PAKCIK MAKCIK COMEL

Isnin, 25 Oktober 2010

BERINTERAKSI DENGAN DIRI MENJANA PEMIKIRAN POSITIF

Assalammualaikum whb.
malam tadi masa aku nak tidur, tiba-tiba terfikir pasal satu perkara ini.. iaitu, 'berinteraksi dengan diri'. adakah anda pernah berinteraksi dengan diri anda? kenapa kita harus berinteraksi dengan ourselves? adakah baik jika kita berinteraksi dengan diri?

bila dikaji dalam dalam tentang topik ni, akhirnya aku membuat spekulasi bahawa, 'berinteraksi dengan diri sendiri menjana pemikiran yang positif". tapi macam mana?? ok, sekarang aku bagi contoh untuk pandangan aku ni.

SITUASI 1
-anda ingin berdiet, tapi nafsu makan kuat!

CARA BERINTERAKSI DENGAN DIRI
- "aku ni nak diet. tapi aku nak makan cake keju itu. tapi aku nak diet. nak kurangkan berat badan ni"

macam formula matematik, kita boleh selesaikan perkara ni dengan pemikiran yang wajar. dan jawapannya hendaklah menepati soalan. bagi situasi di atas, seseorang yang berinteraksi dengan diri, akan mampu untuk membuat keputusan yang positif seperti, "baiklah, aku akan makan cake keju ni, dengan syarat harus terhad"

ok, dalam hal ni, kita menjadikan kehendak nafsu dan akal menjadi sama rata. kita juga mendidik diri menjadi adil. TAPI! ada satu persoalan yang perlu dibongkar lagi, iaitu,

- anda dah makan cake keju tersebut (anda sedang mengikut kehendak nafsu). dalam fikiran anda, TERHAD! (anda juga sedang mengikut kehendak akal). namun, bila sudah selesai makan, anda menyedari bahawa, cake keju tersebut telah habis! ops!! TERLAJAK LAGI!

kenapa situasi ini berlaku? kenapa anda lupa dengan interaksi dengan diri anda tadi? kenapa? sebab nafsu itu selalunya dituruti dengan syaitan. ada yang membantu menambahkan bilangan nafsu anda sehingga melebihi akal. tapi anda lupa, bahawa akal juga dibantu oleh iman. sekiranya iman anda kuat, maka syaitan tidak mampu meningkatkan bilangan nafsu anda. so, banyak banyaklah buat amal! hehe~

SITUASI 2
- anda telah hamil hasil perbuatan haram anda. dan sekarang, anda ingin membunuh bayi kandungan anda!

CARA BERINTERAKSI DENGAN DIRI
-anak ini anak luar nikah, dia tidak sepatutnya ada, dia memalukan! tapi, sekiranya aku membunuh bayi ini, aku adalah seorang pembunuh. sudahlah aku melakukan dosa berzina, dan sekarang aku ingin membunuh? apa yang harus aku buat??

HASIL BERINTERAKSI DENGAN DIRI
- aku tidak seharusnya bunuh bayi ini. aku akan melahirkannya. (kehendak akal) dan untuk mengelakkan rasa malu, aku boleh memberi anak ini pada orang yang memerlukan. (kehendak nafsu)

sekurang kurangnya orang yang berinteraksi dengan diri itu tidak membunuh dan anak itu masih hidup. siapa tahu anak itu bakal menjadi pemimpin yang berjaya sekiranya dia terus hidup! dan ingat, sekalipun anak itu hasil perhubungan haram, anak itu tidak berdosa sama sekali. tapi kenapa bila kita sudah berinteraksi dengan diri, masih ada yang terbunuh? kenapa, bila kehendak akal ditunaikan, bayi yang dilahirkan tetap dibunuh? kerana, nafsu dibantu oleh syaitan.

bagi situasi di atas, kehendak nafsu adalah menyerahkan bayi tersebut kepada orang lain, tapi bila syaitan masuk campur, maka syaitan akan berbisik,

"wahai polan sahabatku di neraka, anak ini akan malukan dirimu. sekiranya kau membiarkan dia hidup, semua orang akan tahu anak ini hasil perbuatan haram yang telah engkau lakukan."

lihatlah! syaitan pernah berjanji pada YANG ESA, ALLAH SWT, bahawa dia akan menarik seramai mungkin manusia untuk menemaninya di neraka. itu sesuatu yang nyata, tapi kenapa kita cuba untuk membutakan mata? kerana iman.. kerana iman yang lemah.

wasalam..

p/s : aku sedang cuba untuk mengubah bahasa blogging aku, dari bahasa alam maya kepada bahasa yang betul! agak kekok dan sangat mengelirukan!! arghhh!!

Tiada ulasan:


_________________ ____
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget