PAKCIK MAKCIK COMEL

Selasa, 29 Mac 2011

APRILFOOL HARI MEMPERSENDAKAN ISLAM???

copied from syok!



Aman: Man, emak kau panggil pulang. Saya nampak ada motor baru depan rumah kau lah. Sapa punya lah agaknya ya.

Man: Eh ye ker, bapak aku ada janji dulu lah kalau saya pass exam dia akan beli aku motor. Tapi exam jauh lagi kan. Takpe saya pulang sekarang.

Aman: (dalam hati) hehehe, Hari ni kan 1st April kau tak terfikirker)

Petang itu...

Man: Hei aman kau kurang ajor benor yer! Bukan motor kat depan rumah aku tu. Tapi beskal tua chetti tu. Kau memang nak kene ni. Tub! (penumbuk sampai kat muka Aman)

Aman: Hei hei hei apa ni main touch ni. Awak ni bangal ker aper. Mana ble marah hari ni kan APRIL FOOL.

Man: Oh yer ker. Sori arr. Nah kau tumbuk aku balik.

Mereka berdua pun ketawa hahahaha...

Cerita di atas bukanlah point yang ingin saya kongsikan. Saya cuma ingin mengambarkan kembali begitulah fenomena April Fool tiap kali 1st of April setiap tahun. Ada lagi trick yang lebih dahsyat.

April Fool adalah hari di mana orang akan cuba mengenakan orang lain. Kadang kadang yang dikenakan supporting kadang-kadang jadi perbalahan. Ini tidak lain dan tidak bukan bermula di barat lah sejak berabad dulu. Ia bukanlah perayaan rasmi.

Sejarah April Fool tidak dapat dipastikan bila sebenarnya dan apa mulanya kerana terlalu banyak versi. Anda boleh google sendiri di internet atau wikipedia. Bagaimanapun apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda kerana info yang saya baru dapati seperti berikut. (korang yang rajin baca majalah tentu tau dari mana info ni)

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir.

Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.

Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.

Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.



p/s dulu aku selalu gak main benda ni.. tapi tak tau pulak ini sejarahnya~ hurm..


~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

3 ulasan:

hana berkata...

erm..
betol tu..
tp pe yg sye dgr citenye laen sikit...
=)

kindergartenlibrary berkata...

Ramai orang menanti saat ni kan ~
pengaruh ~

Admin berkata...

Assalamualaikum...

Seperti juga aktiviti meniup lilin yang dipasang pada kek sambutan ulang tarikh kelahiran yang kini seperti menjadi amalan umat Islam terutamanya di Malaysia.

Setahu saya, asalnya perbuatan meniup lilin ia melambangkan padamnya cahaya @ api lilin itu seperti padamnya "nur Islam" di bumi ini...

Tapi dalam hal sebegini, ada orang Islam memandang remeh dengan perkara tersirat ini. Sedangkan ianya mempunyai maksud mendalam yang dicipta oleh puak kafir yang memusuhi Islam...

Malah ada juga pemimpin tinggi di Malaysia yang menyalakan pelita dalam upacara agama Hindu, selain daripada patung besar @ penuhnya berada di dalam kawasan kuil hindu di Batu Caves... (Patung itu kini mungkin telah ditanggalkan....)


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget