PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 29 Oktober 2010

SIAPA YANG BODOH?

assalammualaikum..
malam tadi, sebelum tidur, aku memikirkan sesuatu. apa yang aku fikirkan ialah tentang rokok. atau lebih tepat lagi, iklan 'katakan TAK NAK pada rokok' yang terpampang di media massa, kotak-kotak rokok, atau tepi-tepi jalan. aku tanya pada diri, sama ada kerajaan atau pengguna yang tak tahu menilai?

sudah lama aku fikirkan perkara ni. apa gunanya iklan tu semua? apa gunanya, kerajaan bazirkan duit buat iklan macam tu? kenapa kerajaan tak hentikan saja pengeluaran rokok dalam malaysia? adakah iklan tu hanya sekadar mempamerkan rasa prihatin yang penuh kepura-puraan terhadap rakyat? 

aku berfikir, berfikir dan terus berfikir sehingga aku menjumpai satu fakta.. fakta yang aku sendiri tak pasti kesahihannya. "kalau pengeluaran rokok dihentikan, maka akan jatuhlah ekonomi malaysia."

betulkah?adakah rokok merupakan antara sumbangan terbesar kepada ekonomi malaysiA? sebab itu, kerajaan hanya 'cakap tak serupa bikin?' (tiru sikit ayat salah seorang ahli politik)
melarang rakyat hisab rokok, dalam pada masa yang sama, mengeluarkan rokok tanpa henti??? siapa yang salah. kerajaan atau pengguna? jangan terkejut kalau aku cakap, my little brother pernah bagi komen "bodoh" kepada iklan katakan TAKNAK pada rokok. mula-mula terperanjat juga, tapi bila dikaji, iklan itu memang bodoh! tak malu ke budak berumur 8 tahun boleh cakap macam tu pada iklan yang dicipta oleh orang yang berkali ganda umurnya?

waalaikumussalam
sekian, tengkayu


Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget