PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 29 Julai 2011

TENGOK!! AKU ADA JANGGUT~

Assalammualaikum. hangpa semua pe habaq?? sihat belaka nohhh?? hehe~ saja nak test cakap utara satt.. dah lama tak cakap loghat utara ni..

hari ni memang best gila la. bukan best apa.. best gelakkan si linda.. haha.. tadi dalam kelas tadi.. cikgu masuk lambat.. atas meja guru tu ada tape.. aku ambil la sikit.. lekat kat dagu. buat janggut.. haha.. sebelum tu kiterang semua cerita tentang, 'kriteria apa yang ko taknak pada suami kau?' wati cakap,

aku tanak laki gelap.. 

tapi bf dia tu pun agak gelap kot?? si linda pulak jawab..

aku taknak laki ada bulu dada.. 

aku pulak jawab la..

aku tak suka laki ada misai.. janggut takpe.. tapi tak boleh panjang2.. geli..

haha~ lepas tu aku ambil la tape dalam satu inci lekat kat dagu.. saja nak main2.. sekali budak si linda ni pun ambil juga tape sikit.. at the same time, aku nampak cikgu ada kat luar kelas.. tgh buat apa entah. jadi aku cabut la 'janggut' kat dagu aku tu.. yang si linda ni pulak.. dia lekatkan tape yang dia ambil tadi tu sempoi je kat dagu dia.. agaknye dia tak perasan kot cikgu ada kat luar..elok je cikgu masuk, linda pergi jerit...

"KAWAN2!! TENGOK, AKU ADA JANGGUT!!!"
sambil tunjuk tape kat dagu dia.. ***cikgu yang masuk tu ada janggut yang agak panjang.. dalam 1 inci lebih kot.. haha~ lepas tu.. cikgu tu terkejut la.. dia stop berjalan and dia cakap '"apa dia??" agaknya dia ingat kami perli dia kot??

straight linda yang tengah duduk atas meja guru terloncat sambil tutup mulut dia buat muka tk berdosa.. yang aku tergelak gelak.. kelakar dowh! gaya dia cakap tu.. tak bole blahhhh!! haha~ macam dia memperli cikgu tu je..

.~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

3 ulasan:

cucu umie berkata...

haahaha..ambik pengjrn..kalo nk bercakap kena lihat kanan kiri..huhuhu

sekamar rindu berkata...

salam...

hahhaa..nape x suka misai nya..?

ada misai mcm Datuk K tu kan hensem..
:)

G3-lina berkata...

EIII.. TAK TAU LA KAK.. GELI2


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget