PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 8 September 2011

AWAS, GENG BANG FOR SEX!!!

Assalammualaikum.


Pernahkah anda mengisi minyak di stesen minyak dan meninggalkan kereta anda bersama dengan isteri dan anak kecil dengan kunci kereta tidak dicabut?. Jika anda pernah..Atau mungkin ini salah satu tabiat anda, anda perlu membaca berita untuk kali ini.

Bagaimana kes ini berlaku?

Apabila mangsa hendak membayar duit untuk mengisi minyak, mangsa akan meninggalkan kereta mereka dengan kunci tidak ditanggalkan bersama dengan isteri dan anak kecil di dalam kereta. Apabila mangsa tiba dikaunter untuk membayar duit, penjenayah tersebut akan masuk ke dalam kereta dan terus membawa kereta keluar daripada stesen minyak bersama dengan anak dan isteri mangsa.Penjenayah akan membawa kereta tersebut ke tempat yang sunyi dan merogol isteri mangsa. Kemudian, isteri dan anak mangsa kemungkinan besar akan dibunuh atau jika penjenayah tersebut mempunyai hati perut sekalipun, mungkin mereka akan ditinggalkan di suatu tempat yang lain dan membawa lari kereta yang dicuri.

Berapakah anggaran jumlah penjenayah?

Dalam melakukan jenayah seperti ini, tiada anggaran yang tepat. Ia boleh dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Walaubagaimanapun, penjenayah lebih gemar melakukan secara berkumpulan kerana apabila melakukan secara berkumpulan, segala kerja yang dilakukan akan menjadi lebih senang walaupun untung terpaksa dikongsi.

Bagaimanakah untuk mengelakan daripada kes ini daripada terus berlaku?

1. Elakkan daripada meninggalkan kunci di dalam kereta.
2. Elakkan meninggalkan anak dan isteri di dalam kereta.
3. Sentiasa berwaspada ketika meninggalkan kereta.
4. Jika mempunyai kemampuan, pasang alat keselamatan yang lebih canggih.

Atau jika anda mempunyai cadangan yang lain, sila komen dibawah.

segala komen anda mungkin dapat menyelamatkan beratus nyawa dan maruah.

sekian
sumber (www.tentangkita.org)

 ~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

1 ulasan:

DANCEY berkata...

mintak anak belajar karate ke taekwondo.lagi bagos patah tulang penjenayah tu nanti.


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget