PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 6 Januari 2011

BASUH DOSA DENGAN SABUN???

assalammualaikum~

sesuatu yang kita tak jangka.. sering terjadikan? kadang2 kita cuba mengelak tapi tak sangka gerakan kita tak tepat~ aku rasa, setiap manusia mengharapkan kesempurnaan dalam hidup macam tu juga aku~  (apalah yang aku merepek ni???)

haha~ sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain lah~ tajuk dia adalah.. basuh dosa dengan sabun! aik?? ada ke sabun yang boleh basuh dosa?? kalau ada.. mesti lakukan sabun tu.. mesti pemilik syarikat tu dah jadi jutawan dah~ eh tak tak~ aku rasa lebih dari jutawan~ kan kan kan??

haha~ tapi sayangnya.. sabun tu tak pernah wujud dalam bentuk sabun. tapi cuma solat taubat sahaja! itupun kalau diterima..! hurm... harini aku nak cerita tentang kebodohan aku si cik gadis gula gula (G3). walaupun aku tahu, mesti orang orang yang baca ni kutuk aku bagai nak mati semua, ada aku peduli? sebab dari awal, aku sudah tetapkan blog ni sebagai catatan perkara penting buat aku~ cuma sekarang ni ada sedikit ralat lah~ bercampur campur~~

sambung balik pasal kebodohan aku tu.. sebelum aku taip ni, banyak kali jugalah aku fikir.. sama ada nak taip atau tidak~ tapi aku buat keputusan nak juga semakkan blog aku ni~ agak-agak.. apa yang aku maksudkan sebagai kebodohan seorang G3?? hurm.. cerita dia macam ni...

______________________

tiga hari yang lalu.. adalah seorang laki ni datang rumah~ maksud aku.. datang rumah ke rumah untuk meminta sumbangan untuk OKU~ dia terangkan serba sedikit dan aku da usha segala sijil, surat dan pass apa entah~ lepas aku pasti orang ni agak selamat, aku senyumlah~ senyum itu sedekah ye!

tak lama lepas tu, selesai semua urusan~ disebabkan dia tu bukan bangsa melayu dan bukan beragama islam, jadi aku agak, dia tak tahu adab adab dalam islam~ sebabnya, dia hulur tangan dekat aku untuk berjabatlah! dalam hati aku ni aku cakap...

nak buat macam mana nI? sambut ke tidak? err.. boleh tak aku alas tangan ni guna kain buruk?? (aku tengah pegang kain buruk.)

last last aku amik keputusan untuk senyum je. sesaat.. dua saat.. tiga saat.. dan saat seterusnya.. tangan lelaki tu masih lagi kat posisi yang sama. ak dah rasa semacam. maksud aku.. rasa tak tentu arah lah! nak sambut kE? eishh! dosalah! tapi tangan laki tu masih lagi di situ! tak berubah! aku pandang muka dia.. aku pandang tangan dia!

aku tak tau secara tetiba aku sambut acara berjabat tu! mungkin sebab rimas dia duduk kat depan rumah aku lama lama! lepas je berjabat tu, tangan aku rasa panas! memang aku macam ni. aku kalau tersentuh ngan laki memang rasa panas! taktau lah sebab apa en.. maybe sebab tu hembusan api neraka kut. yelah! dah buat dosa kan?? then laki tu terus pergi. cepat cepat aku masuk dan kunci semua pintu. risau kalau ada lagi orang spesies macam tu datang lagi..

masuk masuk je, terus pergi dapur basuh tangan.. sebab rasa panas! rasa tak selesa. basuh tonyol tonyol tangan aku. tak puas hati, aku sabun ngan pencuci tangan tu. pun masih ada rasa bersalah dalam diri. tapi rasa panas tu dah kurang lah~ perlahan lahan surut~ lepas tu, baru aku terfikir.. betapa bodohnya aku sebab fikir air dan sabun boleh mencuci dosa yang aku buat! ye..

