PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 18 Ogos 2011

KISAH SEORANG LELAKI PENDOSA

Assalammualaikum. Aku nak share satu cerita dengan korang. pendek je cerita dia. tapi dalam maknanya..
renungkan la bersama oke!


Seorang ulama sufi bernama Ibrahim Adham telah didatangi seorang lelaki yang terlalu lama melakukan berbagai-bagai maksiat yang berat. Lelaki itu mengadu kepada Ibrahim Adham, “Aku seorang pendosa yang sukar dan tak mungkin dapat keluar dari lembah maksiat. Ajarlah aku sesuatu yang boleh menyelamatkan dan memberhentikan aku dari lembah maksiat.”

Ibrahim Adham menjawab: “Kalau kamu boleh berpegang dengan lima perkara ini, nescaya kamu dijauhkan dari dosa dan maksiat":

Jika akan melakukan maksiat, cari jalan Allah tidak melihatmu.
Jika akan membuat dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah.
Jika masih berbuat dosa, jangan tinggal di bumi Allah lagi.
Jika malaikat maut datang mencabut nyawa sebelum taubat,
Tolaklah dia dan jangan biarkan nyawa kamu dicabut.
Jika tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu ketika melakukan dosa dan kemudian malaikat Malik akan memasukkan kamu ke neraka, mintalah hidup lagi untuk bertaubat menampal dosa.

Orang itu berubah wajah menjadi pucat, terlalu takut dan menginsafi dosa-dosanya. Sejak hari itu, orang-orang yang mengenalinya, mendapati lelaki itu menjadi ahli ibadah yang terhindar dari perbuatan-perbuatan dosa.


sumber : SYOK

~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~

1 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

Bulan taubat untuk semua... ^^


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget