PAKCIK MAKCIK COMEL

Selasa, 16 November 2010

2 KELALAIAN KECIK MENDIDIK ANAK

assalammualaikum...

tadi jalan2 kat laman sesawang yang memang bersawang ni. tiba-tiba ternampak satu article bout, 2 KESALAHAN MENDIDIK ANAK! baca punya baca, baru aku sedar.. kesalahan itu sangat kecil dan kita tak perasan pun tentangnya. nak tau apa??


KESALAHAN PERTAMA


- semasa ibu bapa gerak anak bangun pagi nak pergi sekolah... apa yang salahnya? gerak anak bangun pagi nak pergi sekolah salah ke? tak salah sebenarnya gerak anak bangun pagi pergi sekolah.. kan pergi sekolah itu untuk menuntut ilmu dan islam mewajibkannya. tapi apa yang salahnya?? salahnya ialah cara kita gerak anak tu bangun! kita akan cakap macam ni,

"Along, bangun cepat! nak pergi sekolah ni. nanti lambat pulak masuk sekolah." 

yang salahnya ialah, sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menggerakkan anak mereka untuk solat subuh dahulu! sepatutnya ayatnya begini,

"Along, bangun cepat! dah azan subuh tu! nanti lambat solat, kelam kabut nak pergi sekolah!"

haaa~ tu baru betul.. kita suruh anak pergi sekolah secara tak langsung kita didik anak mentaati perintah ALLAH SWT. itu baru lah adil.. dunia kita capai, akhirat kita dapat!


KESALAHAN KEDUA


apa agaknya kesalahan kedua tu ea?? kesalahan kedua adalah tujuan kita hantar anak pergi mengaji al-Quran!
apa tujuan hangpa hantar anak pi mengaji??? nak khatam ja ka?? (turun dah loghat kedah aku) kebanyakkan orang, lepas hadib mengaji, parents dia akan buat kenduri. lah.. kenduri khatam Quran lah.. lepas habis kenduri tu, anak2 dah tak payah dah pergi rumah tok guru untuk mengaji sebab mereka dah khatam.

ni kesalahan besar tau! mana boleh macam tuh.. jangan lah lepas khatam je, terus tak pandang al-Quran.. no no no no.... jangan yea pakcik pakcik, makcik makcik.. sepatutnya, mengaji ni kena la terus terusan. jangan nak tunggu khatam.. (mcm aku.. lpas khatam, yang aku pegang yaa siin je.. kalau ada rasa iman meningkat baru baca Quran.) jangan contohi aku! lagi satu, khatam ni, bukan sekali je tau.. kita boleh khatam banyak2 kali! bila habis je bace 1 quran, dah khatam.. pastu ulang balik.. khatam lagi.. tak ke syok gitu???

tapikan.. bila tengok ibu bapa zaman sekarang, (yg tertentu sahaja!) dah macam tak peduli anak tu pandai baca Quran ke.. pandai solat ke.. mereka cuma serah bulat2 kat guru sekolah.. mereka macam tak amik tau, sedangkan, ibu bapa adalah guru terunggul buat si anak! sedihkan? hurm.... pada sesiapa yang terbaca en3 ni, cepat2 lah bertindak ye. sebabnya, kita tak mau lah headline surat khabar begini " kurang didikan agama, anak jadi set** " atau " ibu bapa tak bertanggungjawab. kahwin nak, jaga anak taktau." malukan? simpang malaikat 44!

anak2 pun ada peranan jugak. kalau dah ibu bapa tu kahwin mau, jaga takmau, awak kena la pandai bawa diri. jangan la jadi set%6.. ataupun, awak nasihat lah ibu bapa tu. takpun, perli2 lah sikit.. cth : korang ajak lah parents solat jemaah ke...kalau takut, suruh lah orang yang lebih tua mainkan peranan..... abes cerita kedai bunga...

sekian

-TAMAT-

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget