PAKCIK MAKCIK COMEL

Ahad, 1 Mei 2011

[CONTEST] SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Assalammualaikum! huhu~ hari ni nak masuk contest selamat hari guru, cikgu! dai blog bawah ni, klik gambar tau kalau nak join sekaki~



walaupun, hari guru lambat lagi.. aku nak buat dedikasi sikit untuk para guru yang dah ajar aku.. huhu~

guru..
aku tak tahu apa semangatmu,
sehingga kini,
kau masih setia menjadi guru..
setia memberi ilmu yang kau tahu.

guru,
seringkali ku dengar keluh kesahmu,
mendidik aku dan juga teman temanku,
rupanya tak senang menjadi guru,
namun sehingga kini, 
kau tetap dengan posisimu~

masih kuingat bekas di tangan,
waktu kau libas dengan rotan,
tatkala itu bertapa aku membenci,
tapi kini,aku sudah mengerti..

guru,
kini cuma satu yang ku mahu darimu,
redhai segala ilmu,
ampuni segala kenakalan ku
agar aku dapat menjadi manusia berjaya
dalam dunia yang pelbagai perisa~


cikgu, dulu masa saya umur enam tahun, cikgu yang ajar saya.. cikgu ingat tak? cikgu ajar saya dengan penuh tekun dan lembut. cikgu tak pernah marah walaupun masa tu, saya nakal sangat. saya tak  dengar arahan cikgu. tapi cikgu tetap sabar.. cikgu tetap ajar saya ABC, 123 dan operasi tambah tolak.. bila waktu makan, cikgu sediakan saya roti dan air milo. saya selalu merungut, asyik roti je.. tak ada makan lain ke.. tapi saya berani menrungut belakang je. satu hari tu, cikgu dengar apa saya cakap. then cikgu tukar menu.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak tau ABC.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah satu, saya bebal sangat. saya susah betul nak ingat apa yang cikgu ajar.. cikgu cakap ayam dalam bahasa inggeris chiken, saya cakap fish. bila cikgu suruh eja 'book' saya eja 'buk', tapi cikgu tetap duduk sebelah saya dan tetap ajar saya. tanpa jemu walaupun kadang kadang tu, saya yang rasa jemu.. dari kedudukan periksa saya belas-belas sampailah saya boleh dapat nombor satu. walaupun lelah dengan perangai saya yang nakal, cikgu tetap tersenyum.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak tahu bahasa inggeris..


cikgu, cikgu ingat tak, cikgu sebat saya dengan rotan masa saya darjah dua.. tapi perlahan je.. waktu tu, saya tak hafal sifir.. walau berkali cikgu suruh saya hafal sifir, saya tetap tak tengok buku. mungkin masa tu, cikgu geram sangat dengan sikap saya sampai cikgu rotan saya.. tahu tak.. betapa saya bencikan cikgu waktu tu. jadi saya berusaha untuk hafal sifir bersungguh sungguh. cikgu suruh hafal sampai sifir 5 je, tapi saya hafal sampai sifir 12. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, sampai sekarang saya tak hafal sifir.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah tiga, saya malas sangat nak buat kerja sekolah. setiap homework yang cikgu bagi, saya akan pulangkan seperti sedia kala.. kadang2 tu kertas tu akan jadi kapal terbang.. bila saya pulangkan semula, cikgu tengok muka saya sambil tunjuk arah pintu. waktu tu saya tau, cikgu suruh saya keluar. itu kali pertama cikgu ruh saya keluar setelah banyak kerja sekolah yang saya tak siapkan. bila habis waktu cikgu, cikgu bawa saya ke bilik guru. saya ingatkan cikgu nak sebat saya, tapi rupanya tak.. malah cikgu nasihatkan saya. lepas tu, semua homework cikgu saya siapkan. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, saya tak tahu apa erti tanggungjawab.


cikgu, cikgu ingat tak, betapa cikgu tension dengan saya bila saya banyak tanya dalam kelas. walaupun masa tu cikgu tengah ajar saya chapter 3 dalam kelas, saya tetap tanya pasal chapter 2.. masa tu, saya tak faham langsung apa cikgu ajar. jadi saya tanya la.. sampai satu hari tu, cikgu suruh saya tunggu bila habis kelas. cikgu ajar saya sains sampai lah saya faham. setiap chapter, cikgu bagi extra class kat saya.. terima kasih cikgu, tanpa cikgu saya tak tahu apa erti omnivor, karnivor dan herbivor.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya darjah lima, saya selalu ponteng kelas. saya akan pergi ke surau, kononyer nak bersihkan surau lah..  bukan apa.. tapi cikgu tu garang sangat. asal masuk kelas je, bawak rotan. sapa tak takut. tapi, cikgu bukan pernah rotan kami pun. tapi saya tetap takut. bila ada pelajaran cikgu je, saya ponteng. tapi satu hari tu, cikgu datang kelas saya, dan jumpa dengan saya. cikgu kauseling saya. cikgu cakap, 'kalau kam tak buat salah, saya tak pukul.'. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, saya tak akan jadi insan yang berdisiplin sekarang ni walaupun saya tak la disiplin sangat.


cikgu, cikgu tau tak.. saya paling suka darjah enam, sebab tahun ni, saya kenal erti hidup yang lebih mendalam. setiap kali waktu cikgu, mesti cikgu cerita tentang hidup. kadang kadang cikgu buat lawak. walaupun tahun ni kami akan menghadapi UPSR, cikgu tak pernah bagi kami tekanan. saya suka bila cikgu bercerita dan kami pula salin apa yang tertulis di papan hitam. cikgu banyak bagi kami nasihat tentang hidup. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, mesti saya tak dapat hidup dengan baik sekarang ni.


cikgu, cikgu ingat tak. masa kami tingkatan 1, ramai yang sisih kami walaupun kami ni kelas pertama.. sebab apa? sebab kenakalan budak kelas saya.. tapi cikgu tetap ajar kami. walaupun stress, cikgu tetap ajar kami. dah la kelas kami tingkat atas sekali. bila sampai je, cikgu tengok kelas kami dah kucar kacir. cikgu tetap sabar dan bagi kami masa untuk kemaskan diri walaupun waktu tu, masa cikgu terbuang. sebenarnya, kami saja je buat macam tu.. sebab.. kami malas nak belajar. tinggal 10 minit je masa cikgu, barulah kami siap sedia utk belajar. tapi hari tu, cikgu gunakan masa cikgu untuk bagi kami nasihat. cikgu cakap, 'hormatilah orang lain atau orang tak akan hormat kamu.' terima kasih cikgu, tanpa cikgu mesti sampai sekarang saya tak tahu hormat orang lain.


cikgu, cikgu ingat tak, masa saya tingkatan 2, tahun ni, paling cool sekali. walaupun cikgu adalah cikgu praktikal, cikgu sebenarnya beraksi lebih dari itu. cikgu menjadikan hari hari kami sangat best! bila kami rimas dengan perkara lain, cikgu hiburkan kami dengan pelbagai cara.. walaupun  waktu tu, cikgu sebenarnya mengajar kami bahasa inggeris, tapi dalam pada masa yang sama, cikgu dah curi perhatian kami dengan gelagat cikgu. cikgu tahu, saya sangat malas nak buat karangan sebab saya tak suka, tapi cikgu tetap berikan saya kerja sekolah berupa karangan. entah macam mana, semakin lama, semakin saya suka buat karang bahasa inggeris. terima kasih cikgu, tanpa cikgu sampai kini saya tak tahu format karangan bahasa inggeris.


cikgu, bila saya tingkatan tiga, cikgu sering gesa kami. cikgu push kami dengan pelbagai soalan sejarah. cikgu tahu saya tak suka sejarah. cikgu tahu saya tak suka ingat sesuatu. bila periksa je, cikgu bagi kamu satu arahan. 'pastikan kamu dapat 80% ke atas!' saya benci! saya terpaksa menghafal satu buku! sejarah saya tk pernah A. satu hari tu, cikgu nasihatkan saya. cikgu cakap, ' tanpa sejarah, kamu akan jadi seperti monyet!' masa tu saya marah betul! ada ke patut cikgu cakap saya macam monyet! haish!! malam tu, saya fikir semula apa cikgu cakap.. dan saya temui kebenarannya. betul cakap cikgu.. monyet tu.. tak bertamadun. tak pakai baju. telanjang bulat. kalau tak ada sejarah.. mesti saya pun ikut sama. terima kasih cikgu, tanpa cikgu.. mesti saya jadi monyet sekarang ni..


cikgu.. sekarang saya dah tingkatan empat.. banyak perkara baru saya belajar.. dan banyak yang saya tak boleh terima.. sebab.. saya perlukan masa. apa yang cikgu ajar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. saya tau cikgu geram dengan saya. tapi cikgu tetap doakan kami selepas kelas.. bila salam je dengan cikgu, cikgu cakap macam ni ' semoga kamu berjaya.' atau ' lina, belajar elok elok ye'. walaupun cikgu sibuk dengan aktiviti cikgu, cikgu tetap buat kelas tambahan untuk saya. macam pagi tadi.. cikgu ajar saya chapter 3. terima kasih cikgu, tanpa cikgu, mesti saya ketinggalan zaman sekarang ni. semua dah tau nak buat chapter 3, saya pulak langkah chapter tu..  


utk semua guru yang pernah ajar aku, dedikasi ni khas buatmu: 

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB BERI SAYA PELBAGAI ILMU UNTUK TERUSKAN HIDUP!




~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

2 ulasan:

padlie berkata...

menarik ni..

tanpa guru siapa la kita..

teratai berkata...

good luck!


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget