PAKCIK MAKCIK COMEL

Sabtu, 6 November 2010

MAK....

Assalammualaikum..


Orang kata aku lahir dari perut mak....(bukan orang kata... memang betul) 
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak 
Bila lapar yang suapkan aku... mak 
Bila keseorangn, yang sentiasa disampingku... mak  
Kata mak, perkataan pertama aku sebut.... mak 
Bila bangun tidur, aku cari... mak 
Bila nangis, orang Pertama yang datang.... mak 
Bila nak bermanja, aku dekati... mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...mak 
Bila nakal yang memarahi aku... mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma... mak  
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... mak 
Bila takut, yang temankan aku... mak 
Bila seron0k, orang pertama yang nak aku beritahu... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk mak.... mak  
Aku selalu teringatkan... mak 
Bila takut, aku selalu panggil...”mmaaakkkk!” 
Bila sakit, orang yang paling risau adalah... mak 
Bila ada masalah, yang paling risau adalah... mak  
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak 
Yang selalu masak makanan kegemaran aku..... mak 
Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu nasihati aku... mak



mak adalah seglanya untuk kita selepas ALLAH dan AGAMA~ mak sentiasa berada di sisi kita selepas ALLAH.. wajarkah bila selepas kita berjaya... kita lupakan segala jasa mak? selain mak, yang sentiasa berdiri di samping kita adalah ayah.. yang sentiasa melindungi kita adalah ayah.. wajarkah kita menyakitinya setelah habis kudratnya menjadi pelindung kita selepas malaikat yang diutus ALLAH? wajarkah kita tempatkan mereka di rumah2 yayasan setelah reput tulang mereka menjaga kita? wajarkah kita serahkan tanggungjawab sebagai anak kepada penjaga2, atau orang gaji untuk merawat mereka?


bila kita di marah, kita akan cakap, mereka tidak sayang kita. bila kita ditegur, kita akan cakap mereka hanya nampak kesalahan kita.. tapi adakah kita sedar? marah mereka kerana mereka ingin kita sentiasa betul.. inginkan kita tidak melakukan kesalahan yang sama. tegur mereka kerana mereka tak ingin melihat kita sesat..


fikir-fikirkan lah.. semoga kita sedar akan kesilapan kita yang dulu.. so lepas ni, siapa2 yang ada pra sangka yang buruk terhadap ibu bapa kita.. cepat2 lah mohon ampun sebelum terlambat.. manalah tahu kita tak akan sempat lagi untuk memohon kemaafan itu..


sekian...





Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget