PAKCIK MAKCIK COMEL

Sabtu, 2 Julai 2011

APA MASALAH KAU? YES!! KAU YANG TENGAH MEMBACA TU LA!!

'masalah masalah!!! tak habis habis dengan masalah!'

macam tu lah ek korang bila ada masalah? aku pun sama la weh! tapikan.. bila difikir fikirkan balik. siapa yang tak ada masalah kan?? setiap hidupan ada masalah! ketam dengan masalah tak boleh jalan lurus, burung dengan masalah tak boleh berenang.. ikan pula masalah tak boleh nak pergi shopping dekat mid valley atau piramid.. atau subang prade.. manusia?? manusia boleh berenang.. boleh berjalan.. boleh terbang.. ada akal.. boleh pergi shopping.. macam macam la..

alah.. nama pun manusia. kalau taknak masalah, jadi la batu.. tapi batu pun ada masalah jugak.. ialah.. asyik disepak sepak orang je.. jadi, benda apa yang tak ada masalah?? masa kau kecik, baby dulu tu pun berjuta masalah. kau berak pun masalah tau! jangan kata baby, sebelum kau lahir pun kau dah buat masalah da.. nak melahirkan kau, mak bapak kau tu kena kawin dulu.. ur dad kena masuk minang.. lepas tu keluar duit buat wedding.. then mak kau kena hadapi morning sickness.. tu suma sebab seorang manusia yang membawa masalah..  kena bagi mak kau makan ubat.. duit tu bukannya banyak.. tapi janji Allah.. rezeki ada di mana mana.. yang bezanya.. halal atau haram?? masalah lagi nak membezakan 2 hal ni.. dah la yang haram tu sedap sedap belaka.. eh?? macam mana aku tau sedap??

segala yang datang dari syaitan itu indah di luar dan busuk di dalam.. manusia kan suka menilai dari luaR??.

masalah ni.. satu perkataan je.. tapi impak dia gila besar nak mati! masalah ni, cuma satu perkataan je.. mana ada kaki.. tapi boleh kejar orang lain walaupun orang tu pecut sejuta kali lebih laju dari roket yang syeikh muszaphar tu naik. berkuasa betul masalah ni.. masalah ni, cuma satu perkataan je.. bukannya senjata.. tapi boleh bunuh orang.. atau dengan istilah yang lebih best lagi, bunuh diri.. **eh.. tak terfikir ke..kau mati bunuh diri tu pun masalah jugak tau??

so, hadapi je la apa yang mendatang tu.. sebab.. masalah menjadikan kita lebih dewasa dan kuat.. dan Allah takkan menguji hambanya dengan apa yang dia tidak mampu. so that mean.. korang mampu la tanggung masalah tu.. cuma yang menjadi kepalanya adalah.. iman.. kuat iman.. kuatla semangat nak hadapi masalah tu. manusia takkan terlepas dengan masalah.. dan ujian.. semua orang ada masalah.. so tak payah nak kecoh kecoh masalah kau tu besar  sangat.. kerana.. sebaik baik tempat mengadu adalah kepada Allah SWT..

~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

3 ulasan:

zalikha nashuha berkata...

saya pon bermasalah juga -.-

G3-lina berkata...

sama la kite.. hehe

PiDoT_OtAi berkata...

kuatnya dia membebel haha.. betoi tu gadis gula2.. hidup ni kalau takdak masalah, haa masalah laa tu.. haha


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget