PAKCIK MAKCIK COMEL

Selasa, 23 November 2010

BAHANA TINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh
– Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan bapa saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.


berapa banyak kali aku tinggalkan solat?? aku sendiri tak tau.. tak terkira.. malah harini, solat subuh dan asar aku ditinggalkan... aku tak tau kenapa sejak akhir2 ni, aku rasa SANGAT BERAT TULANG! Ya ALLAH, ampunkanlah dosa hambamu yang penuh dengan nafsu ini....

banyak kali aku baca article kat atas tu, dan sebanyak itu hati aku sebak sebab aku tak mampu menjaga 5 waktuku... aku tak mampu menjaga imanku.. walau berkali kali aku baca article tu.. aku cuba jadi hamba yang soleh.. aku cuba jadi penganut islam yang sukses, tapi aku tak mampu mengawal nafsu!! maafkan aku..

kalaulah aku mampu kembali ke dalam rahim ibuku, aku rela memilih untuk mati sebagai bayi kecil yang suci dari noda dosa.. tapi, mampukah aku menyesali takdir yang tertulis?? menangisi layar yang bergerak?? aku harus teruskan kehidupan..

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget