PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 8 April 2011

LAUTAN INDIA PALING BANYAK MENYERAP GAS KARBON DIOKSIDA????

assalammualaikum! oit korang! nak tanya.. selain tumbuhan di hutan.. apa lagi yang menyerap gas karbon dioksida??? jawapannya ialah.... LAUT!

ASAL PULAK??

Sebab.. dalam laut pun ada tumbuhan! hehe.. jadi.. laut dan hutan merupakan agen yang penting utk mengawal suhu di dunia! so.. jangan lah cemari sungai dan laut! kita selalu diberitahu bahwa hutan adalah pengawal utama haba.. tu sebab kita terus menerus mencemar laut.. dan sumber air yang lain.. 

satu lagi.. lautan india menyerap gas CO2 ni lebih banyak berbandng lautan lain.. tak silap aku.. 3 kali ganda..kenapa?? Profesor Carlos Duarte menerangkan bahawa ini adalah disebabkan oleh pembiakan yang pesat oleh sejenis alga yang dinamakan diatoms. Diatoms merupakan jenis fitoplankton yang paling umum di dunia yang menyumbangkan 45% kepada jumlah pengeluaran utama di dalam laut. so sekarang ni.. banyak lah saintis sedang mengkaji laut.. bukan sebab tsunami atau apa.. tapi sebab.. laut memainkan peranan penting pada perubahan iklim!

cuba bayangkan.. sampah2 yang korang buang kat sungai2 tu.. laut2 tu.. bila dah terlalu banyak.. macam mana alga nak hidup?? bukan je pada sumber air.. cuba bayangkan.. kau buang plastik kat tengah2 jalan raya.. pastu hujan.. plastik tu masuk dalam longkang.. akhirnya pergi mana??? so lepas ni.. jangan ingat hanya hutan atau pokok je yang mengawal perubahan iklim.. jangan nak jaga hutan je sampai laut terjejas..


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget