PAKCIK MAKCIK COMEL

Selasa, 2 November 2010

TAK HABIS-HABIS KES SAMAN.


berikut adalah petikan yang diambil dari utusan malaysia online mengenai kes saman anak arwah datuk sosilawati terhadap pembunuh kejam ; N. Pathmanabhan.

"Enam anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya hari ini menyaman N. Pathmanabhan dan lima lagi bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta kerana didakwa membunuh dan melupuskan mayat ibu mereka itu pada akhir Ogos lalu."

dilahirkan aku seorang yang suka berfikir, sekali lagi otak aku berputar mencari motif kes saman ni. apa motif mereka? menuntut keadilan? setahu aku keadilan sudah diberikan kepada arwah. walaupun dilihat tidak setimpal. lihat perkataan yang diboldkan dalam cerbisan petikan yang diambil dari utusan malaysia online di atas. 

mereka nak tuntut ganti rugi? adakah mereka fikir, kematian arwah adalah satu perniagaan yang mempunyai untung rugi? aku tahu, pembunuh kejam tersebut harus menerima balasannya, dan hukuman gantung sampai mati memang tidak mencukupi. tapi untuk apa saman tersebut dikenakan? bukankah nanti si lakhnat itu akan mati? mati sebagai seorang pembunuh. dan kehilangan wang sebanyak 60 juta itu, tak akan memberi makna pada mereka yang hanya duduk dalam penjara. dimana makan minumnya diberi secara percuma. bil air dan api yang diguna tak perlu dibayar? memanglah makan tak sedap, tapi mereka tetap kenyang kan?

entah kenapa, aku rasa, ada motif lain dalam kes saman ni. aku tak mahu cakap panjang, nanti nama aku pula yang terpapar dalam laman web utusan malaysia sebagai blogger 15 tahun disaman. nak bayar guna apa? daun dalam hutan nenek aku dan ibu aku boleh? tapi, aku juga ada hak bersuara bukan? aku ada hak memberi pendapat?

"Islam mengiktiraf hak untuk bebas bersuara di kalangan rakyat dan juga mengiktirafkan hak mereka untuk menegur, memberi nasihat, pandangan serta pendapat hasil dari pemikiran mereka kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah. Apabila kita sebut pula tentang sistem demokrasi, di antara ciri-ciri penting yang menjadi asasnya adalah pengiktirafan terhadap perkara-perkara yang telah disebutkan di atas. Ini adalah kerana demokrasi yang dijalankan di negara kita menjunjung prinsip asas kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan negara kita." - di copy dari sebuah blog tanpa izin. maafkan saya


jadi tak salahkan aku bersuara mengeluarkan pendapat hasil dari pemikiran aku? tahu apa yang aku dapat dari hasil pemikiran aku? saman tersebut bukan seratus peratus mengenai kematian arwah. mungkin ada sebab lain. lagipun, tentu arwah tak suka hal ini dibangkitkan seperti ini. siapa yang nak kematiannya diaibkan walaupun sebenarnya mendapat simpati dari semua pihak? siapa yang nak kes kematiannya berpanjangan walaupun hukuman telah dikeluarkan? tenangkah roh beliau? sepatutnya mereka boleh fikir tentang hal ini sebelum bertindak. wallahhualam. sama-sama kita hadiahkan al-fatihah kepada beliau. semoga rohnya tenang dan dirahmati ALLAH.

assalamualaikum.

sekian, terima kasih.



Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget