PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 4 Mac 2010

PUISI BUAT NISA..


sahabat...
mengapa tidak kau mengerti.. rasa sakit ini...
mengapa tidak kau fahami.. rasa kecewa ini..
mengapa tidak kau terasa..rindu yg kutanggung ini..
rindu terhadap tawamu..
rindu pada gurauanmu..
rindu akan rajukmu...

mungkin aku seorang yg tamak..
kerana ada iri di sini,
ada iri di dasar hati..

sahabat...
tidak kupinta dirimu sentiasa di sisi..
tidak juga kupinta perhatianmu setiap hari..
hanya sekelumit rindu..
sekelumit tawa menghiasi hari2ku..

aku harus pergi...
mengejar impianku..
aku perlu maju...
melangkah memburu...
dan kerana itu,
aku akan kehilanganmu...

sahabat..
aku tahu aku harus belajar melupakanmu..
aku tahu aku harus rela melepaskanmu..
aku tahu aku harus bebaskan egoku...
namun.. mampukah aku???

sahabat....
telah 2 tahun kita laLui bersama...
jangka waktu yg sebenarnya tak lama...
jangka waktu yg tak meninggalkan rasa..
namun aku tetap terkilan...
kerana kehadiran sahabat barumu itu,
aku kini dibebani rindu...

sahabat..
pernah aku ditegur adab persahabatan..
pernah juga aku diberi amaran...
namun kerana degil, aku tetap keterlaluan..
menyayangimu seperti kau sebahagian dari hidupku...

sahabat...
kini aku terdesak memberi lambaian...
aku terdesak melangkah ke hadapan..
aku harus pergi,
aku perlu pergi...
SELAMAT TINGGAL SAHABAT YG AKU RINDUI..

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget