PAKCIK MAKCIK COMEL

Ahad, 1 April 2012

THINGS GET WORSE BETWEEN ME AND ABAH..

Assalammualaikum. arghh!! things get worse and worse!!

aku tak tak tau di mana silapnya.. atau.. apa salahnya.. but things get worse.. and worse..

aku cuba selesaikan masalah between me and abah melalui ibu but things get worse...

aku cuba ikut rentak abah, and again, things get worse..

sekarang... bila aku hanya diam memerhatikan, still things get worse..

hari ni.. aku tersilap langkah.. ibu cakap, abah menangis.. ibu cakap, abah sedih dengan sikap aku.. ye.. sikap aku makin melampau gamaknya.. derhakanya aku..

aku ego.. abah pun ego juga.. hari ni, ibu ceritakan lebih lagi~ ibu cakap.. abah mengadu.. aku mendiamkan diri daripada menegur dia.. tapi aku ingat.. abah yang mendiamkan diri sebab hari isnin minggu lepas, masa abah hantar aku dan adik2 pegi sekolah, abah bercakap dengan dorg je.. aku disisihkan.. jadi aku pun turut diam.. keesokkan hari, abah masih tak tegur aku.. dan aku masih diam.. sampai lah hari ni... abah masih tak tegur aku.. dan aku masih diam.. aku ingat, abah masih marahkan aku pasal aku tumpang kawan aku tu, jadi aku bagi dia masa untuk tenangkan diri.. rupanya aku silap.. dan things get worse..

yang menjadi kemuncaknya hari ni bila.. aku tertinggal lirik wanita - de hearty kat kedai..

mana mungkin lahirnya bayangan..
yang lurus elok jika datangnya..
dari kayu yang bengkok..
begitulah peribadi yang dibentuk...

abah jumpa lirik ni tadi.. bukan niat aku nak kecikkan hati abah.. atau perli abah.. lirik ni, kawan aku nyanyi kat sekola.. dan aku suka.. jadi aku tulislah atas kertas.. aku tak sangka.. hati abah terguris..

ibu sampaikan kat aku, abah cakap, 

"sampai hati dia buat macam ni. dari kecik aku jaga dia.. hantar dia pergi sekola.. dia buat macam ni.."

nampak sangat aku derhaka.. aku cuba terangkan kat ibu hal yang sebenar.. aku cakap, ayat tu sebenarnya lirik lagu.. bukannya aku nak perli dia.. tapi ibu suruh aku explain kat abah personally.. aku tak mampu.. menerangkan pada ibu pun aku dah menangis bagai nak rak.. ni kan pulak.. face to face dengan abah.. aku tengok muka abah pun.. aku rasa na nangis.. itu pun aku curi2 tengok.. sebab aku rindu..  jadi aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan abah..

sepanjang perjalanan balik tadi, aku tahan je na nangis.. tak tau kenapa lately ni aku kuat sangat nangis.. cengeng and i hate it~

aku nak minta maaf kat abah.. tapi aku tak tahu macam mana.. dan aku takut kalau aku tak mampu nak berhadapan dengan dia pun.. aku tak tau macam mana caranya.. it has been donkey years last time i asked for his forgiveness.. dah lama kiterang tak gaduh macam ni.. tak! bukan!! kiterang memang tak pernah gaduh macam ni pun! paling lama pun sebelum ni sehari je.. lepas tu elok balik.. tp ni?? seminggu da.. dan aku sangat buntu..

~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

2 ulasan:

blogtilldrop berkata...

harap semua ok

Tanpa Nama berkata...

Today is ethical weather, isn't it?


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget