sakit perut aku gelak! alamak!
lupa bagi salam lah!
assalammualaikum pakcik.. makcik.. nenek.. atuk...
nak tau kenapa aku gelak gelak macam saudara tenggiling ni? haha!
adoyai.. ceritanya bergini...
aku nak pergi mohon asrama.. pergilah sekolah amik surat pindah sekolah dengan ekin.. one of my bestfriends~ then dia kata.. dia ada surat mohon asrama lebih.. dia mohon kat N9. aik? dah ada peluang.. rembat je lah kan kan kan??? baik korang angguk kalau tak.. aku cucuk bontot korang dgn jarum paling besar! haha~
potpet potpet potpet.. selesailah kerja ulang alik dari rumah ekin ke sekolah~
dah slesai.. aku balik lah... pastu, dad aku tanya.. hoW??? aku pun jawablah...
"ekin ada surat lebih. dia bagi akak satu. asrama kat N9. ekin said, 2 jan ni, u follow her mother to N9."
mak aku yang terdengar ayat last tu, terus lari kat kiterang.. dengan tak tau asal usul cerita.....
"apa???? follow mak dia? nak buat apa? abg jangan ngada ngada nak follow perempuan lain!!"
aku yang tercengang cengang ni buat donno lah.. sebab mum aku ckap ngan dad aku. org kata.. tak baik menyampuk! haha~ sekali ayah aku soal kat aku.. tapi ayah aku tak jawab lagi pertanyaan mak aku tu.
"mak ekin tu solo kan???" sambil sengih sengih kat aku. pastu pandang ibu. ibu dah buat muka cemberut orang kena sembelit dah! haha~
"aah! solo.. kenapa?"
"takdalah.. saja tanya.. mana tau boleh tambah satu syarikat~"
aikkk???? pelik je ayat.. aku rasa aku faham dah.. ayah aku saja je nak gurau2 ngan mum aku tuh..
"abang jangan buat hal..." dengan rentak mengugut~
"la.. abang buat apa???"
"jangan nak menggatai!!!!"
"bila abang menggatai????" saja je dad aku ni nak bagi ibu berasap! haha~
aku yang dah tak tahan tengok muka ibu cemberut tu, tetiba tergelak gelak dah! pastu dad aku lak sambung gelak! sambil gelak tu, aku cakap la...
"ekin suruh abah follow mak dia pergi asrama kat negeri 9.. haha~"
"tak payah!! hang tak payah masuk asrama dah!" ibu marah oooo
"Aik?? pesal lak???"
"abes tu duk suruh abah hang ni pi dengan perempuan lain watpE???"
"haha! ibu, abah naik kereta abah lah.. depa naik kereta depa.. ibu ikut sekali lah. takkan nak tinggal sensorang kat rumah?"
"aah ye.." sambil garu garu kepala~
terus aku n abah gelak gelak.. apalah ibu ni.. kuat cemburu sangat! haha~ masam je muka ibu tadi. adesss~ sampai aku nak balik rumah pun ibu masam lagi.. tapi dah kurang dah! haha~ selalu abah ni kenakan ibu macam tu! tapi best ooo tgk muka ibu camtu~
tapke takpe ibu. len kali kita pakat kenakan abah pulak ye! haha~ dont worry~ anak ibu ni pakar dalam sakat menyakat.. tak caya tanya orang yang baca ni! mesti dia jawab..
"betul betul betul!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan