PAKCIK MAKCIK COMEL

Khamis, 17 Februari 2011

[RESIPI] LASAGNA - ITALY

Assalammualaikum! korang bosan tak setiap pagi sebelum kerja makan roti bakar jE? tak pun makan roti kosong gardenia? bosan kan? hurm.. apakata sekali sekala kita tukar makanan lak? cuba try makan.. lasagna nak?? 


lasagna tu menatang pE???


lasagna tu adalah makanan italy makcik.. 


kat sini aku ada bagi resipinya.. try lah tengok.. jadi ke tak!


selamat mencuba!!


BAHAN-BAHAN:


mula2.. pergi market dan beli..... 
  • 1 kg daging kisar

  • 50 gm lobak (dadu)

  • 50 gm seleri (dadu)

  • 50 gm bawang besar (dadu)

  • 20 gm bawang putih (titik)

  • 2 biji kuning telur

  • 100 gm mentega

  • 20 gm keju parmesan

  • 100 gm keju mozzarella

  • 1 liter susu segar

  • 500 gm kulit lasagna

  • 100 gm pes tomato

  • 20 gm tepung gandum

  • 10 gm thyme

  • 10 gm daun rosemary

  • 20 gm parseli

  • Garam dan lada putih secukup rasa

  • Sedikit minyak

CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat sos daging, panaskan minyak, masukkan bahan yang didadu bersama bawang putih, daging kisar, pes tomato, thyme dan rosemary. Tumis hingga daging masak.

2. Untuk membuat sos mornay, cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan susu segar, kacau pekat dan sebati.

3. Tutupkan api, masukkan kuning telur dan keju parmesan. Kacau rata.

4. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Letakkan kulit lasagne (telah direbus) berselang-seli dengan sos daging, sos mornay dan keju mozarella.

5. Habiskan lapisan teratas dengan kulit lasagne dan keju mozarella.

6. Bakar di dalam ketuhar 180 darjah celcius selama 20 minit..



HASIL :



sedap kan??
nyam nyam nyam!!
~LEAVE ME A COMMENT SO THAT I KNOW WHO R MY READER~

3 ulasan:

cik.shabah berkata...

nyummmmm ;)

Helmet Putih berkata...

sedap2 cuma aku ni jenis suka keju tapi x suka bawang .. makanan Itali ni banyak guna bawang, tu yg tak berkenan sangat tu.

G3-lina berkata...

son : keju eih? sat g aku tanya mum aq makanan pe yg sedap ngan keju k!

cik : da try kE?? hehe~


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget