Isnin, 20 Disember 2010
9 jam di Hospital~
Assalammualaikum..
semalam... aku g hospital.. nenek aku ada date dengan doktr dia~ aku ni kan.. cucu yang baik. so aku temanlah dia pergi HKL. baik lah sangat?? hehe~ hari hari aku bergado dengan dia~ hek hek~
ya Allah~ penatnye aku balik dari hospital semalam... 9 jam!! 9 jam aku terpacak kat situ macam orang tak ada rumah!! wuarghhhh~ sakitnya hati!!! aku rasa macam nak tarik je nenek aku tu balik. pastu beli bom kat kedai runcit berdekatan then.. bom bangunan tu!! dengan kepala aku sakit, dengan bisingnya hospital tu.. rasa macam nak sound je sorang2~ "woi, jangan bising lah!" macam aku selalu buat kat kelas.. silap2 kena penyepak~hehe~
selama 9 jam yang menyeksakan tu, aku ada jumpa beberapa orang pelik kat HKL~ bukan orang yang kepalanya di bawah, kakinya di atas ataupun.. matanya di hidung.. hidungnya di mulut~ hehe~
kisah orang pelik 1
- aku masuk toilet. semua pintu tertutup.. maknanya ada orang lah. then aku tunggulah kat tempat cermin banyak-banyak tu. sekali ada sorang laki keluar dari tandas yang pertama. aku yang agak blur bertambah blur lah tengok laki sengih kat aku~
"dia.... tu.. eh ni tandas laki ke?" terus aku keluar~
tengok kat depan pintu ada gambar perempuan.. sah lah ni tandas perempuan. pastu aku tengok sekeliling cari laki tu. laki tu ada kat depan tandas laki. dia pandang aku.. sambil cakap..
"salah masuk~" aik??
kisah orang pelik 2
- aku tengah tunggu nombor giliran. orang depan aku baca surat khabar. kat depan surat khabar tu ada tertulis..
santau katak puru
sekali laki cina sebelah aku ni tegur lah aku..
"adik... puru tu apa??"
"puru tu nama katak."
"katak tu apa?"
"katak tu binatang yang warna hijau. dia melompat lompat."
"macam lizard ka?"
"eh bukan.. katak melompat kat tanah. bukan kat syiling~ lizard tak melompatlah uncle~"
"abes katak tu apa?" aku da stress gila.. dengan kepala sakit. sekali.. aku teringat frog~ hehe
"katak in english is frog~ katak puru is a spisies of frog~"
"ooo.. jadi katak puru tu.. frog lah??"
aku senyum sambil angguk.
5 minit kemudian....
"adik.. adik tengok kepala saya ni." aku pun tengok lah.. takde pape spesial pown~ aku pandang dia balik~
"bagitau saya.. berapa peratus rambut hitam, berapa peratus rambut putih.. campur dua-dua jadi seratus.."
aku peratilah rambut dia~ aku cakap..
"40% putih..selebihnya hitam.."
"hitam berapa peratus dik?"
"60%" seksanya aku cakap ngan dia~ T.T
"aiya... kira muda lagilah saya ni??" aku dalam hati cakap.. adei.. muda lagi ayah aku~ aku senyum je lah~
" cuba teka umur saya berapa?" memang stres nak mati lah aku duduk situ!
"45?"
"46 la.."
"ooooo..."
akhirnya.. aku terselamat dari bencana yang panjang setelah nombor giliran aku dipanggil~ memang stress nak mati!
kisah orang pelik 3
- lepas nombor giliran dipanggil. nenek aku di suruh wat ape ntah~ aku follow je~ then kami pergi bilik sebelah. dekat ruangan menunggu~
ada sorang nurse ni... dia panggil.. "karvanent! karvanent!" bising gila.. pastu dia cakap dengan diri dia macam ni...
"tadi dah ada dah. ni hilang pulak! bengong betul!" secara kasar tapi pelahan.. tapi aku boleh dengar sebab aku duduk sebelah dia.
lepas tu, ada sorang pakcik tua ni datang.. dia tanya kat nurse kerek tadi tu, saya nak jumpa doktor ni." sambil tunjuk buku temu janji dia,
"pergi cari kat sana!" kasar gila..
tak sampai beberapa minit, pakcik yang sama datang lagi.. dia tanya lagi kat nurse tadi.. bende yang sama..
"pakcik. pakcik pergi cari kat sana~"
aku dalam hati sakit gila.. pakcik tu dah la tua~ jalan pun geletar sana, geletar sini! dia boleh cakap macam tu.. aku sabar je.. pakcik tu datang berapa kali entah~ dia jawab yang sama je~ memang tangan aku dah nak naik bagi pelempang kat nurse bangang tu! sakit gila hati~ dahla maki2 orang, pastu tunjuk perangai kurang ajar dia depan orang~ pesakit2 kat situ, perati je dia~ tak malu betul~ aku ni rasa macam nak cucuk je punggung dia dengan jarum! adess!
sekali ada sorang pesakit ni hilang. dia kena cari.. padan muka dia! memang merah lah muka nurse tu! maybe sebab tahan marah~ dalam hati aku gelak2 memanjang~ dia menjerit jerit panggil pesakit tu~ tapi pesakit tu takda.. aku agak.. pesakit tu dah balik la~
banyak lagi orang pelik yang aku jumpa~ tapi.. aku malas nak cerita~
Labels:
MY DAYS,
SPECIAL POST
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
hahahha , kesaian kene layan org pelik3 ni :D
@jue :))tau tape sadis gyler~
Catat Ulasan