PAKCIK MAKCIK COMEL

Sabtu, 11 Februari 2012

PUYUH GORENG BERSALUT OAT

Assalammualaikum. da waktu lunch dah ni.. lapor perut ni ha.. teringin lak nak makan burung puyuh.. so, aku search lha resepi2 burung puyuh yang ada.. dan resepi yang paling mudah omputih kata 'easiest way' utk masak burung puyuh (selain digoreng begitu sahaja) adalah..

BURUNG GORENG BERSALUT OAT

mcm mana nak buat entah bende ni?? meh aku share sikit resepi dia...


Bahan2:
- burung puyuh (ade jual yg dh siap disembelih)

- tepung goreng ayam Adabi
- sebiji telur atau lebih ( bergantung pd jumlah burung puyuh )
- oat segera
- bawang putih
- halia
- garam
- minyak masak



Cara2nya:
- basuh bersih burung puyuh. tumbukkan seulas bawang putih dan sepotong halia ( anggaran sebesar ibu jari ) serta sedikit garam. gaulkan pd burung puyuh yg telah dibasuh bersih. peram seketika.



- pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk, pukul hingga kembang. 



-tuangkan tepung segera adabi ke dalam bekas atau mangkuk lain, campurkan dengan oat segera (anggaran 5 sudu besar). Gaul sebati.



- panaskan minyak dalam kuali. keluarkan daging puyuh yg telah diperam tadi dan celupkan ke dalam mangkuk yg berisi telur yg telah dipukul tadi. kemudian golek2kan pula ke dalam tepung yg telah bercampur oat. golek2kan hingga semua daging puyuh diselaputi campuran tepung+oat.



- masukkan ke dalam kuali yg berisi minyak panas tadi. goreng hingga warna kekuning-kuningan.



tips: semasa menggoreng, gunakan api yg kecil dan tutup kuali dgn penutup supaya gorengan menjadi rata. jgn lupa balik-balikkan daging puyuh yg digoreng supaya tidak hangus.

selamat mencuba! dah siap bagi aku makan ye.. lapor ni~ :D nyum2


~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget