PAKCIK MAKCIK COMEL

Rabu, 12 Januari 2011

hukum ayat 'simpang malaikat 44'??

assalammualaikum!
urm~ hari ni, nenek aku masuk hospital~ sebab kaki bengkak.. mungkin nak kena potong! itulah! bila orang tegur suruh kurangkan gula dalam minuman, tambahkan gula dalam senyuman taknak! marah2 orang! siap merajuk taknak bercakap lagi dengan dad aku sebab tegur dia. yang  kesiannya, ibu akulah! menangis dia! dah la nenek tu nun jauh di pulau pinang~ dah tak dapat nak pergi melawat sana! adess~~

bahan hari ni sebenarnya bukan pasal nenek or ibu aku. tu cuma sebagai catatan kecil sahaja~ bahan sebenar adalah........ "simpang malaikat 44!" korang tau ke maksud dia? kalau taktau kenapa main sebut je?? ada ke hadis yang menyebutkan tentang perkataan ni?? aku tertanya tanya... apa hukumnya? 'simpang malaikat 44' tu sebenarnya apa? Rasulullah pernah ke sebut tentang hal ni dulu? kenapa kita pandai pandai guna perkataan tu?

bagi akulah kan.. perkataan ni agak pelik.. bila terjadi sesuatu perkara atau musibah terhadap orang lain, mesti kita akan cakap 'simpang malaikat 44' dan aku yakin, korang pun pernah sebutkan? aku pun pernah juga~ tah macam mana, aku boleh terfikir benda ni masa aku tengah belajar dalam kelas tadi! aish lina!! kau ni memang tak focus dalam kelas betul lah!~

"memang pun~"

bagi aku, perkataan ni seolah olah kita meminta dijauhkan bala dari kita~ tapi kenapa guna 'malaikat'? bukan sepatutnya kita berdoa kepada Allah ke? macam mensyirikkan Allah je bila kita meminta belas kasihan dari makhluk lain selain Allah! dan kenapa 44?? kenapa bukan 100 ke.. 55 ke.. ada berapa simpang sebenarnya malaikat ni??? oh banyaknya pertanyaan dalam kepala otak aku ni! adess!!

aku ingat nanti aku nak tanya ustaz love lah pasal benda ni! insyaallah dia boleh huraikan untuk aku n aku akan update kat sini bila huraian dah selesai~

 updated :-
penyelesaiannya : tu cuma ungkapan org melayu je.. so.. baiktakyah sebut.. takde makna pown

1 ulasan:

KingKamil berkata...

Dah ade jawapan ke blom?


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget