oi lina!!! mak kau nak balik untuk 5 hari jelah! bukannya duduk kampung tu selama lamanya!
iyalah~ tapi 5 hari tu... macam 5 tahun tau!! rindu!! wuarghhh! siapa yang nak membebel dekat aku lagi?? nenek?? nenek tak best! suara nenek tak merdu! nak dengar ibu membebel juga!
gedik betul minah ni! haha~
____________
kat atas tu cuma nota hati yang kecil jep~ tapi dah buat aku menangis! wuarghhh!!!
stop it lina!!!
haha~ ok~ topik hari ni.... antara mak tiri dengan mak sendiri.. mana lebih baik?? kompom kompom mak sendiri kan?? (kompom ye bukan kondom! sepak kepala lutut korang kalau fikir camtu! otak kuning betul! ada ke otak pink?? haha~ )
ok2.. aku ada cerita sedikit untuk korang tentang mak tiri dan mak sendiri! hehe~
ceritanya bermula..
aku ada kawan.. yang ada mak tiri~ pada mulanya.. kawan aku ni tak suka mak tiri dia~ tapi semakin lama, dia makin sayang kat tiri dia sebab mak sendiri dia anggap kawan aku ni sebagai anak tiri~.(korang faham tak?? aku rasa.. aku tak faham apa yang aku taip~ macam bebelit je~) kawan aku ni selalu mengadu kat aku pasal mum dia. aku suka dengar masalah dia~ sebab bagi aku, setiap masalah menjadikan aku lebih kuat~ insyaallah~
kawan aku mengadu.. cakap.. mak dia halau dia dari rumah sebab kawan aku ni bela mak tiri dia~ (tak silap aku lah-cerita 2 tahun lepas (PMR))~ tapi dia tebalkan muka duduk kat rumah tu.. ikutkan hati nak je dia pergi duduk rumah mak tiri dia sebab mak tiri dia layan dia macam anak sendiri~ tapi dia taknak lukakan hati mak dia. sebab dia tahu mak dia ada masalah! jadi dia hanya boleh menangis dan mengadu kat aku~ tengah2 malam dia call aku~ kesian dia.. dia tak boleh nak study n keputusan PMR dia agak jatuh~ tapi still ok~
satu hari tu, adik kawan aku buat hal~ aku tak pasti apa yang dia buat~ mak dia marah kawan aku atas alasan.. dia tak reti jaga adik dia sedangkan adik dia dah ada cukup akal untuk berfikir~ sekali lagi mak dia halau dia.. dan dia masih tebalkan muka tinggal di situ~ kali ni, dia call aku sambil menangis~ kesian dia~ aku pernah ajak dia tinggal kat rumah aku sebab kat bilik atas ada bilik kosong. masa tu tak ada orang sewa lagi~ tapi dia tolak.. dia kata.. 'nanti mak aku risau.' sayangnya dia kat mak dia~
CERITA TAK ADA KAITAN DENGAN GAMBAR |
sekarang.. kawan aku tu calon SPM. beberapa hari yang lepas... dia call aku lagi. dia cakap.. mak dia halau dia sebab dia balik lambat dari sekolah. dia sebenarnya pergi library untuk ulang kaji.. maklumlah calon SPM~ katanya, di rumah dia tak boleh focus sebab mak dia tak memahami dia~ dia menangis nangis~ kesian dia. dia cakap. dia dah tak tahan! dia nak pergi! dia cakap dia ada maruah. bukan sekali dua mak dia halau dia.. tapi berkali kali. sekali lagi dia cakap kat aku.. mak tiri dia baik~
apa yang mampu aku cakap cuma.. 'bersabar.' sebab aku tak mampu nak bagi nasihat lebih2. itu mak dia. aku takut hati dia terluka kalau aku cakap lebih2.. aku suruh dia study betul2.. nanti lepas SPM, dia boleh masuk U, tinggal saja di asrama.. lepas tu cari rumah sewa. aku cakap lagi, mungkin ini ujian yang kecil untuk dia.. Allah nak dia kuat, tu pasal Allah sedang latih dia menjadi lebih tabah melalui ujian2 tu semua~ alhamdulillah.. masa akhir2 perbualan.. aku dah tak dengar esakkan dia dah~
banyak lagi yang dia cerita dekat aku~ tapi malas nak taip pepanjang! pernah juga dia cakap mengarut ngarut dekat aku.. dia cakap... 'lina, kalau aku mati... kau rasa mak aku happy tak? yelah.. aku ni macam bawa masalah je kat dia. baik aku mati je.. mesti dia happy..' serius aku cakap, masa aku dengar dia cakap macam tu, aku sedih sangat! ada juga mak macam tuh! kawan aku ni baik.. dia masih nak mak dia happy walaupun mak dia wat dia macam tu~
----------------TAMAT-------------
jadi kesimpulannya, tak semestinya mak tiri itu jahat~ aku rasa kisah mak tiri jahat bermula dari kisah cindarella~ kan kan kan? then.. terus terikut.. bila semua orang cakap mak tiri jahat, then mak tiri pun mainkanlah peranan dorang. yelah.. dah org cakap kita jahat kan? alang2 jadi jahat teruslah.. jadi baik bukan orang perasan pun! haha~ adess~ ]
to my beloved friend~~~~~ Sabar je dengan mum kau sebab dia tu mum kau~ setiap perkara ada hikmahnya~ jadi jadikan ujian tu sebagai kayu api untuk menyemarakkan api dalam diri kau! aku tak tahu sama ada kaubaca ke tidak kisah ni, tapi aku nak minta maaf kalau2 kau marah sebab aku siarkan benda ni! tapi sumpah! aku tak sebut pun nama kau.. lagipun, ramai je kawan aku ada mak tiri.. tapi kisah ni.. cuma pemiliknya saja yang tahu!
aku cuma selitkan perkara ni kat blog aku sebab.. aku nak jadikan cerita ni sebagai pengajaran atau kenangan antara kita!
p/s : pada mak bapak kat luar sana.. tolonglah faham anak2 korang kalau korang nak anak2 korang hormati koraang! jangan sampai satu hari nanti, bila anak2 korang dah jauh, baru nak menyesal.. baru nak rasa rindu~ masa tu da tak guna dah~ sebab bagi anak2 korang nanti, korang bukan yang terbaik untuk mereka~ anak2 itu cahaya rumah tangga~ terangi mereka dengan kasih sayang.. teguhkan mereka dengan cinta dan tolak ansur~
~PEACE NO WAR~
10 ulasan:
apesal mama dia camtu ye?sian kat your fren.pesan kat dia,be strong oke.jgn smp terjejas pelajaran tu ,and gudlak for spm :)
insyaallah~ kalau ada jumpa dia~ maybe mum dia banyak tekanan kot~
Sabarlah, selalu panjatkan doa kepada tuhan supaya si ibu tiri ini boleh menerima kehadiran anak tiri ini
akubiomed!! bukanlah! adess.. mak tiri dia boleh terima kehadiran dia lah~
Mungkim mak tiri dia menepati saranan Nabi Muhammad dalam mendidik anak .. anak yg berusia 15 tahun hingga 21 tahun harus dijadikan kawan .... tu yg dia lebih suka mak tiri dia tu ...
mungkin kot~ untunglah ada mak tiri catuh~
baca entry ni macam tengah tengok cerekarama je...ermm kenapa mak dia jadi camtu?? hidup kalau nak marah je amat merugikan sebab Allah kurniakan kita keindahan dan kegembiraan di dunia ni.. harap mak dia dapat berubah dan jadi lebih baik dari sekarang...
dan ur friend tu she's so innocent.. apa2 pun syurga di bawah tapak kaki ibu... bersabarlah sehingga ibunya dapat layan dia seperti 'anak sendiri'..
hmm, dah nasib badan kot, kadang ginilah kehidupan. kene bersabar. syukur xde mak tiri. mak kandung baik dan best
btw, sabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga
25th Jan 2011. saya ada sharekan cara utk 'like'di blog saya: Cara Like Gambar Facebook
Berikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011
yup~ bersyukur saja atas apa yang ada~
yup~ bersyukur saja atas apa yang ada~
Catat Ulasan