habis join segmen abg ben ashaari.. aha! patutlah ramai peminat rupanya orgnya peramah gila.. aku ni baru je follow dia. dalam 2-3 hari lepas.. tapi berpuluh kali dah aku view blog dia!
segmen kali ni  SSS- Jom bikin konsert oleh BEN ASHAARI.

adess.. nak masuk atau taknak? nak atau taknak? naklah! alamatnya hidup aku hanya untuk segmen sajalah! hehe~ jom! kita tengok bagaimana aku syok sendiri lagi! haha!
___________________________________________________

BEN ASHAARI

pada bulan ini, majalah double S akan menyiarkan sesi temubual antara penyanyi terkenal dunia, gadis gula-gula dengan wartawan paling berjaya, ben ashaari dalam segmen artis paling gempak! penyanyi terkenal ini dikatakan akan mengadakan konsert terulungnya pada bulan depan. konsert ini adalah konsert kelimanya setelah bergelar penyanyi pada bulan lepas..  jom kita ikuti perbualan mereka!
_______________________

Berikan nama tempat yang ingin anda adakan persembahan konsert itu

kali ni, tempat konsert saya tidak segempak dulu sebab konsert ni diadakan untuk mengutip sumbangan orang ramai. jadi konsert kali ni diadakan di stadium bukit jalil yang mampu menampung 110,000 penonton.

Harga tiket ?

harga tiket pada konsert kali ini tidak mahal bergantung pada seat. ada 3 kumpulan seat yang berharga RM50, RM100 dan RM200.

Kata kata aluan untuk mereka yang datang menyaksikan konsert anda itu ..

terima kasi sebab sudi datang ke konsert saya. saya sangat berharap, konsert kali ini mendapat sambutan yang baik seperti konsert2 sebelum ini.

Sasaran kehadiran penonton ..

penuh satu stadium bukit jalil. mungkin 110, 000. kan saya penyanyi paling gempak dunia? oh ye.. kemungkinan peminat saya dari luar negara akan turut datang jadi tempat terhad. cepat cepat lah buat tempahan kerana sekarang tiket sudah tinggal lagi 1000 keping je. itu pun untuk seat belakang belakang.

Gambar anda sedang beraksi... apa apa gambar pon boleh ..

maaf encik ben. tapi... syarikat producer saya tidak membenarkan gambar saya diambil tanpa kebenaran dan hitam putih dari mereka. bukan saya taknak bagi.. tapi saya takut encik ben kena saman.. nanti siapa nak jadi wartawan majalah double S?

Sediakan 10 buah lagu yang bakal anda dendangkan nanti.. Tajuk lagu dan penyanyi asal .. Kenapa pilih lagu tersebut ..
disebabkan akan ada penonton dari luar negara, saya akan mempersembahkan 3 lagu dari malayu, 3 lagu inggeris dan 3 lagu korea/jepun. 1 lagi lagu kebangsaan negara kita sebagai menghargai negara tercinta ini. sebenarnya, 9-9 lagu ni adalah permintaan dari penyanyi asal sendiri.

1. jadi diriku- elyana
2. kau milik aku - lagu sendiri
3. sahabat jadi cinta- zigas
4. blah blah blah - keisha
5. bad boy - cascada
6. miracle - cascada
7. without you - u kiss
8. ok - u kiss
9. rebirth - SS501
10. tanah airku

Penyanyi dalam negara yang ingin anda jemput .. Luar negara pon.. Seorang dalam negara ,seorang luar negara ..

sebenarnya saya taknak jemput mana mana artis sebab takut mereka kecil hati bila para peminat tak nampak mereka. maklumlah.. saya kan tengah berentap masa tu. of coz lah tumpuan sepenuhnya pada saya. tapi apa nak buat.. ramai artis dari dalam dan luar negara call saya suruh hantar kad VIP. jadi, kami masih dalam pemilihan untuk memilih artis mana yang akan dipilih.

Lagu penutup ... Kenapa lagu itu menjadi pilihan anda ..

'good bye' lagu tersebut adalah kata muktamad pihak producer. jadi saya follow je. sayakan penyanyi paling gempak alam semesta jadi saya taknaklah timbul berita 'gadis gula gula naik kepala'. kenalah jaga reputasi diri.

Kata kata penutup buat mereka ( penonton )

sekali lagi saya ucapkan terima kasih sebab sudi membeli tiket dan datang menyokong saya. tanpa anda, siapalah gadis gula gula ini...

Apakah yang ingin anda lakukan dengan duit kutipan konsert itu ?



macam yang saya cakap pada permulaan tadi, saya dan pihak producer akan sumbangkan 50% dari duit tersebut kepada pihak yang memerlukan seperti rumah rumah anak yatim dan pusat penjagaan orang tua. kalau ada duit lebih, saya akan sedekahkan kepada pusat penjagaan haiwan sebab saya ni animal lover!


maka tamatlah perbualan antara ben ashaari dengan gadis gula gula. sebenarnya, wartawan ben ni nak tanya lebih lagi. tapi gadis gula gula menolak sebab orang ramai histeria tengok gadis gula gula. mereka menjerit jerit meminta tanda tangan penanyi tergempak alam semsta ini. jadi, encik ben kenalah bertolak ansur dengan gadis gula gula memandangkan beliau faham dengan karier gadis gula gula ni.

10 ulasan:

NadiRah berkata...

hehehe..
bagus2..kekalkan imej artis bersih..hik3

aliarosli berkata...

hahahhah

lawak

best je bace

nice :)

p/s : dari blog bro ben

Unknown berkata...

ramai.. memang dasyat.. dahsyat.. hehehe

Unknown berkata...

mmg syok sendri hehe

LINDA ALEEQA berkata...

segmen syok sendiri yg plg perasan pernah di baca!good idea!good luck!

Ben Ashaari berkata...

i likeeee.. hahahhaha

~SYAZ~ berkata...

hehehe..
suke bace yg ni.. :D

Naz Al Yahya berkata...

hehe...jwpn artis bebeno ni. imaginasi yg best :)

My CoLleCtIoN berkata...

mcm gempak je konsert nie...
nak datang lah.. he~

G3-lina berkata...

nad : insyaallah cik nad..

bun : haha~ bila baca balik rasa malu pulak~

en blogger : bese r.. kata penyanyi gempak alam semesta.

mis ran : haha~malunya.. apa nak buat.. nama pun segmen ss.

linda : haha~ comment anda benar2 buat G3 malu! tapi.. thanks sudi baca~

ben : wahhhh!! abg ben comment lah.. ni yang rasa macam nak terbang melayang g planet pluto ni!

syaz : terima kasih ye!

syarifah : haha~ bese lah.. budak suke berangan ni~

my : jom3! ticket tinggal 2 je lagi!


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget