PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 5 November 2010

ANDA SEDANG MARAH??




"woi! aku tengah marah ni! tau tak ? aku tengah marah kau jangan buat aku panas! kang ada yang kena penyepak sulung aku!!"

haha~ kenapa harus marah? tak baik tau marah-marah ni. banyak risiko yang bakal anda tanggung kalau anda marah. nak tau tak, ustaz cakap, kalau kita marah, syaitan akan tepuk tangan. ustaz cakap lagi, kalau kita marah, ALLAH tak suka. nanti, tertutup 1 pintu syurga buat kita. pintu tersebut adalah pintu yang terbuka akibat kesabaran kita dan tertutup akibat kemarahan kita.. kan dah rugi satu pintu syurga... lagi satu, kalau tengah marahkan.. muka mesti macam tempoyak basi.. dah tak cantik / handsome.. makwe pakwe semua lari...

"mana boleh sabar! dah aku nak marah! nak buat macam mana! lu bikin gua panas saja!"

ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelak kemarahan ni. antaranya :

- baca a'uzubillahhiminassyaitonirrajim. maksudnya, jauhkan aku dari syaitan yang direjam. kenapa kita kena baca ayat ni? sebab, kemarahan itu berpunca dari syaitan. bila kita marah, kita akan rasa berapi je, terutamaya di hati. kan syaitan itu asalnya dari api..? jadi, jauhkanlah syaitan dari dirimu.

- banyak2 berzikir. bila kita berzikir, kita akan ingat ALLAH. sambil menyelam minum air. kita berzikir dapat pahala, sekali gus mengelakkan diri daripada penyakit darah tinggi!

- berwuduk! syaitan asalnya daripada api. memandangkan marah ini berpunca daripada syaitan yang asalnya daripada api, maka kita boleh lawan rasa ini dengan wuduk. apikan kena lawan dengan air? barulah sepadan...

- baca surah taha, surah al-baqarah ayat 205 atau 250. (tak berapa pasti.) dan surah alam nashrah. jangan pandang rendah pada ayat2 ALLAH! sedangkan syaitan lari terkucil-kucil bila mendengar nama ALLAH, apatah lagi ayat ALLAH.

- azan! syaitan kan takut dengan azan.. jadi, bila kita azan, syaitan akan lari jauh2. dan hampalah hatinya untuk menghasut manusia.

- makanlah makanan dari sumber yang halal dan elakkan makan daging merah! kajian mengatakan, orang yang banyak makan daging merah ni, mudah marah. banyakkan makan buah-buahan yang mempunyai vitamin C. selain mencantikkan kulit, vitamin ini juga dapat menenangkan fikiran.

-senyum selama 10 saat. kalau tengah2 marah tu, senyumlah selama 10 saat atau lebih. kerana senyum ini dapat menghakis perasaan marah dalam diri. biarlah orang kata kita ngoks daripada tertutup pintu syurga daripada sifat sabar kita kan? lagipun, senyum ni jugak adalah salah satu senaman muka yang dapat menaikkan aura positif tau!

- kalau anda sedang marah semasa berdiri, maka duduklah. kalau anda sedang marah semasa duduk, maka baringlah. kalau anda sedang marah sewaktu baring, maka tidurlah.. spa yang marah time tidur tu, aku taktau la nak cakap apa. mengamuklah korang dalam mimpi tu!

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget