PAKCIK MAKCIK COMEL

Ahad, 5 Disember 2010

BILA KEMARAHAN YANG DIPENDAM DIMUNTAHKAN..

siapa sangka, bila kemarahan yang dipendam sudah memuncak.. semua kesabaran dah tiada tempat untuk berlabuh lagi! itu yang aku lalui hari ni! sapa sangka, sakit yang aku simpan, kini aku muntahkan bagai orang hilang akal. memang tadi.. aku benar2 hilang akal bila aku dengan tekadnya pergi memuntahkan lava yang dah terlalu panas kepada my aunt~  lebih teruk lagi, depan suami dia~

agak sedih.. sebab.. aku dah kurang ajar dengan dia.. agak sedih sebab.. nama ibu bapa aku dah tercemar dek kebodohan aku.. tapi aku cuma manusia biasa yang cuma ada ruang yang sedikit sahaja untuk menyimpan dendam~ aku cuma ada ruang yang sikit untuk menyorokkan kebencian dan kemarahan! siapa sangka, hari ni, aku dapat luahkan apa yang terpendam!!

aku tak tahu kenapa manusia terlalu tamakkan harta~ aku tak tau kenapa orang2 yang agak dekat dengan aku sangat gilakan dunia~ atau cuma aku yang berprasangka? aku benar2 tak tahu.. yang aku tahu, aku dijadikan mangsa yang sering ditekan dan tertekan dengan semua bicara emas belian pusaka meraka~

aku yakin.. nenek marah dengan tindakkan aku.. sebab.. nenek tak tegur aku pun sekarang ni~ aku yakin, my aunt sakit hati gila dengan aku.. sebab tadi aku dengar dia cakap dengan nenek " minggu depan, aku datang, tapi tak pasti lah singgah sini ke tidak!" itu sudah cukup memberitahu aku, bahawa dia sakit hati!

tapi sakit hati aku dan keluarga sapa yang kira? nenek? huh! hampeh! yea betul.. aku ni mengikut perangai my dad! keras hati n baran~ tu sebab aku agak berani tadi membuat peperangan~ tapi siapa yang tak sakit hati bila berada di tempat aku??

tempat sebagai seorang anak yang terpaksa mendengar cerita sedih orang tuanya mengenai keluarga mereka? tempat sebagai seorang anak yang terpaksa melihat air mata gugur dari mata orang tuanya? tempat sebagai seorang anak yang terpaksa menahan sakit mengetahui siksa orang tuanya?? oleh sebab itu, aku cuba jadi yang terbaik.. supaya suatu hari nanti, air mata mereka tak akan gugur dek kesedihan lagi.

tapi, aku tahu, aku tak mampu jadi yang terbaik.. sebab aku bukan yang terbaik.. jadi aku cuba menjadi seorang anak yang menurut perintah orang tuanya tanpa sedikit pun membantah! aku cuba menjadi seorang anak yang hanya akan menunaikan apa saja impian orang tuanya tanpa sedikit pun cacat cela~ walaupun sebenarnya, aku harus menyimpan seribu keinginan sebagai seorang remaja~ namun bagi aku, tiada apa yang dapat membahagiakan aku selain membahagiakan orang2 yang aku sayangi~ tiada apa yang dapat melebihi keinginan aku selain menerbitkan senyum tawa dari wajah mereka~

sebab tu, aku bukan seperti mereka~ aku bukan seperti teman-temanku~



Churp churp bagy
aku 2 kerja...
just click untuk usha promotion.
yang bawah tu agak menarik!
: )


2 ulasan:

akubiomed berkata...

Tentu lega dapat luahkan kemarahan tersebut.

G3-lina berkata...

sangat lega awq~ huhu~ malah sangat puas!


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget