PAKCIK MAKCIK COMEL

Sabtu, 13 November 2010

s****

aku bukan orang yang sabar.. serius aku cakap, aku bukan orang yang penyabar.. aku rasa, semua yang kenal aku tahu fakta ni! jadi JANGAN MENGADA-NGADA NAK UJI TAHAP KESABARAN AKU!! silap-silap ada yang kena pelempang. tak pasal2 dapat cop mohor maharani dari aku. yang selalu uji tahap kesabaran aku : PC aku la! nak tampar, sayang.. beribu duit melayang sat g..

aku bukan orang yang baik. aku pernah buat macam2 perkara yang memang tak baik. aku rasa, kowunk sume taknak tau apa yang aku pernah buat. mungkin pada luaran aku kelihatan sangattttt bermoral. tapi bila tiba masanya, aku la antara orang tak bermoral! jadi JANGAN NILAI BUKU DARI KULITNYA! atau aku patut cakap, JANGAN NILAI AKU DARI BAJUKU! lagipun aku tak suka dinilai..!

aku bukanlah seorang yang setia. aku tak mampu nak bersama dengan seseorang atau sesuatu untuk jangka masa yang sama. sebab aku selalu rasa bosan.. aku ni jenis cepat bosan. jadi JANGAN PERNAH BERMIMPI UNTUK KEKAL DI SAMPINGKU.. kecuali barang2 berharga yang dibeli guna duit sendiri! sebab tu orang cakap, kalau kita usaha, kita akan hargainya.

aku bukanlah seorang yang kuat imannya. aku selalu tergoda dengan keenakkan hidangan DUNIA.. aku sering lupa pada yang ESA. aku juga selalu lupa bahawa aku diperhatikan teman di kiri kananku yang setia mencatit amalan dan dosaku. jadi JANGAN PERNAH BERFIKIR AKU SEORANG MUSLIMAH SEJATI! walau pada hakikatnya, aku ingin menjadi seperti meraka!!

aku selalu kelihatan ceria. aku sering kelihatan ketawa. aku juga selalu meriuhkan suasana. kerana aku ingin melupakan segala yang menjerut pemikiranku yang sesak dengan cerita kedai kopi, cerita kedai nescafe, cerita kedai mamak, dan cerita kedai kari!!! aku ingin kelihatan gembira agar tiada siapa yang mampu membaca duka lara di jiwa. jadi JANGAN SANGKA KETAWAKU ADALAH BAHAGIA. SENYUMKU KERANA GEMBIRA..

aku bukan seorang pemain cinta walau pada hakikatnya aku sering melukakan.. aku tidak meminta supaya mereka ada di sisi untuk setia menanti. tapi aku juga mudah terasa kiranya janji mereka tidak ditunaikan seperti yang sepatutnya. jadi, JANGAN PERNAHH BERJANJI DENGAN AKU KERANA AKU TAK SUKA BERJANJI! sebenarnya aku tak suka PEMUNGKIR JANJI!

aku selalu bermimpi.. aku sering berangan di siang hari.. orang kata, angan2ku seperti kisah mat jenin. tapi orang cina berjaya kerana kisah mat jenin! orang cina kuasai dunia perniagaan atas kebijaksanaan mat jenin! kerana formula perniagaannya yang tersebar meluas! tapi sayang, orang melayu tak menghargai harta karun ini sehingga orang cina mengambil alihnya.. sebab tu orang cina berjaya agaknya!

aku tak tahu apa yang aku merepek sekarang ni.. aku terasa sangat bosan pada malam yang sepi ini.. aku terasa sunyi pada malam yang diam. aku berbicara pada bintang yang terang. aku berbisik pada bulan yang terseyum senang.... aku sampaikan salam melalui bayu untuk seseorang.. aku risik khabarnya dari unggas dari seberang.... namun yang aku terima hanya kosong kosong dan kosong..


~ G3 suda merepek! jadi jgan hiraukan~

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget