Assalammualaikum! hari ni, aku terfikir tentang 'hari Ibu'. biasa la.. bulan mei kan famous dengan sambutan ni.. jadi aku tertanya tanya, siapa yang mulakan sambutan ni????? so.. aku pergi lah rumah pakcik google.. sekali, pakcik google bagi aku kamus wiki~ dan apa yang aku jumpa?? apa yang tersirat di sebalik nama 'hari ibu'??
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Negara Greece, (Bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.)
jadi.. adakah.... hari ibu sebenarnya salah satu agenda yang sama seperti hari kekasih??
p/s : bagi aku, hari mengiktirafkan seorang wanita sbagai ibu tak wujud! sebab, bermula dia melahirkan seorang anak, dia memang dah jadi ibu dah sampai bila bila! jadi tak wajar jika satu tarikh dipilih utk mengiktiraf kaum ibu ni.
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan