sejak aku baca soalan segmen syok sendiri tu lah! hehe.. ok lah ok lah.. aku masuk la kan..
aku sebenarnya telah ditemubual oleh seorang wartawan yang hot kat dunia blogging ni. nama beliau ialah Ben Ashaari. jom tengok soalan yang dilontarkan kepada aku!
Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Gadis Gula-gula
Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
sebab saya suka makan gula-gula.. heee~
Kenapa anda berblogging ?
mula-mula sebab rasa cemburu tengok orang semua ada blog, tapi saya tak ada. tapi bila dah lama lama rasa syok pulak sebab boleh luahkan apa saja kat blog ni. selain tu berblogging ni banyak membantu saya dalam penulisan. tu pasal sampai sekarang ni still berblogging.
Siapakah pemberi semangat anda ?
pertama of coz lah parents saya. kalau takde mereka.. macam mana nak berblogging? mereka yang bayar duit internet ni ha.. then pembaca blog ni. kemudian follower saya last but no least, pengkritik saya. kalau pengkritik ni tak ada tak tau lah apa dah jadi dengan blog ni. terima kasih semua!
Sudah berapa lamakah anda berblog ?
saya dah berblogging sejak dari tahun lepas iaitu pada 21 febuari 2010. tak sampai setahun lagi. blogger baru lagi ni.. sila beri tunjuk ajar!
Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
ben ashaari dan hanafauzan serta beberapa blogger lain yang tak diketahui namanya. hehe~
Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
tengok duit nuffnang ada 60 sen. tu masa mula2 daftar nuffnang. masa tu happy sampai rasa nak terjun tangga je. hehe~
Kenangan pahit anda dalam dunia blogging ?
ada blogger tuduh saya curi entry dia sedangkan tu memang entry saya!
Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
tak ada kot! hehe~
Selain berblog , apakah minat anda ?
blogwalking! best bila baca blog orang lain.. selain tuh suka juga berfacebook. haha~ ni kat alam maya. kalau kat alam realiti suka merayap kot! hehe
Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
saya buat apa yang saya nak. kalau saya rasa nak berblogging, saya blogging saja. kehidupan seharian saya tidak dipengaruhi jadual kecuali jadual sekolah. jadi saya bebas buat sebarang aktiviti selagi aktiviti tersebut tak melanggar batas.
Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
nak blog saya popular macam blog ben ashaari boleh tak? hehe~ sebenarnya.. cukup sekadar ada orang membaca tulisan saya. itu dah cukup buat saya.
Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
ramai blogger dari malaysia tapi tak ramai blogger yang menjadikan blognya bermanfaat. oleh itu wahai blogger sekalian, jadikanlah blog anda bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain!
Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
pastikan pendirian korang tetap. berblogging bukan semudah yang disangka. seorang blogger perlukan banyak kesabaran. pada pandangan kasar, blogging cuma menaip tapi kalau ditilik betul betul blogging adalah satu perkara yang sebenarnya sukar dari segi idea sehinggalah tulisannya. mencari follower sebenarnya tak penting tapi mencari pembaca adalah perkara paling penting untuk menjadi seorang blogger. kalau rasa rasa nak berblogging hanya sebab ikut trend semasa sebaiknya tak payah sebab tak lama la korang berblogging~
Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan ..
agak agak majalah remaja atau yezz! nak amik saya tak? haha~
5 ulasan:
piiwitttt blogger popular masuk malajah... hehe.. salam perkenalan
boleh je capai cita-cita ni kalau ade usaha kan ? insyaallah (cewahh*)
aima : biasa r en.. blogger pop niey! cewaahhh!! haha~ thanks sudi bace!
nadhirah : betul tu.. kalau usaha bole tercapai tapi buat masa sekarang ni, tak sedia nak jadi macam abg ben~ thanks sudi baca!
phew!masuk magazine tuuu.jeles ah kan dear?he3 ;p
haha! cik memang haru cemburut! hehe~
Catat Ulasan