PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 11 Mac 2011

MARI MENJADI SEORANG BLOGGER YANG KREATIF

Assalammualaikum.. sebenarnya kan... aku on9 dah lama dah.. tapi baru sekarang muncul topik kat kepala otak aku ni ha.. adesss.. aku sangat tidak faham macam mana BEN ASHAARI ni boleh dapat idea berjuta juta dalam sehari.. every second dia update blog dia **menipu! haha** itulah yang dikatakan sebagai kelebihan. pemikiran dia positif kemudian dia menjadi aktif dan akhirnya.. kreatif! wowww!! superb ritE??? selama aku follow ben ashaari ni, aku tak pernah lagi tengok dekat dashboard, nama ben ashaari tak ada dalam senarai 'blog updated'. **ulangan, TIDAK PERNAH!  malah kadang tu, berderet dia punya blog je yang tersenarai. positif, aktif dan kreatif kan? **baik korang anggok! kalau tak aku sepak bontot korang laju2. buasir nanti! haha

seorang doktor, memulakan paginya dengan melihat orang sakit jadi jiwanya juga turut sakit. seorang guru memulakan paginya menghadap murid2, jadi jiwanya hanya pada ilmu, buku dan pelajar. tapi seorang yang kreatif memulakan paginya dengan sesuatu yang baru. itu bermakna, jiwanya sentiasa update! patutlah ben ashaari sentiasa meng-update blog dia kan.. haha~ **korang faham kE???

seorang doktor, mahupun guru atau sesiapa sahaja tak mampu menjadi seorang yang kreatif. tapi, seorang yang kreatif mampu menjadi doktor, guru dan sesiapa sahaja. menakjubkan bukan?? yesss!! kalau dilihat dari sudut manapun, seorang yang kreatif, lebih tinggi nilainya dr orang2 yang 'kosong'. tak percaya?? jom kita buat penilaian.

seorang novalis.
rasa2 korang, dia boleh jadi doktor tak?? boleh! kalau dia tak boleh menjadi doktor dalam dunia realiti, dia mampu mencipta wataknya sebagai doktor dalam fantasi.  dalam novel dia ke. tapi, seorang doktor yang jiwanya kosong pula.. boleh ke dia menjadi novalis? pun boleh. namun, kalau jiwa dia kosong, novel dia pun kosong juga la. tak ada makna. sekalipun dia cuma berfantasi, sejauh mana fantasi tersebut dia boleh pandu?setakat, dia bermimpi menjadi seorang novalis, mempunya ramai peminat, kemudian berjaya. then dapat duit yang banyak.. lepas tu jutawan.. dan whatever lah. sangat  membosankan ritE???

jadi, jom ramai2 kita jadi kreatif. macam mana?? mula2 berfikiran positif.. biar ada isi di dalam.  itu tiang utama.. dindingnya pula adalah aktif.. so sentiasa lah korang aktif dalam apa sahaja. jauh perjalanan luas pengetahuan kan? jadi, jangan tumpukan diri cuma pada satu perkara. bila pelbagai perkara ada dalam minda secara automatik, minda akan proses perkara2 yang pelbagai tu menjadi satu. bila semuanya bergabung, ia akan membentuk sesuatu yang lain. bukan ke itu satu yang kreatiF?? **korang faham tak?? aku rasa... ayat aku ni macam belit2 je.. ok la, aku bagi satu contoh dalam istilah sains ye.. **mentang2 budak sains, mengada2 lak aku ni nak peningkan kepala orang..



Dari cell yang cuma kepingan kecil mampu membentuk tubuh badan yang sangat unik. cell adalah contoh untuk pemikiran yang positif. ada isi.. dan  wujud..  kemudian, tissue dan organ adalah sesuatu yang aktif. tissue dan organ ni terbentuk daripada pelbagai cell. kemudian menjadi system di mana, semuanya bergabung membentuk tubuh badan yang sangat unik.

sini jelah.. panjang sangat pulak aku rasa.. haha~ k.. selamat menjadi kreatif!!! maaf kalau satu hapak pown korang tak faham.. 


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget