PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 11 Februari 2011

Hans Hanis Contest - Gunakan Imaginasi Anda




Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-

2) Adzlan (RM20) 
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

 nak join? klik SINI!
________________________________


dalam contest ni, ada 3 situasi.. aku pilih situasi 3.. sebagai mimpi ngeri UNTUK hans.. muuuaaahhahahahahahahahaaaaaa!! (gelak jahat)






Situasi 3 : Hans adalah seorang jejaka yang sangat anti dengan serangga - serangga seperti semut, nyamuk, lalat, labah - labah, lipas dan sebagainya. Pantang sahaja berjumpa pasti mati mereka dikerjakan oleh Hans. Pada suatu hari serangga - serangga ini telah membuat satu mesyuarat untuk menghalang tindakan Hans yang sangat keterlaluan terhadap mereka. Mesyuarat itu melibatkan........................




Mesyuarat itu melibat semua serangga dalam kawasan kejiranan Hans termasuklah serangga tertua dalam kawasan tersebut. serangga itu dikenali sebagai tok lipas cokelat. sesetengah puak serangga mengatakan tok lipas cokelat ini sudah berumur 2 tahun. tapi tak mati2 kerana tok lipas cokelat minum air power root milik tuan rumah tempat beliau tinggal. ramai serangga datang bertemu dengannya untuk mengadu masalah.
pada hari mesyuarat tersebut, tok lipas cokelat telah menjadi pengerusi. satu per satu sahabat serangga mengadu dalam keadaan yang agak riuh di dalam sebuah lubang kecil di rumah Hans. keadaan riuh tersebut disebabkan hans sedang menyanyi lagu 'oh lisa suri hatiku' di adaptasi dari lagu 'oh saleha' yang telah diubah suai oleh hans sendiri.


tok lipas cokelat : mat muk (nyamuk) sapa punya suara macam kumbang ni?? bising betul! kita nak brsidang pun tak selesa! ishhh!!
mat muk : err.. tu suara tuan rumah tok.. dia tu sebenarnya cintan mati sama itu lisa surihani tok..

abg kum (kumbang) yang agak terasa dengan kata2 tok lipas cokelat hanya menunduk sambil menahan kencing.. dia nak pergi tandas tapi takut tok lipas cokelat marah.. so tahan je lah..

tok lipas cokelat : apa mat muk?? lipas surihani?? suka suki dia je nak suka kat awek aku! cisss!!

mat muk : errr.. tok.. ni bukan cik lipas surihani (seekor lipas) kekasih tok tu..(tua dah tok ni.. sampai dah pekak dah... ish3) ni lisa surihani pelakon yang comel2 tu la.. yang berlakon dalam cerita adaMaya yang tok selalu tengok pukul 5.30 petang tv3 tu lah..

tok lipas cokelat : arhh!! aku tak kira! asal nama  surihani je, itu adalah awek aku!!



abg kum : err.. tok lipas cokelat.. bila mesyuarat nak bermula??

mata tok lipas cokelat beralih ke arah abg kum. abg kum bertambah nak terkencing bila melihat tok lipas cokelat menjegilkan matanya.

tok lipas cokelat : sudah! kita mulakan mesyuarat sekarang! kau ni mat muk! bersembang je keje kau! ish!! ok semua. sebenarnya apa masalah korang ni?
kak bah (labah2) : sebenarnya tok, kami tak tahan dengan perangai hans ni tok. dia ni kejam tok. dia bunuh sedara kami.. anak saya dah jadi yatim piatu tok disebabkan dia..

kak bah kesat air mata.. kesiannn

tok lipas cokelat : aikk?? anak kau yatim piatu?? abes asal kau tak mati lagi??

kak bah : sebab saya minum power root tok.. jadi time hans pukul saya tu, saya pengsan je tok.. tapi suami saya telah pergi tok. masa saya pengsan tu lah anak saya jadi yatim piatu tok..

tok lipas cokelat : suami kau pergi? innalillah... ish3.. kejam sungguh hans ni! aku rasa macam nak sekeh je lutut dia!

kak bah : aik tok? asal tok cakap 'innalillah'?

tok lipas cokelat : kan suami kau dah mati? aku cakap la macam tu..

kak bah : sapa cakap suami saya mati? saya cakap suami saya dah pergi.. dia meninggalkan saya dan pergi pada janda bah (labah2) jiran saya tu tok... tu depa dua tak datang tu tengah syok berasmara dana lah tu tok!! semuanya disebabkan hanS! kalau dia tak bersifat kejam, mesti kami masih bersama! dan mesti anak2 kami bertambah tok sekarang ni.. isk isk isk..

tok lipas cokelat hanya geleng2 kepala tak tahu nak cakap apa...



abg cak (cicak) : saya juga ada masalah dengan hans ni tok..

tok lipas cokelat : apa masalah kau cicak?

abg cak : hans ni suka simpan getah dalam rumah dia ni tok. menyusahkan saya tok. sebab saya ni fobia dengan getah tok.. habis anak isteri saya tak boleh keluar rumah nak cari nyamuk untuk di makan..

abg muk yang sedang bercumbuan menghisap darah adik sedara hans yang sedang tidur tersedak apabila terdengar kata2 yang dilontarkan oleh abg cak. dia mulai berasa takut. badannya berpeluh2.. tiba2 dia rasa sesak nafas dan akhirnya mati. sidang tersebut kecoh apabila melihat tubuh nyamuk jatuh melayang tiba2. setelah dibawa ke hospital serangga, nyamuk disahkan terkena serangan jantung. akibatnya, abg cak ditangkap kerana menyebabkan kematian abg mok. sidang diteruskan dengan aduan dari pak mut (semut).
pak mut : tok... generasi saya semakin berkurang tok..

tok lipas cokelat mengalih pandangan ke arah semut, lalu berkata dengan marah..

tok lipas cokelat : pak mut! aku tak mahu ambil tahu urusan ranjang engko! kalau kau ade masalah kesuburan, minum power root! itulah! asyik makan gula je! kan dah kurang subur! ni mesti kes kencing manis lah ni! kerajaan suruh kurangkan gula! kau degil!! ish!

pak mut yang terperanjat dengan jerkahan tok lipas cokelat menelan semua gula yang ada dalam mulutnya serentak.. setelah mendapat ketenangan dan sidikit oxigen, pak mut teruskan bicaranya.

pak mut : tok.. saya bukan tak subur tok.. tapi. generasi saya mati di pijak hans tok. kadang2 dia sembur gas beracun ke arah kami tok.. kesian Queen saya tok.. asyik mati je.. saya lagi kesian tok.. asyik tukar bini je.. (sambil senyum)

tok lipas cokelat : la... asal kau tak cakap awal2... asal kau tak bawa lari je bini kau dari rumah ni?

pak mut : sebab kalau saya bawa lari bini saya dari rumah ni.... saya tak boleh nak tukar bini dah tok...
tiba2 Queen (semut betina) muncul dalam sidang tersebut. Queen yang berasa marah apabila mendengar kata2 pak mut terus menerkam pakmut.

Queen : patutlah aku ajak kau pindah rumah, kau taknak!! rupanya ini sebabnya!!

tubuh Queen yang agak besar akhirnya menyebabkan pak mut mati dibelasah Queen. Queen telah ditangkap atas tuduhan membunuh suaminya sendiri. semasa dia hendak di bawa ke jail, Queen yang ramping tubuhnya mengerdipkan mata ke arah abg kum yang hanya memandang Queen dari tadi.

abg kum terperanjat lalu basah seluar akibat tak tahan nak terkencing. dari mula persidangan lagi dia tahan kencing. dan akhirnya.. selamat sudah semua siksaannya. abg kum juga di tahan atas tuduhan tidak menghormati majlis kerana kencing dalam dewan persidangan.

kini tinggallah tok lipas keseorangan. ahli majlis telah tiada. tok lipas yang kepenatan keluar dari dewan persidangannya untuk pulang ke rumah. sedang tok lipas cokelat berjalan sambil menyanyi lagu 'oh lipas surihani', dia dipijak oleh hans. belum sempat dia menghabiskan nyanyiannya, badannya telah hancur dan menyeluarkan cecair berwarna putih yang agak menggelikan.

hans menjerit sekuat hati..
hans : arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! makk!! tolong!!!!! lipasss penyek mati kena pijak!!!!!!!!!!!!
hans melompat2 kegelian menuju ke tandas lalu menyental kakinya dengan berus kasut dan sabun breeze sebab sabun mandi dah habis. dia tak sedar masa dia mandi tadi, dia telah menghabiskan sabun di bilik mandi kerana leka menyanyi lagu 'oh lisa suri hatiku.' kakinya digosok sehingga merah2 akibat berus kasut yang kasar.. hans terus menggosok walaupun sakit sambil menyanyi lagu 'aladin' dendangan kumpulan spider tetapi telah diubah suai oleh hans sendiri.




( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) kaki yang satu
( Gosok ) sampai kau yakin
( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat

( Gosok ) sampai tertanggal semua karat



-----> TAMAT <-----



~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READERs~

12 ulasan:

hans berkata...

hahahahahaa
dari awal sampai akhir aku ketawa
good job and nice entry I think
moga berjaya yer
(^_^)Y

P/S : Jangan lupa letak banner contest dekat sidebar kanan blog kamu dan sentiasa alert jika ada penaja baru untuk contest nih yer

thanks coz support my contest... (^_^)Y
good luck again

hans berkata...

terlupa nak bagitahu
tukar nama tajuk entry
nama den salah tu ekau taip
hahahahahahaha

G3-lina berkata...

salah eje ye hans?? sorry2.. aku tuka aku tuka.. adess... ampun pakk~

hans berkata...

hahahah
no hal lah
tq2
anda menceriakan pagi saya nampaknya
:-)

hans berkata...

hahahah
no hal lah
tq2
anda menceriakan pagi saya nampaknya
:-)

G3-lina berkata...

hehe~ rasa macam tak caye je aku mampu buat benda alah ni.. asal enta dalam exam.. aku rasa benda ni paling susah? haissshhh!! hehe! pape pown.. thx lah sebab sudi bce benda alah ni.. errr,, aku minx maaf iff aku agak kasar bahasa kot dgn kau?? ye r.. ko kan older than me.. tp aku ber aku kau je.. hehe~ agak tak biasa kot ber saya awq.. shutttttt~ pape pown.. thx lah sudi bce n sudi ketawa! haha~

Jue berkata...

suke bc ending dia
mmg mcm2 ade hahaha

NurAfirah FieSwief MdLatif berkata...

hehehehehehe.. klakar2....

gud story.... :)

G3-lina berkata...

jue : thanks sudi bce!! hehe~
afirah : thanks a lot!! hehe~ idea dtg tnpa diduga~

TimMie berkata...

bestnya cite ni. gelak je tak berenti. haha. all the best k ^^

G3-lina berkata...

thx timmie coz sudi bce..

Unknown berkata...

tahniah menang ! hehehee


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget