PAKCIK MAKCIK COMEL

Rabu, 16 Februari 2011

BAPA TIRI

oh no!!! big big big trouble!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oh goshh! macam mana ni.. macam mana nak tolong budak ni.. patut ke lapor POLIS???? tapi tapi.. tuan punya badan pun tak mau buat laporan.. macam mana ni???!!!

'lina.. apa kau mepek??'

ok.. cerita asal..

kawan aku nak lari rumah...
dia bukan remaja bermasaalah
walaupun kekadang selalu buat masalah
dia nak lari demi menyelamatkan maruah.

ada mak tak guna ta percaya anak..
ada bapak hilang batang hidung tak nampak..
tinggal ngan bapa tiri nak di jadikan awek,
muka tak malu dari anak tiri mintak sex!

aku tak tau macam mana nak terangkan dalam ayat santai macam biasa... so.. dari ayat kat atas tu.. korang faham kan? step father dia minta sex from her!!! aku nak tolong macam mana?? nak bawa dia balik rumah? aku takut kena tuduh je.. lagi satu.. aku taknak lah 'langau langau' ni bising kalau aku bawa masuk kawan.  aku try minta rumah kosong.. rumah sewa ayah aku.. dan ayah aku bagi..  tapi bila difikir fikirkan semula.. aku sangat TIDAK YAKIN dia tinggal sendiri sebab kawasan rumah sewa tu agak sunyi..! my dad cakap.. nak tolong, tapi takut mak dia buat laporan kata kami culik. so better dia sendiri buat laporan..

tapi masalahnya, kawan aku cakap macam ni, ' aku taknak jatuhkan maruah keluarga aku.'
wow!! wey kawan! kalau aku jadi kau.. tak ada dah nak fikir maruah jantan brengset tu! report je polis!!
how come kau boleh jadi macam ni? maruah diri kau tak penting ke??

 aku boleh temankan dia kalau dia nak.. tapi dia taknak!! aku takut kalau something tak elok jadi kat dia... dia kawan aku... aku taknak masa depan dia gelap...


adess!! aku buntu! dia kawan aku.. what should i do..? bagitau cikgu?? aku tak ada hak barang kali... tuan punya badan taknak!! arghhhh!! kau punya probs, aku yang stress! degil!!!! helppp!!!!!!!!!!!

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

3 ulasan:

Yuyu berkata...

saya rasa awk patut report polis...

Ustaz Love berkata...

Salam...

Sebenarnya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... terpulang sejauh mana keberanian dan tekad kita untuk selesaikan masalah tu..

Pada pandangan Ustaz Love, sang member itu masih ragu2 lagi dengan tindakan yg sepatutnya diambil.. sbb memikirkan tentang keluarga, maruah diri, kehilangan tempat bergantung dsb..

Dalam hal ini, apa yg boleh cik gula2 buat adalah memberikan sokongan kepada beliau untuk membuat keputusan.. Jangan biarkan beliau dlm keadaan tanpa apa2 keputusan.. seolah2nya, beliau skrg ini terdampar di satu pulau.. air dah makin naik.. jaws dah tengah tunggu nak makan..

Begitu juga dalam hal ni.. beliau sorang2 cuba nak hadapi masalah tu.. masa semakin suntuk.. bapa tirinya pula bila2 masa je boleh menerkam..

Sekalipun beliau tak bersetuju, adalah lebih baik cik gula2 mengambil tindakan drastik dgn memaklumkan kepada guru kaunseling.. biar cikgu tu yg nasihatkan beliau..

Jangan takut terputusnya persahabatan.. sbb tindakan cik gula2 mengadu pada guru kaunseling itu lebih baik kerana untuk menyelamatkan maruah beliau.. insyaAllah, suatu hari nanti beliau akan menghargai apa yg cik gula2 lakukan..

Biasanya remaja ni sukar nak buat keputusan yg tepat.. kena ada org tua yg guide.. maka biarlah guru kaunseling itu yg guide beliau.. sambil2 itu, cik gula2 berikanlah sokongan sekadar termampu..

Kita cuma boleh menolonga sekadar termampu.. yg boleh mengubahnya hanyalah diri beliau sendiri ;)

G3-lina berkata...

thx yuyu n ustaz! insyaallah sye try pujuk dye tuk wat report.. atau maybe sye yg akan wat report sendiri~


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget