PAKCIK MAKCIK COMEL

Ahad, 13 Februari 2011

PROGRAM S.P.I.E.S HEBAT MELAMPAU!

Assalammualaikum! pe kabaR? fuhhhh!! penat aku! baru sampai nieyh!! aku ni dah r jenis tak reti naik bas.. kalau naik bas mesti rasa loya2.. dah mcm org mengandung lak! oppss!! i'm 16 yea n still virgin ye! vudus kau lina! perlu kah? shutttttttt~
apa yang aku dapat masa rombongan ke N9? ok.. rombongan kali ni lebih kepada motivasi.. korang tau tak program S.P.I.E.S?? tak tau? KLIK SINI! sebelum  tu, teruskan membaca dulu...

serba sedikit tentang SPIES :
- program FREE yang diadakan sekitar selangor (aku tak pasti kalau kat negeri lain pun ada gak)
- program tertumpu kepada golongan tertentu yang dibahagikan ; keluarga, remaja, pekerja dll..
- program motivasi yang BEST MELAMPAU! dorang tau nak ambil perhatian! syokk!!! ada games tertentu      utk golongan tertentu!
- diadakan di kawasan yang tenang! ; bukit, pantai dll.

so far, aku dah pergi 3 kali dah program ni. 2 kali bersama kawan (cha n ekin) dalam golongan remaja, sekali bersama family. ok.. sambung balik tujuan asal. apa yang aku dapat semasa program kali ni? BANYAK!! aku tak mampu nak cerita semuanya.. tapi sikit2 tu boleh lah.

mula2 sekali dia cerita pasal sebuah rumah. ini bukan rumah biasa. rumah ni melambangkan carta organisasi dalam keluarga. apa yang diperlukan untuk mecipta sebuah keluarga? banyak yang dia bagi. antaranya :

-kepercayaan (dinding)
-kekuatan (tiang)
-perlindungan (atap)
-sokongan (lantai)
-tingkap (keselesaan)

apa fungsinya?? kalau kita tak percaya dinding untuk mendirikan sebuah rumah.. jadi tak rumah tu? kalau kita tiada tiang sebagai tulang belakang untuk mendirikan sebuah rumah, jadi tak rumah itu? kalau kita tiada atap pada sebuah rumah.. lengkapkah sesebuah rumah itu? akhir sekali.. kalau sebuah rumah.. tak ada pasak atau sokongan dari lantai.. mampukah sebuah rumah didirikan? korang rasa dah lengkap ke rumah ni kalau ada dinding, tiang, atap dan lantai? lengkap dah?? TAK! sebab apa? tak ada tingkap! panas!! apa fungsi tingkap?  sebagai sesuatu yang memberikan keselesaan kepada penghuninya!

samalah seperti sebuah keluarga. kalau ta ada orang yang nak memainkan peranan sebagai tiang, dinding dll maka sebuah keluarga tak akan mampu untuk bahagia!

kedua, apa yang aku dapat dari program ni? berfikiran positif! kalau ada orang buat jahat kat korang.. apa korang akan cakap? mesti korang maki2 orang tu kan? tapi program ni suruh kita cakap,

' alhamdulillah'

aik?? apasal pulak??

suka hati dia lah nak cakap apa pown! ish!! hehe~ tak lah.. aku nak tanya korang.. antara wang dan udara.. which one most importanT? DUIT kan??

'eh? tak lah!! udara lah lebih penting! kalau tak ada udara macam mana nak hidup?'

then why korang tak berebut rebut, bergaduh gaduh nak sedut udara tu macam korang bermusuhan demi duit dan harta?

'sebab udara ada di mana mana.'

ok.. duit pun ada di mana mana juga.. sama je macam udara. kenapa masih bertengkar?

'udara tak perlu cari.. tuhan cipta memang untuk hidupan..'

then.. rezeki siapa yang beri? bukan Allah ke? kenapa masih berebut? nak tau sebab apa? sebab korang TIDAK PERCAYA dengan Allah sepenuhnya!

'mana ada! aku percaya Allah! aku solat 5 kali sehari semalam! tak pernah miss!'

jadi kenapa masih saling menjatuhkan demi harta?? kalau seseorang manusia itu percaya bahawa Allah itu maha kaya, dia tidak akan rasa diri dia miskin sebab rezeki Allah ada di mana mana.. macam udara. cuma bezanya, how to get them?

manusia ni Allah uji dengan bermacam macam ujian. miskin, kaya, sihat, sakit, gembira, berduka. semua yang kita lalui adalah ujian. jadi berhati hati dengan apa yang kita lakukan! sama macam dalam exam! teliti satu persatu soalannya!

ketiga.. power of bismillah! aku cuba cari video dia, tapi tak jumpa! vid tu best gila bila tengok!! aishh!!


sering terjadi peristiwa hitam dalam rumah kan? contoh kes dera, rogol, sumbang mahram dan macam2 la.. kenapa?? sebab kita bawa syaita masuk dalam rumah. tu sebab semasa kita masuk rumah, kena baca bismillah sebagai pagar yang menghalang syaitan2 ni dari ikut masuk.

korang tau tak.. dalam sesebuah keluarga.. akan ada syaitan yang mengganggu? syaitan paling utama ialah syaitan yang ada di atas pintu rumah korang. bila nak masuk rumah, biasanya kita bagi salam kan? tapi orang tak jawab. so.. syaitan ni akan ikut masuk.. dan memporak perandakan rumah tangga tu sehingga hancur.. jadilah segala macam peristiwa dalam rumah tu. thats y, Rasullullah tak akan masuk rumah bila isteri baginda tak menjawab salam darinya. bagi aku, baca bismillah is better kot. sebab salam ni kadang2 orang jawab pun tak betul..

kedua time makan tak baca bismillah. setan ikut makan sekali! aku yakin benda ni semua orang tau. tau tak setan makan guna tangan kiri? so jangan makan ikut tangan kiri nanti setan ikut makan juga. then, time makan tu, mak bapak tulun lah jangan marah2 anak2 korang. sebab apa? semakin marah korang, semakin bertambah makanan dalam pinggan setan laknatullah tu.! ish3! kita masak penat2 untuk family, setan yang makan!

disebabkan aku rasa, entry kali ni, superb panjang, jadi sampai sini lah yang aku kongsikan utk korang! sebenarnya, ada satu sesi perbincangan bout otak n minda. tapi, dah terlalu pnjang, so nanti lah aku cerita! memang sesuai utk semua golongan terutama pelajar!

 pape pown, FASI dia memang syokkk habis!!! next week ada lagi kot program ni. tak silap aku... kat Johor... hehe! dalam sesi pujuk memujuk dengan dad aku ni! tapi aku poninglah naik bas! ishh!!! tak tahan larhh! dah r bising! mencikkk!!

'gedik lah ko ni lina!!'

'suka hati aku lah! bluekkk!!'

P/S : syok panjat bukit tuh!! perghhhh! asal la aku tak daki tinggi2.. hehe~~ aku bangun lambat, so tak ada peluang nak main rakit n flying fox!!!!!! sebab tak ada penjaga. cehhh!!!! cemburut tengok pakcik pakcik tu main rakit!!



~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget