PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 14 Oktober 2010

HAIWAN TERBIAR?





"haiwan terbiar? kucing kurap? anjing kurap? euwww!!"

inilah pndangan n komen2 masyarakat sekarang ni tentang haiwan terbiar.. kasihan kan? bukannyer haiwan2 ni nak jadi mcm ni.. haiwan2 ni hidup dalam komuniti kita jadi apa salahnyer tinggalkan sedikit belas kasihan pada mereka? apa salahnye berikan kasih sayang pada mereka? mereka juga makhluk ALLAH yang inginkan belaian.. dan jangan terkejut bila kerana belas kasihan yang sedikit itu membentangkan jalan kepada seorang manusia menuju ke syurga.. jgan terkejut bila kezaliman yang d tunjukkan pada makhluk ALLAH yang lain mengheret kamu ke neraka..

kebaikan, kasih sayang n belas kasihan bukan sahaja ditujukan pada kucing.. anjing.. malah pada setiap yang ada di muka bumi ini.. apa salahnya sediakan ruang di hati untuk mencintai mereka.. Allah bagy kite rezeki yang banyak.. jadi kongsi2 lah.. kalau taknak kongsi dengan manusia, kongsi dengan haiwan2 ni.. belikan makanan n wat lah kenduri sket tuk mereka2 ni.. ingat.. rezeki yang di hamparkan pada jalan Allah itu adalah 1 jihad.. tak perlu pergy berperang pown.. kita dah dapat pahala jihad..

TERKEJUT! terkejut bila melihat sebahagian haiwan yang malang diseksa hidup2.. dibunuh.. aku tak tahulah kenapa keras sgt hati mereka2 yang seksa hamba2 Allah yang lemah ni.. adakah mereka tidak punya belas kasihan?? apakah mereka tiada kewarasan akal?? BAYANGKANLAH DIRI KAMU DI TEMPAT MEREKA?? sesungguhnya.. doa hamba Allah yg teraniaya itu lebih mujarab! jadi.. BERHATI-HATILAH KAMU!

dalam bnyak hal.. MALAYSIA cuba untuk mencontohi negara barat.. negara2 yang maju.. pemimpin cuma memandang pada PERKARA BESAR yang dilakukan oleh mereka.. setiap satunya di contohi dengan teliti.. tanpa ada sedikitpun yang tertinggal.. TAPI!! pemimpin kita terlupa akan perkara2 kecil yang negara2 barat ni buat..  contohnya membina 1 pusat PEMELIHARAAN HAIWAN! BUKANNYA PUSAT PENYEKSAAN HAIWAN SEPERTI yang ada di malaysia.. sebenarnya.. bukan aku sorang je yang nak cadangkan hal ni.. tapi ramai.. rakyat malaysia terlalu kreatif sampai ada yang mencadangkan pulau untuk haiwan2 ini.. tapi kenapa pemimpin2 dan orang yang bertanggungjwab tidak pandang semua itu?? sebabnya.. MEREKA SIBUK MEMAJUKAN MALAYSIA.. SEBAB NAK CAPAI WAWASAN 2020..
tapi sebenarnya.. negara barat itu maju kerana doa2 hamba Allah yang tak pernah berdosa ini... hamba2 Allah seperti kucing dan anjing serta haiwan2 lain yang terbiar ini..

Bukannya aku menghalang kemajuan malaysia.. tapi.. cubalah fikir.. bagaimana hendak mencapai kemajuan ini sekiranya ada yang menyumpah? dan yang menyumpah itu adalah HAMBA YANG TERANIAYA.. hamba Allah yang TIDAK PERNAH MEMBUAT DOSA!!  bukannya susah hendak mencintai mereka.. untuk menghargai mereka.. mereka tak mengharapkan apa2 selain kasih sayang dan belas kasihan dan sedikit perhatian...

lagy 1.. rakyat malaysia ni sibuk berdoa, bekerja siang malam.. sebab nak capai kekayaan.. tapi.. tak kaya2 jugak.. sebab apa?? sebab rezeki yang Allah bagy itu.. kita terlalu kedekut untuk berkongsi rezeki itu dengan yang lain..

sebagai langkah pertama berbuat baik terhadap haiwan, bagy lah ikan2 aku kat sebelah sane tuh makan.. kite tengok.. readers ada belas kasihan ke tidak! klik je~
<-- belah sini!

BERBUAT BAIKLAH KAMU SESAMA MAHKLUK, NESCAYA ALLAH AKAN BERBUAT BAIK TERHADAP KAMU!

2 ulasan:

Raimi berkata...

awk leh jd penceramah la...

G3-lina berkata...

HEHE.. sye ni rety ckp belakang tabir je.. depan2 ta berani..


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget