Assalammualaikum.. aku nak share something sikit dengan korang.. benda ni aku ceduk dari SINI.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ”Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ”Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau Hukum HUdud @ Hukum Allah sendiri pun tolak, ada hati lagi mahu guna dalil AlQuran dan Hadith? Tak rasa malu ke pada Tuhan? Sedar-sedar lah wahai saudara-saudaraku semua
“Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Baqarah : Ayat 229)
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49
FirmanNya lagi yang bermaksud “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’aam : Ayat 115
“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
Rasulullah S.a.w bersabda: “Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang engkar (enggan).” (Hadith Riwayat Bukhari)
Dalam hadith yang lain Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
**Kita sebenarnya dah banyak lari dari apa yang dah ditetapkan oleh Allah. di mana hukuman untuk orang berzina? di mana pula hukuman untuk orang mencuri? patutlah sekarang ni banyak kes jenayah
1 ulasan:
PAS dan Pakatan Haram lah yg tolak Islam dan hukum2nya.. satu persatu gugur.. negara Islam xde lagi dh.. HUDUD dulu2 je bunyi..skrg dh xde lg.. ehh boleh ubah2 pulak ye hukum Allah ni pd PAS?
Xboleh baut semua jgn hina dan buang syariat Allah lain. Jgn jd org MUDA yg spt dlm HADITH tu.. agama cetek NAFSU dan KEBODOHAN je besar.. agama jd bahan mainan..
Belajarlah agama bukan belajar jd munafik.
Catat Ulasan