maybe bagi sesetengah pembaca, bersentuhan tangan cuma perkara kecil, tapi aku ni.. entahlah.. aku rasa perangai aku agak kelelakian. hoho~ kawan2 aku kat rumah lebih banyak lelaki kut?? yup3! dan aku lebih selesa bergaul dengan laki sebab bagi aku.. perempuan agak hipokrit.. itu termasuk aku! aku  ni pun kalau bergaul agak kasar lah. macam cara aku tulis blog ni.. hehe~ tapi tak kurang juga laki pun sama hipokrit~ yea!! betul!! 101 markah untuk G3! tapi bagi aku, perempuan atau lelaki, batasan masih tetap tergaris!

agak agak kan.. kalaulah dosa itu satu kotoran.. satu kotoran yang kekal. ada tak orang nak buat dosa? ada tak orang nak buat maksiaT? mestilah tak ada kan?? yang perempuan nak sentiasa kelihatan cantik.. kalau kotor dah tak cun dah~ yang laki nak sentiasa kelihatan handsome.. kalau kotor.. dah tak menarik dah~ takpun, mesti manusia ni rajin buat solat taubat kan kan kan?? baca yaasiin setiap malam jumaat atau pagi jumaat.. atau yang tak pernah berpisah dengan wuduk! sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan pengasih!

tapi kita ni je yang tak peduli. seolah olah wujudnya kita sebagai tunggul! keadaan sekeliling tak payah peduli. yang penting aku tetap di sini! biarlah anjing kencing dekat aku ke..melabur dekat aku ke.. atau khinzir duduk atas aku, aku tetap ingin duduk di sini! ego kan menjadi seorang manusiA??

'arghh! kesah apa aku! orang lain buat boleh je! tak adapun yang jadi kudis ke.. yang buruk rupa ke.. yang mati katak ke'. manusia sering kali cuba menafikan kebenaran! walaupun sebenarnya, dia percaya akan kebenaran tersebut. cuma mungkin nafsu dan ego membayangi diri, maka diri akan hilang punca dan akhirnya tak tahu di mana mereka berada!

aku tak nafikan. aku adalah seorang manusia. dan menjadi manusia, aku akan punya keegoaan dan nafsu dalam diri. tapi tak lupa, sebagai manusia, keimanan masih tetap ada dalam hati! tak kira setinggi mana nafsu kita, api iman masih tetap ada! bezanya, berapa banyak kayu api keimanan yang kita ada untuk pastikan api keimanan terus menyala??

kembali pada kisah kebodohan aku tadi, aku agak menyesal lah! walaupun aku tahu jalan penyelesaian yang lebih baik, aku tetap gunakan masalah untuk menyelesaikan satu masalah. then, bila masalah akan diselesaikan?? malah masalah akan terus bertambah! aku boleh guna kain buruk tu sebagai alas tangan kan?? atau aku boleh cakap dengan dia, 'maaf, islam tak benarkan saya untuk menyentuh lelaki yang bukan muhrim.', tapi aku lalai! bodohkan aku? haha~

dah lah! malas dah nak taip panjang2. korang pun mesti mals dah nak baca kan? haha~ so.. tamat sampai di sini! sekian..

4 ulasan:

Unknown berkata...

herm , mula2 baca igtkan ttg main sabun , keke rupanya basuh dosa dengan sabun . Biasa la tu semua manusia buat dosa... yg penting kita bertaubat ...

G3-lina berkata...

main sabun?? agak pelik~ haha~ saje2 je nak semakkan blog ni.. asenye dah beberapa ari da ta update~ so.. update ngan cite ni jelah.. gipun dpat jadi pngajaran wat org yg membaca en~

akubiomed berkata...

Keliru juga basuh dosa dengan sabun nanti terkeluar fatwa baru pula :-)

Sekarang sudah ada sabun yang berasaskan tanah boleh digunakan untuk samak dan mandi

G3-lina berkata...

HAha~ bukanlah.. yg basuh dosa dengan sabun tu kebodohan sye~ yg samak tu eih? tau tau!! ada2!! tapi taktau nak cari kat ane~ adesh


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget