PAKCIK MAKCIK COMEL

Jumaat, 12 Ogos 2011

RAMADHAN ADA 3 FASA


Assalammualaikum. tadi, masa tazkirah lepas baca yaa siin tadi.. ustaz aku ada cerita sikit pasal ramadhan dan ciri ciri ahli syurga n neraka yang kita boleh nampak di dunia ni.. 1st, aku nak cerita tentang.. ramadhan ni dulu.. bulan ramadhan ni ada 3 fasa. setiap fasa ada 10 hari (fasa akhir kadang2 tak cukup atau terlebih).. fasa pertama adalah fasa di mana Allah memberikan rahmat kepada hamba2 Nya di dunia.

fasa kedua (hari ke 11-20) pula merupakan fasa pengampunan. (kita sedang berada d fasa yang kedua). jadi, banyak2 lah memohon ampun kepada Nya. moga kita termasuk dalam kalangan orang yang diberi pengampunan. amin. tapi, pada fasa kedua, hanya 1/2 sahaja bilangan hamba daripada fasa pertama yang akan diberi pengampunan.

contohnya, sekiranya pada fasa yang pertama tadi 12 orang mendapat rahmat, maka pada fasa yang kedua ini hanya 6 org sahaja yang mendapat keampunan. 

akhir sekali pada fasa yang ketiga merupakan hari kesepuluh yang terakhir (21-30). pada fasa ni, Allah akan membebaskan hambaNya yang berada di neraka seramai 1/2 org daripada fasa kedua. maknanya, kalau fasa pertama tadi 12 org, fasa kedua 6 org maka fasa ketiga cuma 3 org sahaja.

jadi, perbanyakkan la amalan pada bulan ramadhan ni agar kita dapat meraikan fasa pertama dan fasa kedua.... insyaallah..

ok.. perkara kedua yang disebut dalam tazkirah pagi tadi ialah antara ciri  ahli syurga  dan ahli neraka. ciri ni sangat kecil dan rasanya tak ramai yang perasan. salah satu ciri ahli syurga ialah dia sentiasa senyum manakala ahli neraka pula cirinya adalah.. dia suka memberi alasan. simple je kan ciri2 ni? tak ramai yang perasan pun.. siapa sangka hanya dengan senyuman kita tersenarai sebagai ahli syurga dan hanya dengan alasan.. kita mungkin adalah ahli neraka?? bak kata pepatah.. diam diam ubi berisi...


 ~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

1 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

Ramadhan bulan berkat InsyaAllah~


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget