PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 9 Mac 2012

SAYA CABAR ANDA !



Assalammualaikum.  korang pernah x cakap face to face dengan parents korang..
'SAYA SAYANG IBU!' 'SAYA SAYANG ABAH!' "I LUV YOU!' "U R EVERYTHING TO ME!" and so on.. mcm yg pernah korang cakap dekat couple korang??

kalau pernah, korang mmg hebat la sebab manusia sememangnye ego utk mengakui perasaan pada seorg yg bergelar ibu dan abah!

jom cabar diri untuk luahkan kata2 ni kat dua orang kekasih hati korang?? sebab korang takkan tahu bila kali terakhir korang dapat melihat senyum mereka.. mendengar tawa mereka.. dan menghayati kasih sayang mereka..

korang tau tak.. jauh dalam lubuk hati seorang yang bergelar ibu dan abah, sebenarnya mereka sangat mengharap utk mendengar kata kata ni dari anak2nya. tu sebab waktu kecik2 dulu, kita sering ditanya..

"adik sayang siapa, ibu ke abah?"

"kaklong sayang ibu tak?''

"adik ngah sayang abah tak?''

"siapa baik, ibu ke abah??"


cuba lah.. sekali je korang cakap "SAYA SAYANG IBU DAN ABAH" face to face dengan mereka.. korang akan dapati dorang cakap..


"BUANG TABIAT KE APE BUDAK NI??"


tapi sebenarnya.. dalam hati mereka.. punyalah sayu tak terkira.. dan kalau korang nampak mereka berlalu dari tempat duduk.. sebenarnya mereka sedang menyembunyikan air mata kesyukuran mereka..


saya cabar anda!!
dan kalau anda berjaya, tahniah kerana telah mengembirakan hati ibu bapa anda~


p/s : oh ye.. cube lha sebar2 kan artikel ni ye.. semoga lebih ramai ibubapa yang berasa gembira dengan pengakuan anak2~ dan jangan lupa lawat SINI untuk selamatkan poket anda!!

~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

2 ulasan:

ZORA berkata...

nak kene cuba ni....huhuh..

kurtjagung berkata...

xpnh buat tp akn buat bila dh brkahwin n ade isteri yg menemani=)


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget