kenapa aku terharu???
hurm.. tadi.. aku ada class ELS.. sebelum pergi class tu, aku dan cha pergi kedai jap.. cha nak pergi top up. then singgah lah kat kedai yang jual air.. kat depan kedai tu.. aku nampak satu banner.. 'OTAK OTAK ADA JUAL DI SINI' tetibe.. lidah aku ni rasa gatai sangat nak makan otak2 tu.. satu harga 60 sen.. aku mintak lah.. tapi makcik tu kata...
terliurnya aku tengok...
sabar je lah.. takpe2.. aku diam je.. lepas air tu siap, aku dan cha kembali lah kat bus stop sekolah. tunggu bus amik untuk pergi class ELS tu. dalam bas tu.. aku duk fikir pasal otak otak je.. nyam nyam nyam.. balik tu.. aku singgah lah rumah parents aku.. dalam pukul 6 lebih la.. aku cakap ngan ibu aku..
"ibu.. teringinnye nak makan otak otak.. dah lama tak makan otak otak.."
"hurm.. aah ye.. dah lama tak makan otak otak.. mintalah bigboss.."
malam tu.. masa waktu maghrib... lepas my dad solat.. aku minta kat dia.. aku cakap..
"abah.. akak nak makan otak otak.. teringin pulak nak makan benda tu..."
"ada satu tempat tu.. otak2 dia sedap! tapi abah taktau lah sekarang ni bukak ke tak..tapi rasanya dah takde dah kedai tu.."
sedih aku dengar abah cakap.. tetibe je jadi sensitip! aku tak tau kenapa.. aku nak sangat makan otak otak tu.. aku diam je sekejap.. pastu aku cakap.. "takpe la.."
masa aku nak balik rumah nenek, aku nampak dad aku pegang phone.. for sure, phone abah aku tu.. jarang digunakan.. ayah aku dan phone.. memang tak ngam! bila tengok dia lama2 pegang phone tu, aku pergi lah kat dia.. pelik nieyh!! ibu pulak senyum2 je pandang aku...
"mesej sapa??" aku tanya abah..
"yazid ni ha.."
"asal?"
"dia tau kat mana kedai yang jual otak2 yang sedap.."
masa tu.. aku rasa macam nak nangis je.. terharu gila.. tapi aku tahan je..tiba2 bunyi mesej masuk.. aku baca sekali ngan dad aku...
' kedai tu dah tutup.. dorang dah tak meniaga kat situ dah...' aku mengeluh je dalam hati.. sekali abah cakap..
"nanti hari ahad nanti ada pasar. nanti abah beli k.."
lagi la aku rasa terharu.. aku dah nak menangis dah.. aku rasa paip kat mata aku ni mcm dah nak pecah dah.. cepat2 aku salam my parents.. aku nak balik umah nenek aku.. dalam perjalanan tu.. sebak gila rasa hati ni..
**bagi korang.. benda ni kecil dan tak seberapa.. sebab.. korang tinggal dengan keluarga korang.. tapi bagi aku.. aku tak tinggal dengan family aku.. aku tinggal dengan nenek.. kena jaga nenek lah.. sebab dia dah tua.. huhu~ jadi.. perkara yang sekecil ni bagi korang... boleh jadi perkara yang sgt besar buat aku..
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~
2 ulasan:
alahaiii ciann dier...sabar yer dikkk...mesti dpt jugak merasa otak2 tuuu...
huhu! da merasa dah kak!!
Catat Ulasan